Bab 26

1.2K 43 4


Amran masuk ke bangunan pejabat pagi isnin itu. Semangatnya untuk memulakan tugasnya sangat berkobar. Dia ingin berikan segalanya kepada Ain. Kalau mencipta Istana Emas itu boleh membahagiakan Ain, dia akan berikan. Tapi itu bukanlah perkara yang boleh membahagiakan Ain. Namun dia sedar, Ain pasti ada kehendaknya dan dia berjanji untuk memenuhi semua kehendak Ain. Jadi dia berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh. Bukan lagi untuk dirinya semata-mata tapi juga untuk Ain. Terutamanya Ain.

"Encik Amran. Nak cakap sikit boleh?" Shila setiausaha Tuan Firdaus menegurnya bila saja dia sampai dihadapan pintu bilik Tuan Firdaus.

"Ada apa, Shila?" Tanyanya kembali.

"Boleh tak Encik Amran suruh Tuan Firdaus bawa saya ikut dia transfer ke HQ. Saya dah biasa kerja dengan dia. Terasa janggal nak kerja dengan Encik Amran." Walaupun teragak-agak tapi maksud yang cuba disampaikan Shila itu masih difahami Amran.

"Sampai hati tak sudi nak berkhidmat untuk saya. Tak kesian pada saya ke?" Amran mengusik dengan rajuknya.

"Ala, Encik Amran carilah setiausaha baru." Pujuk Shila.

"Mana nak sama yang ada pengalaman disini dan yang tiada. Saya ingat awak bolehlah tolong saya. Saya bukan biasa dengan kerja-kerja Tuan Firdaus ni. Kalau awak ada, bolehlah awak tolong saya mana yang saya tak tahu. Boleh selalu ingatkan saya benda-benda yang saya masih tak biasa. Kalau awak tak ada, susah juga saya." Kata Amran.

Dia senyum bila melihat Shila yang sudah kalut dan serba-salah. Shila yang sedang gelisah hanya memandang ke bawah tanpa memandang muka Amran seperti tadi.

"Tak apalah macam tu." Kata Shila dan terus duduk.

"Tuan Firdaus, Encik Amran dah sampai." Maklum Shila kepada Tuan Firdaus melalui intercom dimejanya.

"Tuan suruh Encik Amran masuk." Katanya sambil menunjukkan pintu bilik Tuan Firdaus.

Amran senyum.

Hari ini penuh formality. Selalunya, dia sendiri akan ketuk dan masuk setelah menerima arahan. Tak pernah dia masuk ke bilik Tuan Firdaus melalui Shila seperti hari ini. Semuanya kerana kekalutan Shila yang serabut antara tugas dan kehendak hati.

Bila saja Amran masuk ke dalam, susun atur bilik itu sudah lain. Bilik itu juga sudah bertukar warna ke warna kegemarannya, kuning ke coklatan. Warna yang lembut itu adalah kesukaannya. Susun atur bilik ini juga sama seperti biliknya yang lama. Bilik sebagai Pengurus Pemasaran dan bilik sebagai Pengurus di New Zealand dulu. Cuma satu yang tak berubah dari bilik asal Tuan Firdaus. Meja dan almari didalamnya.

"How about the new look of this room?" Tanya Tuan Firdaus.

"Cantik. Kenapa Tuan tiba-tiba tukar warna bilik?" Tanya Amran semula.

Tuan Firdaus ketawa.

"Setelah berbincang dan berpakat dengan Ain, maka inilah hasil bilik kamu." Kata Tuan Firdaus.

"Bilik saya? Bilik ini bilik saya? Dah tu, tuan nak duduk mana?" Tanya Amran.

Dia sebenarnya sangat sukakan bilik ini. Pandangan ke luar dari bilik ini, sudah boleh menampakkan kehijauan dari luar. Dengan tingkat cermin yang besar, sangat buatnya rasa seronok bila berada didalam bilik ini. Dari dulu lagi.

Tuan Firdaus ketawa sambil menganggukkan kepalanya.

"Ini akan jadi bilik awak dan saya akan berpindah ke HQ. Jadi, kalau saya datang sini, saya akan singgah sekejap saja." Jawab Tuan Firdaus.

Amran angguk.

"Tuan pindah sana, bawa Shila sekali ke?" Tanya Amran.

"Kenapa? Awak nak ambil Shila jadi setiausaha awak?" Tanya Tuan Firdaus.

"Saya tak kisah saja. Kalau ada dia, dia boleh guide saya macam mana Tuan manage company disini. Dia kan dah lama dengan Tuan. Mesti dia tahu banyak tentang syarikat ni dan kerja Tuan. Tapi tu lah. Dia tak nak. Nak ikut tuan. Baru saya sakat sikit, dah gelabah. Sampai intercom tuan untuk maklumkan saya sampai. Dah rasa macam saya tetamu tuan saja." Kata Amran.

Mereka berdua ketawa.

"Saya tahu Shila dah kauntim dengan Syikin. Syikin nak jadi secretary awak semula. Planningnya, Syikin jadi secretary awak dan dia ganti tempat syikin. Lepas tu, dia nak minta Faizal transfer dia ke HQ. In fact, dia dah bincang dengan Faizal. Awak tau sajalah Faizal tu. Semua dia report pada saya. Tu yang saya tahu. Awak nak ke terima Syikin semula?" Terang Tuan Firdaus.

"Saya tak kisah tuan dengan sesiapa pun. Janji boleh buat kerja dan tahu kerjanya sebagai secretary. Lagi satu, yang tak melampaui batasan sebagai secretary. Itu saja." Balas Amran.

"Bagus. Faizal pun kata dia dah rimas. Syikin asyik duk Encik Amran itu, Encik Amran ini. Pening kepala katanya. Pandai betul setiausaha syarikat kita ni main psikologi dengan para bos." Kata Tuan Firdaus.

Sekali lagi ketawa mereka memenuhi ruang bilik itu.

Bila ketawa mereka sudah reda, Tuan Firdaus bangun dan berjalan kearah Amran. Amran turut bangun. Tuan Firdaus memaut bahu Amran dan ditepuknya perlahan.

"Jaga syarikat ni macam awak jaga syarikat awak sendiri." Pesannya perlahan. Hanya untuk didengari telinga Amran seorang.

Dia melepaskan pautannya dan berdiri tegak memandang tepat wajah Amran. Gayanya seakan tidak akan berjumpa Amran lagi. Dia senyum.

Dia juga seperti Tuan Hashim. Mereka berdua sukakan Amran. Itu sebab bila Tuan Hashim cadangkan agar Amran dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar disini dan dia akan bertukar terus ke Induk, dia terus setuju. Dia tahu Amran pasti akan gunakan peluang yang diberikan dengan mengembangkan lagi syarikat yang dia dan Tuan Hashim bina bersama ini.

'Sayangnya seorang pun anak-anak aku seorang pun tak minat dengan syarikat ini. Lagipun, semua tak boleh diharap untuk mentadbir syarikat.' Kata hati Tuan Firdaus.

"Insya Allah, tuan. Saya cuma sedaya upaya saya. Andai saya ada tersilap langkah, saya minta tuan tegur saya. Saya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Saya cuma mahukan sesuatu itu sempurna sedangkan saya tahu saya tak sempurna. Jadi saya perlu tunjuk ajar dari tuan." Pinta Amran.

"Insya Allah. Saya dan Tuan Hashim sentiasa ada dan akan sentiasa sokong awak." Janji Tuan Firdaus.

Amran angguk-anggukkan kepalanya.

Tuan Firdaus pandang dan senyum pada Amran. Dalam mindanya sudah merancang banyak untuk masa depan anak muda dihadapannya. Ada banyak cara untuk menaikkan lagi pencapaiannya. Ditambah lagi sokongan kuat dari Tuan Hashim. Dia yakin, apa yang dirancangnya untuk anak muda ini pasti akan terlaksana.

Lagipun, Amran ada seorang perempuan yang kuat disisinya. Ain cukup kuat dan sabar. Memang sesuai mereka berdua. Andai saja rancangan Tuan Hashim untuk menjodohkan Juli dan Amran dulu berjaya, dia sendiri tak pasti sama ada Amran akan maju atau mundur ke belakang.

Juli nampak seperti seorang wanita yang kuat tapi sebenarnya dia cuma wanita yang menunjukkan kekuatannya melalui pangkat bukan keupayaan diri. Berbanding dengan Ain yang nampak lembut tapi sangat tabah. Kekuatannya dari dalam yang hanya ditunjukkan bila keadaan memaksa dan menekannya.

'Amran dan Ain.' Dia senyum sebelum keluar.


Ain NadiraRead this story for FREE!