BAB 3

2.2K 43 0

Pagi itu Amran mengejutkan Ain untuk solat subuh. Ain bangun menuju ke bilik air. Dia mandi. Dia tidak perlu bawa baju semua kerana bilik Amran mempunyai ruang salin yang berasingan dengan ruang tidur dan dibilik air pula berada didalam ruang salin yang dipisahkan dengan dinding konkrik. Ruang salin ini pula lengkap dengan segala persalinan.

'Pelikkan ruangannya? Tapi aku yakin bilik ini diubah suai oleh Amran sendiri. Yalah... kami duduk dikawasan yang sama. Jenis rumah yang sama dan bilik aku berada diposisi sama dengan bilik Amran. Takkan kontraktor nak buat lain-lain design pula. Erm...tak kisahlah. Ini advantage untuk aku juga.' Kata Ain dalam hati.

Dia cepat siap menyarung baju dan kemudian menyarung telekung sementalah dikerlingnya jam didinding sudah jam 6.30. tak elok melewatkan solat.

Dibawanya kain sejadah ke depan untuk solat memandangkan ruangan ini sempit. Hanya muat untuk menyarung pakaian saja. Dilihat Amran masih bertelaku diatas sejadah. Menyedari kemunculan Ain. Amran pantas bangun dan memandang Ain.

"Kita solat jemaah ya" Ucap Amran. Ain mengangguk lantas membentangkan sejadahnya disebelah kiri Amran. Amran lantas Iqamah dan terus mengimamkan solat mereka. Selesai solat, Amran mengimamkan bacaan zikir dan doa.

"Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, adik beradik kami, dosa-dosa kami dan dosa-dosa muslimin dan muslimat. Ya Allah, kami bersyukur diatas kurniaan-Mu, rezeki-Mu, Hidayah dan taufiq yang Engaku turunkan kepada kami dan kami mohon Ya Allah, janganlah Engkau tarik pemberian-Mu ini hingga menyebabkan kami menjauhi-Mu Ya Rabbi. Ya Allah, Kau lorongkanlah hati kami untuk membuat kebaikan dan Kau pesongkan hati kami dari kemungkaran dan kemaksiatan. Hanya pada-Mu Ya Allah kami memohon. Berikan kami limpah kurnia dan iradat-Mu didunia dan diakhirat. Amin ya rabbal 'alamin" Doa Amran ringkas tapi pada Ain ia cukup untuk menyentuh hati. Ain mengaminkan doa Amran.

Kemudian Amran memusingkan badannya menghadap Ain dan menghulurkan salam. Ain merapati dan menyambut huluran salam Amran. Amran mencium ubun isterinya. Terasa aman saja bila berbuat demikian.

"Kita baca Al-Mathurat ya?" Kata Amran. Ain hanya mengangguk. Amalan yang paling selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w.

Ain tahu kelebihan Al-Mathurat. Dipelajarinya sewaktu mengikuti Usrah semasa di UiTM, Melaka dulu. Kata Ustazah Noraini, orang yang membaca Mathurat akan terhindar dari syaitan. Selain itu, Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat. Andai dibaca waktu selepas subuh maka Allah akan melindunginya sehingga Asar dan andai dibaca selepas Asar maka Allah akan memeliharanya sehingga Subuh.

Amran bangun mengambil Al-Mathurat yang sedia ada didalam biliknya. Sementalah Ain tidak tahu dimana terletaknya kitab tersebut. Dia menyerahkan kepada Ain dan segera bersila berhadapan Ain.

Selesai membaca Al-Mathurat, Ain segera menanggalkan kain telekungnya dan dilipat rapi kemudian di letakkan semula di ruang salin. Dia mahu segera turun ke bawah. Tidak mahu nanti ibu mertuanya punya perasaan tidak enak padanya. Itu pesan mak yang diingatinya.

Sesampai saja di dapur dilihatnya Puan Rozila sudah siap menyediakan hidangan untuk sarapan. Ain memberi salam sambil terus menuju kearah Puan Rozila yang sedang sibuk mengambil pinggan untuk diletakkan dimeja makan.

"Maaf mummy, terlewat bangun tadi" Ucap Ain. Lantas menolong mummy mertuanya menyediakan cawan.

"Ain, mummy buat coffee je. Kalau Ain nak minum yang lain buat sendiri ye" Laung Puan Rozila dari meja makan.

Ain hanya mengangguk dan kemudian mengambil teko yang paling kecil diantara susunan itu dan membancuh milo 'O' kosong sejuk. Tanpa ais. Kegemarannya setiap pagi. Kemudian Ain menghantar ke depan dan kembali semula ke depan bersama mug berisi ketulan ais.

Ain NadiraRead this story for FREE!