BAB 8

1.5K 39 0

"Ain, nanti dah dalam pukul 11.30 ikut akak pergi Port Klang ye. Branch sana ada masalahlah" Kata Puan Rila, Pengurus bahagian Kewangan. Ain yang terkejut apabila biliknya dibuka dari luar hanya tercengang. Kedengaran ketawa Puan Rila.

"Sorry lah Ain. Akak main terjah saja. Tadi setiausaha Tuan Hashim call. Ada emergency meeting. Dorang nak kita jadi penilai. Masalah besarlah kot. Agaknya terlibat dengan perempuan senget tu lah kot. Kalau tak, takkan kita diajak tuk jadi penilai" Terang Puan Rila. Sempat juga mengutuk 'Perempuan Senget' a.k.a Juli.

Mereka memang ada masalah dengan Juli. Sudah banyak kali Juli datang ke pejabat mereka dan berbuat onar. Ada saja yang dia tak puas hati. Sehingga Puan Rila yang lebih tinggi pangkat dan lebih lama bekerja pun tak mampu nak kata apa demi untuk menjaga periuk nasinya. Dia ada tanggungan yang perlu ditanggungnya sendirian sejak suaminya meninggal dunia.

"Penilai sajakan, kak" Tanya Ain ingin kepastian.

"Entah. Just prepare saja lah Ain. In case kita perlu terlibat secara langsung dalam masalah tu" Kata Puan Rila. Dia terus berlalu.

Ain masih kaku. Apa yang nak buat? Nak bawa apa? Dia blur. Lama dia mendiam sendiri. Mencari ketenangan setelah diterjah tadi. Bila dia sudah mula kembali ke posisi asal minda, dia menyambung kerjanya. Baru hendak mengadap komputernya, dia terpandang gambar perkahwinannya. Amran. Dia perlu minta izin.

Ain mendail nombor Amran. Namun tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi. Masih tiada jawapan. Akhirnya dia mengalah. Meninggalkan pesanan rinkas saja.

****************

Talefon bimbit di atas mejanya berdering. Amran biarkan saja. Dia sedang didalam talian. Pening memikirkan pihak syarikat perkapalan yang tidak mahu bertanggungjawab memandangkan kekhilafan bukan dari pihak mereka 100% kerana pekerja mereka telah memberikan shipping note pada pekerjanya untuk membuat pengesahan. Malah telah disahkan oleh pekerjanya. Namun, demi untuk menjaga hubungan baik syarikat, mereka tawarkan hanyalah potongan harga 60% dari harga tawaran tidak termasuk surcharge yang lain. Pening kepalanya.

Dia sudah bertanyakan terus pada pekerja yang bertanggungjawab menguruskan kerja tersebut. Malas sudah hendak berprotokol. Mengikut kata staff tersebut, dia sudah membuat tempahan yang betul. Cuma masalah pada shipping note yang tersalah pelabuhan destinasi. Katanya, dia perasan kesilapan itu tapi dia terlupa untuk membetulkan.

'Sekarang ini yang paling penting apa tindakan yang harus diambil bukan siapa yang perlu dipersalahkan. Menyalahkan orang tidak dapat menyelesaikan malah merumitkan lagi keadaan.' Pesan Amran pada dirinya.

Teringat perbualannya dengan kawan chattingnya. Dia memikirkan semula apa yang dicadangkan kawannya itu. Ada betulnya apa yang dikatakannya. Dia mencari info syarikat car carrier di Kota Kinabalu di internet dan menelefon mereka untuk bertanyakan harga. Sejujurnya dia amat terkejut. Harganya sangat tinggi. Malah lebih tinggi dari menaiki kapal. Amran menimbal balik pilihannya.

Pilihan yang ada, sama ada mereka menunggu kapal tersebut berlayar dan masuk ke pelabuhan Kuching atau menaiki penggangkutan darat. Paling flexible adalah car carrier. Mustahil untuk dia bagi kepercayaan individu untuk memandu kereta tersebut. Kedua-duanya memerlukan kos yang agak tinggi. Namun, dia memilih untuk menggunakan khidmat car carrier. Lebih cepat. Padanya, kepuasan hati pelanggan lebih penting.

Amran mengangkat ganggang telefon untuk berbincang dengan agen di Kota Kinabalu dan Kuching. Lega hatinya bila agen di Kuching berjanji untuk mencari car carrier dari Kuching yang balik dari Kota Kinabalu. Dia telah berbincang dengan agen di Kota Kinabalu dan mereka berjanji untuk menolong sekadar yang mampu.

Ain NadiraRead this story for FREE!