Bab 2

2.5K 59 4

Letih sungguh. Lagi letih dari majlis dirumahku. Aku cuba melayan semua tetamu yang hadir tapi disebabkan terlalu ramai yang hadir buatkan aku terasa sangat penat. Saudara mara Amran sangat ramai ditambah lagi dengan kenalannya.

Mujur petang tu semua saudara mara Amran yang berkampung di rumah ibu bapa Amran pulang. Esok merupakan hari kerja dan sekolah. Maka mereka tidak boleh berlama-lama di sini. itu sebenarnya memberi peluang padaku untuk terus berehat dari kepenatan melayan kerenah mereka.

Kawan-kawan sekolah kami pun kebanyakannya hadir dirumah Amran. Bukan mereka tak nak hadir di rumah aku tapi aku yang tak dapat menghubungi mereka. Lagipun siapa tak kenal Amran sewaktu disekolah dulu. Orangnya ramah dan sentiasa cari kawan dan dia sangat sayangkan kawan-kawannya.

Kalau dia tak sayangkan kawan-kawannya takkan dia sanggup buat macam-macam untuk aku. Kan? Teringat masa dizaman persekolahan dulu. Aku adalah antara calon yang akan gagal untuk mata pelajaran Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan. Macam mana nak lulus Add Math kalau kelas pun asyik ponteng je. Menyampah tengok muka cikgu Zailan yang suka cari pasal dengan aku. Kalau dah tak faham Add Math macam mana nak boleh buat kiraan untuk LK.

"Aku tengok kau ni asyik fail je Add Math. Meh sini aku tolong ajar kau." Suatu petang selepas waktu pembelajaran tamat dia duduk depan aku yang sedang menyiapkan laporan amali kimia.

"Bila pula yang kau tengok aku tengah buat Add Math?" tanya aku sambil pandang muka dia pelik. Dah dia buat muka blur dia dah. Kata Amran dalam hati. Ini yang bikin aku panas ni.

"Aku cerita kisah semalamlah. Waktu cikgu bagi balik kertas trial semalam" Amran menerangkan kepada Ain penuh sabar. Kalau ikut hati mau aku cepuk je budak ni.

"Oh... aku bukan apa. Kang kalau aku lulus kang cikgu tercengang. Malu pula dia" Ain malas nak bincang hal semalam. Semalam yang memalukan.

"Habis tu takkan kau nak biarkan je. Kita ni nak SPM. Bukan main-main. Penentu masa depan ni" Amran masih cuba berdiplomasi. Mana ada guru yang tawar diri cam aku? Aku je yang baik hati pujuk dia, offer diri nak ajar dia.

"SPM tu nak bagi peluang masuk U je. Kalau tak masuk U bukan makna aku bodoh untuk teruskan hidupkan?" Ain masih lagi cuba menolak dengan cara paling praktikal padanya.

"Kau tak nak masuk U?" tanya Amran. Ain hanya mengeleng.

"Mak bapa kau tahu tak yang kau tak nak masuk U?" tanya Amran lagi. Ain hanya mengangguk sambil tumpuannya terus diberikan kepada laporan amali Kimia itu.

"Dah tu mak bapa kau tak kisah ke?" tanya Amran pelik.

"Memanglah dia orang kisah tapi pada aku kalau ada rezeki masuk U aku masuklah. Tapi kalau tak ada rezeki aku tak kisah. Kalau aku nak belajar aku masuk STPM. Kalau tak aku kerja lah. Asalkan aku tahu macam mana nak terus hidup dengan baik dan aku percaya kejayaan tak datang kalau kita setakat pandai dalam pelajaran saja." Terang Ain panjang lebar.

"Erm...betullah apa yang kau cakap tu tapi kau tak boleh berserah pada takdir saja. Kau kenalah berusaha. Sesudah berusaha baru kau tawakal, berserah. Ini kau dah berserah dulu sebelum mencuba" Amran masih tak mengalah.

"Aku dah usahalah. Aku datang sekolah. Aku masuk juga kelas dia. Berbanding dulu aku tak pernah masuk kelas dia. Sebab fikirkan nak SPM nilah aku masuk juga kelas dia" kata Ain cuba buat Amran faham.

"Aku kan tertanya-tanya juga kan. Kenapa kau tak suka cikgu Zailan ya? Aku rasa dia ok je" tanya Amran sambil matanya terus memandang kesibukan Ain mengemas mejanya. Mungkin dah siap kot report dia.

"Dengan korang baik lah dia. Cuba kalau dengan aku? Kau tak perasan ke dia suka cari pasal dengan aku. Saja je nak buat aku malu" kata ain sambil memuncunngkan bibirnya. Benci sungguh dia dengan Cikgu Matematik Tambahannya tu.

Ain NadiraRead this story for FREE!