Part 22

1K 37 9




Amran sudah pulang semula ke New Zealand. Ain termenung dimeja solek. Semangat untuk ke tempat kerja sudah pudar. Rasa rindunya pada Amran makin menebal. Rasa macam nak resign. Rasa nak pergi ke Amran.

"Ain, cuti ke hari ni?" Suara Mummy dipintu biliknya.

Cepat saja Ain bangun dari duduknya dan terus mengambil beg tangannya. Dia berjalan kearah pintu bilik. Dilihatnya Mummy sedang berdiri didepan pintu biliknya. Dia senyum.

"Ain baru nak pergi ni, Mummy." Kata Ain dan terus salam ibu mertuanya.

"Ain, masih sedih?" Tanya Mummy.

"Taklah. Yang dah pergi tetap pergi. Kita kena teruskan hidup. Lagipun, bila Ain rasa rindu pada Maksu, Ain sedekahkan Fatihah. Am pun selalu pesan benda ni." Kata Ain.

Mummy angguk.

Ain berjalan turun menuju kearah keretanya. Keretanya sudah dihidupkan enjin selepas sarapan tadi. Makanya, boleh terus jalan menuju ke pejabat.

Sampai dipejabatnya, sekali lagi dia termenung. Merenung komputer yang telah terpasang. Fikirannya menerawang. Sedang dia mengelamun itu, kelibat Tuan Firdaus lalu dihadapan pintu biliknya. Bunyi ketukan dipintu membuatkan dia segera duduk tegak.

"Ain, can we talk. Now?" Tanya Tuan Firdaus yang sudah masuk ke dalam biliknya.

Ain angguk.

"Tuan, saya nak berhenti kerja. Nak ikut Amran ke sana." Kata Ain diluar sedarnya.

Tuan Firdaus yang baru hendak duduk keatas kerusi dihadapan Ain terhenti seketika. Dia memandang Ain yang seperti sedang mengelamun. Dia senyum dan mengelengkan kepalanya. Dia duduk dan menyelesakan duduknya.

"Ain dah fikir masak-masak ke?" Tanya Tuan Firdaus.

"Fikir apa?" Tanya Ain yang baru kembali ke dunianya.

"Kata tadi nak berhenti." Kata Tuan Firdaus.

"Saya ada cakap macam tu ke?" Ain sudah mengelabah.

'Rasanya macam aku cakap tu dalam hati saja. Memang niat nak berhenti tapi tak adalah nak terus cakap pada Tuan Firdaus. Habislah aku kalau Tuan Firdaus ambil serius.' Hati Ain sudah tak tentu hala.

Tuan Firdaus ketawa. Kuat dan lepas.

"Apa yang seronok sangat ketawa tu?" Tuan Hashim ketuk pintu dan terus membukanya. Dia kemudian masuk dan duduk disebelah Tuan Firdaus.

"Mana aku tak gelak. Kau tengok muka Ain. Mengelabah. Padahal dia yang cakap nak berhenti kerja. Nak pergi duduk dekat Amran. Bila aku tanya balik. Dia mula mengelabah." Jawab Tuan Firdaus.

Mereka berdua ketawa serentak. Ain kaku saja ditempatnya melihat mereka ketawa. Hatinya masih risau. Kalau dia berhenti kerja, pasti hidupnya makin bosan. Amran jauh. Takkan nak pergi duduk dengan Amran. Mama, Abah, Mummy dan Daddy siapa nak jaga? Kesian mereka. Kalau apa-apa berlaku, anak menantu semua jauh.

"Tak payahlah Ain nak ikut Amran ke sana sampai nak berhenti kerja. Amran dah dapat notis balik semula ke sini. Dia ke sana cuma untuk buat pemantauan cara kerja mengikut specification syariah complience. Sekarang ni, dah okey dan dan kita pun dah hire someone in that field. Lebih expert and more knowledgeable in that field." Kata Tuan Firdaus.

"Tulah. Saya pun dah penat dengar dia tanya bila dah cari orang replace dia. Tak sabar nak balik dan membelek isteri dia." Usik Tuan Hashim.

Mereka berdua ketawa lepas. Ain cuma mampu tersipu. Mereka berdua memang giat mengusik Ain dan Amran sejak mereka tahu hubungan suami isteri itu. Bukan sekadar mereka, hampir satu pejabat suka mengusik Ain dan Amran bila mana kadang kala, Amran datang ke syarikat untuk mesyuarat. Senyum kambing pasti muncul bila Ain dan Amran datang ke pejabat bersama.

Ain NadiraRead this story for FREE!