BAB 25

1.4K 31 10


Amran memandang laut yang luas. Ain sudah ke tengah laut mungkin. Dia tak tahu. Yang dia tahu, Ain minta izinnya untuk menyelam didasar laut. Mulanya Amran fikir mungkin Ain hanya ingin menyelam dipermukaan saja. Tapi bila dia menyewa untuk peralatan scuba, terbantut niat nak ikut.

Tak sangka Ain ada lesan menyelam scuba.

Jadinya, tinggallah Amran melangut seorang saja disini. Merenung laut biru yang terbentang luas dihiasi dengan langit membiru. Sungguh tak terucap betapa indahnya ciptaan Sang Pencipta. Keserabutan menjadi ketenangan.

"Jauh termenung." Tegur satu suara. Teguran bersama tepukan lembut dibahunya telah mengembalikan Amran kembali ke alam nyata.

Amran memalingkan wajahnya kearah suara itu. Seorang lelaki dalam lingkungan umur pertengahan 30-an. Bertubuh sasa dan berkulit putih. Keputihan kulitnya telah menampakkan kemerahan dek kerana teriknya matahari. Namun, senyuman dibibirnya sentiasa terukir.

"Maaflah uncle kacau. Bagi salam tak berjawab tadi tapi tak berjawab. Panggil Uncle Azril." Katanya sambil menghulurkan tangannya.

Amran menyambut huluran tangan itu sambil memperkenalkan dirinya. Dia masih menganalisis lelaki dihadapannya. Rasanya beza umur mereka tidaklah jauh sehingga dia membahasakan dirinya pakcik.

Azril pula hanya ketawa kecil. Sudah biasa bila menegur orang muda dan bila diperkenalkan sebagai pakcik, pasti ada yang mengerut dahi. Perkara tidak baru tapi selalu melucukan hatinya.

"Uncle dah umur 45. Jangan tertipu dengan wajah nampak muda ni." Katanya.

Amran hanya angguk. Terlopong juga mendengar umur sebenar lelaki itu. Memang dia nampak 10 tahun lebih muda dari usianya. Apa rahsia.

"Menung apa sampai uncle tegur pun tak sedar?" Tanya Azril.

"Tak ada apa, uncle. Cuma teringatkan isteri yang tengah diving saja. Tak tahu pula dia ada lessen diving. Rasa malu pula." Kata Amran tersipu.

Azril gelak.

"Baru kahwin lah ni?" Tanya Azril lagi.

Amran diam.

"Lebih kurang setahun." Jawab Amran.

"Pilihan keluarga?"

Amran geleng.

"Biasalah. Bila dah kahwin, banyak benda yang kita tak tahu jadi tahu. Dia yang dulu sebelum kita kenal akan jadi lain bila dah kahwin. Itu biasa. Perkara biasa selepas perkahwinan." Kata Azril.

Amran angguk.

"Tapi ada juga yang tak berubah dan berubah bila sesuatu keadaan berlaku." Kata Amran.

Azril angguk.

"Macam berat bunyinya." Kata Azril bila Amran melepaskan nafasnya.

"Entahlah uncle. Nak cerita, rasanya tak kena. Hal rumahtangga. Tak dicerita, rasa penat nak tanggung seorang." Balas Amran.

"Kita lelaki ni, memang macam tulah. Nak diluah, mati mak. Nak ditelan, mati bapa. Tapi disitulah hikmahnya Allah kurniakan kita 9 akal supaya kita boleh rasional dalam berfikir. Uncle selalu malu dengan isteri uncle. Dia yang Allah kurniakan 1 akal boleh kawal 9 nafsu dia. Tapi kita ni selalu lemah untuk handle 1 nafsu itu." Kata Azril.

"Uncle belajar dan belajar dari dia. Lama-lama, uncle sedar. Tujuan kita hidup dalam rumahtangga ni selain untuk mencari redha dan keberkatan dari Allah, sebenarnya kita nak bahagia. Untuk kita rasa bahagia, kita kena bahagiakan dulu isteri kita. Bila isteri kita bahagia. Anak-anak kita akan turut bahagia. Secara tak langsung, kita akan turut bahagia. Kadang tu, tak perlu untuk penuhi semua permintaannya untuk buat dia bahagia. Cukup sekadar kita tidak membangkang apa yang dia nak. Macam sekarang ni. Uncle nak bercuti oversea tapi dia nak bercuti dalam Negara. Dia nak bawa semua anak-anak. Uncle nak spend time berdua saja dengannya. Alih-alih, kami ke sini. Still melintasi laut dan masih dalam Negara. Bukan dengan anak-anak tapi tidak juga berdua." Cerita Azril.

Ain NadiraRead this story for FREE!