BAB 27

1.2K 33 5

Mejadi kekasih Ain Nadira Mohd Radzi jauh lebih membahagiakan dari menjadi suaminya. Kalau menjadi suaminya, dia dilayan seperti raja. Menjadi kekasihnya, dia sungguh pandai membelai jiwa dan raganya.

Amran senyum.

Betul kata Azril. Membahagiakan isteri lebih membahagiakan kita dari kita cuba membahagiakan diri kita sendiri. Amran ikut kehendak Ain. Menjadi kekasihnya dengan cara halal. Dan Ain benar-benar meletakkan Amran dihatinya. Paling Amran suka. Ain bertambah manja dan pandai membeli jiwanya.

Itu paling bahagia.

Amran cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan masalah yang menimpa Ain. Namun, sesekali fikiran jahatnya itu muncul juga. Bila ianya datang, dia sendiri tak dapat tahan dirinya dari bertanya kepada Ain. Mujur Ain orang yang tenang.

"Suatu hari nanti, Ain sendiri akan bagitahu Am. Am cuba perlu bersabar." Dan kata-kata itu disusuli dengan sebuah pelukan dan kucupan dipipi.

Manja dan nakal. Itulah Ain yang sudah menjadi kekasih dan isterinya itu. Lelaki mana yang tak terbelai jiwanya punya wanita yang memperlakukannya begitu? Bagaimana keras pun hatinya, bila melihat kemanjaan itu, pasti akan lembut.

"Encik Amran sekarang ni banyak beranganlah." Kata Syikin yang baru masuk ke bilik Amran. Dia sudah duduk dikerusi dihadapan Amran.

"Mana adalah. Saya cuma sedang berehat. Letih sangat pula rasanya." Dalih Amran.

Syikin cebik.

Ketawa Amran melihat setiausahanya itu. Dia tahu Syikin tak percayakan kata-katanya. Syikin sudah berkhidmat untuknya lebih setahun tak termasuk tempoh dia dipindahkan sementara ke New Zealand dulu. Dia juga pernah berkawan dengan Syikin sebelum dia dinaikkan pangkat dulu. Tentu saja, Syikin kenal dia. Bila masa dia sedang berehat dan bila masa berangan.

"Susah betul nak sorokkan apa-apa dari awak, kan?" kata Amran.

"Banyak saja Encik Amran tu berahsia. Cuma kalau bab mengular tu, saya tahulah. Kita kan pernah jadi geng mengular dulu." Kata Syikin.

Ketawa mereka bergema didalam bilik itu.

"Ada apa-apa ke untuk saya sampai awak masuk bilik saya ni?"Tanya Amran.

Dulu dia dan Syikin hanya beraku-kau saja. Bila Syikin ditugaskan menjadi setiausaha Amran, secara automatic Syikin menukar bahasa panggilan mereka. Syikin sangat professional dimata Amran. Dia tahu bila nak gurau dan bila nak kerja. Dan kerja Syikin adalah yang terbaik. Walaupun suka mengular.

"Saya nak ingatkan Encik Amran. Sekarang dah pukul 4.30 petang. Encik Amran belum solat asar. Asyik sibuk berangan saja. Esok tak payah berangan. Esok, Encik Amran akan ke HQ. Ada management meeting dan lepas tu ada sikit party sempena hari ulangtahun Encik Amran." Lapor Syikin.

"Haah. Tak solat lagi. Mujur saya ada setiausaha yang alim dan sentiasa ingatkan saya. Terima kasih, Syikin." Ucap Amran.

Dia terus bangun dan mengambil wuduk. Dia lebih suka solat didalam biliknya berbanding di surau.

"Sama-sama." Balas Syikin sambil memandang Amran yang sudah keluar.

Dia tunggu saja didalam bilik itu. Amran yang masuk dengan wajah yang basah juga tidak bertanyakan kenapa dia masih disitu. Sehingga Amran habis solat dan duduk ditempatnya semula.

"Ini hadiah untuk Encik Amran. Happy birthday in advance sebab esok Encik Amran tak sempat nak masuk office." Ucap Syikin.

"Terima kasih." Balas Amran.

Tahulah dia kenapa Syikin masih didalam biliknya walaupun dia sudah keluar. Lagipun, dia tak kisah kalau Syikin nak duduk didalam biliknya saat itu. Dia pun bukan dalam mood untuk bekerja. Lebih pada mood santai. Dah petang. Hampir waktu untuk pulang. Apalah salahnya jadikan masa untuk mengeratkan silaturrahim dengan pekerja. Setiausahanya pula tu.

Ain NadiraRead this story for FREE!