Bab 23

1.1K 28 15

Amran tak habis fikir. Memikirkan apa yang melanda isterinya. Sudah banyak kali mereka mencuba tapi perkara yang sama tetap juga berlaku. Berkali-kali juga dia bertanya pada Ain. Jawapannya tetap sama. Maaf.

Amran jadi tertekan. Bukan kata maaf yang dia perlukan saat ini tapi penjelasan. Kenapa? Supaya dia boleh tahu apa tindakan seterusnya. Tanpa mengetahui punca, mana mungkin dia mengatasi masalah ini.

Ada juga dia terfikir bahawa Ain belum boleh terimanya tapi kalau Ain belum boleh terimanya, takkan Ain sudi dan rela diawal permainan. Ain juga bukan menolak cuma dia ketakutan.

Ketakutan itu yang menjadi persoalannya. Kenapa?

"Aku cuma nak tahu, kenapa? Susah sangat ke nak bagitau?" Amran sudah membebel seorang diri didalam kereta.

Dia hari ini merupakan hari pertamanya melaporkan diri setelah dicutikan selama seminggu selepas dia berangkat pulang dari New Zealand. Hari pertama sudah ada masalah dari rumah yang dia serabut fikirkan. Hendak bertenang tapi perkara itu sering berputar didalam mindanya.

Sampai dihadapan bangunan tempat kerjanya, dia segera mencari tempat untuk letak kereta. Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Masuk saja didalam, dia sudah disambut oleh penyambut tetamu disitu. Pekerja yang masih sama. Kak Timah.

"Am. Welcome home." Sambut Kak Timah.

"Ada lagi kak Timah dekat sini." Usik Amran.

Dia suka usik Kak Timah. Janda anak lima ini pula sangat mesra dan suka mengusiknya juga. Jadi, dia tak kisah bergurau kasar dengan Kak Timah.

"Kau ni. Akak ingat dah balik dari New Zealand dah tak nak cakap dengan akak lagi. Dah tak tahu nak sakat akak lagi. Masih lagi Amran yang sama, ya?" Ulas Kak Timah.

"Mana boleh jadi orang lain, kak. Amran tetap Amran. Tuan Firdaus ada, kak?" Tanya Amran.

"Ada. Pergilah masuk. Dah lama dia tunggu kau tu. Kau pun selamba datang lambat hari ni." Kata Kak Timah.

Amran hanya senyum dan terus masuk ke dalam menuju ke bilik yang disediakan untuk Tuan Firdaus selaku Pengurus Besar disini. Dia ketuk pintu bilik Tuan Firdaus dan segera masuk bila diarahkannya untuk masuk.

"Amran. Come." Tuan Firdaus mempersilakan Amran duduk dikerusi dihadapannya.

"Shila, bawa masuk surat pelantikan Amran." Tuan Firdaus member arahan kepada setiausahanya menggunakan intercom.

Tuan Firdaus hanya memandang Amran. Dia perasan kekusutan pada anak muda itu. Dia tak tahu kenapa tapi dia jangka ada kena mengena dengan Ain. Dia baru jumpa Ain beberapa hari lepas. Ain juga nampak serabut tapi tidaklah seserabut Amran.

'Hal rumahtangga. Tahulah mereka hendak selesaikan. Janji tidak mengganggu kerja mereka. Aku tak kisah.' Kata hati Tuan Firdaus.

"Masuk." Arah Tuan Firdaus bila pintu biliknya diketuk.

Shila masuk ke dalam dan menyerahkan surat pelantikan yang dimaksudkan Tuan Firdaus tadi. Setelah itu, dia keluar.

Tuan Firdaus menghulurkan surat pelantikan itu kepada Amran. Amran ambil dan membaca apa yang tertulis didalam surat itu. Tuan Firdaus memandang reaksi Amran. Dia tidak gembira dan tidak juga sedih. Reaksinya lebih pada gelisah.

"Kenapa?" Soal Tuan Firdaus.

"Kalau saya jadi Manager disini, Tuan?" Soalan Tuan Firdaus dibalas dengan soalan oleh Amran.

Tuan Firdaus gelak.

"Saya akan ke HQ. Lebih mudah untuk saya manage perjalanan syarikat dari sana. Tuan Hashim sudah sibuk dengan lembu-lembu kita di New Zealand. Dia akan selalu travel ke sana dan kemungkinan akan berhijrah ke sana." Jawab Tuan Firdaus.

Ain NadiraRead this story for FREE!