BAB 7

1.6K 39 4

"Macam mana awak boleh terlepas pandang? Awak baru buat kerja ni ke?" Tanya Amran dengan nada marah yang ditahannya.

Selepas rehat tengahari tadi, dia mendapat panggilan dari ejennya menanyakan kereta yang dihantar bila berlayar. Setahunya, kereta itu sudah sepatutnya sampai dan dah dihantar kepada pelanggan. Dia menelefon syarikat yang membekalkan perkhidmatan RORO. Kata mereka kereta itu sudah sampai di Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, dia panggil Juli, Operation Executive untuk bertanyakan tentang perkara ini memandangkan Operation Manager, Encik Zaid sedang bercuti sakit sejak 2 minggu yang lalu kerana pembedahan usus.

"Dah terjadi Encik Amran. Bukan disengajakan" Jawab Juli. Selamba.

Amran yang mendengar jawapan Juli itu terus naik angin. Dia dah separuh gila memikirkan macam mana nak jawab pada pihak atasan dan pada pelanggan, Juli boleh jawab selamba macam tu saja. Seperti tiada apa yang berlaku. Langsung tiada perasaan bersalah atau rasa tanggungjawab. Sakit benar hatinya. Namun, dia masih dalam keadaan waras. Marah tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah.

"Memang benda dah jadi tapi saya nak tahu, apa sebab boleh jadi macam ni? Ini bukan kes main-main. Ini akan menyebabkan kerugian beribu ringgit. Awak faham ke tak?" Amran menekan suaranya di akhir kata. Juli hanya mengangguk sambil mengerotkan bibirnya ke kanan.

"Sekarang awak jawab dengan saya. Macam mana kereta tu boleh lepas ke KK bukan Kuching?" Amran mengendurkan suaranya.

"Entah" Jawab Juli. Masih dengan nada selambanya.

"Entah?" Amran sudah hilang kawalan marahnya. Dia kemudian keluar dari biliknya. Dia perlu menenangkan diri. Dia tidak mahu menunjukkan kemarahannya. Sewaktu dia keluar dari biliknya, dia bertembung dengan Encik Firdaus, salah seorang pemegang saham di syarikat dia bekerja merangkap Pengurus besar disini.

"Ada apa-apa masalah ke, Amran. Merah benar muka kamu" Tanya Encik Firdaus.

"Kita salah hantar kereta. Kereta tu patut hantar ke Kuching tapi discharge kat KK" Jawab Amran. Dipendam rasa marah. Bukan Encik Firdaus yang bersalah.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" Soal Encik Firdaus lagi.

"Itu saya cuba tanya Operation Exec kita. Tapi dia boleh jawab entah" Jawab Amran. Encik Firdaus hanya mengangguk. Faham benarlah dia kenapa Amran marah. Kalau dia ditempat Amran, sudah lama ada yang kena sembur.

"Ha, Juli. Apa cerita ni?" Tanya Encik Firdaus sewaktu Juli keluar dari bilik Amran. Amran memalingkan muka ke tempat lain dan terus beredar setelah berpamitan dengan Encik Firdaus. Dia memang tidak betah untuk memandang muka Juli saat ini. Kesabarannya tercabar.

"Ala Encik Firdaus. Benda tu kecil saja. Encik Amran yang membesar-besarkan cerita sampai Encik Firdaus pun tahu. Macam tu ke Manager. Tak ada tokoh langsung" Jawab Juli. Dia memang tak suka Amran naik pangkat. Walaupun mereka di dalam bahagian yang lain, tapi Amran pernah berada dibawahnya suatu ketika dulu. Hanya disebabkan Amran lebih berpelajaran, dia dinaikkan pangkat berbandingnya, anak saudara Tuan Hashim sendiri.

"Masalah kecil macam mana pula ni Juli? Saya dengar masalah ini luar biasa. Tak pernah dibuat orang salah macam ni. Cuba awak cerita apa yang terjadi?" Tanya Encik Firdaus. Dia tak mahu dituduh berat sebelah.

"Shipment ni project dia, Encik Firdaus. Sepatutnya dia yang pantau. Ini dah jadi macam ni. Suka hati dia saja nak salahkan saya" Jawab Juli. Dia membela dirinya.

"Okey. Cuba awak ceritakan pada saya apa sebenarnya yang terjadi?" Encik Firdaus cuba berdiplomasi. Juli adalah anak saudara kepada pemilik syarikat ini, Tuan Hashim. Dia juga tahu, Juli sentiasa ada masalah dengan Amran. Maka, perkara-perkara begini harus diselesaikan dengan diplomasi.

Ain NadiraRead this story for FREE!