BAB 17

2K 32 2

Ain sedang bersiap-siap hendak ke tempat kerja. Hatinya gusar mengenangkan suaminya yang tidak menhubunginya seperti hari-hari kebiasaan. Selalu tepat pukul 6 pagi dah call. Ini dah dekat pukul 8 tak call lagi. Bukan dia tak nak menelefon suaminya tapi takut suaminya tengah dalam urusan rasmi kerja. Dia pun tidak pasti berapa jam perbezaan masa antara mereka. Nanti pasti akan dicarinya dalam google.

Suara Loq dari kumpulan Monoloque menyanyikan lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa'. Ringtone itu disetkan oleh Amran khas untuk panggilan telefon darinya. Dia yang edit dan dia juga yang tukar.


Tiada kata secantik bahasa

Untuk ku puji adinda

Tiada gambar secantik lukisan

Nak ku tunjukkan perasaan.


Ain lega. Finally, call juga. Ingatan Ain kembali kepada Amran. Kenangan sewaktu Amran menukar ringtone telefon bimbitnya.

"Ain, telefon Ain bunyi" Laung Amran sewaktu Ain didalam bilik air membasuh tangan. Ain cuba mendengar suara Yuna tapi tiada.

"Mana ada. Telefon Am kot. Tak dengar pun lagu 'Terukir Dibintang'. Lagu lain tu telefon Am lah. Am kan suka tukar ringtone" Jawab Ain.

"Tak percaya tengoklah sendiri. Am nak turun" Kata Amran. Ain kemudian mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. Ain keluar dari bilik air. Dikerlingnya telefon bimbitnya. Ada lampu tapi kenapa lagu lain ni. Dihampiri. Amran?

"Am?"Tanya Ain bila talian sudah bersambung.

"Betul tak Am kata telefon Ain bunyi?"Tanya Amran pula.

"Am tukar ringtone Ain buat apa?"Ain terfikir untuk mencari Amran dibawah. Dia lantas menghala ke bawah.

"Apa pula. Am set ringtone tu tuk Am je. Yang lain tu ringtone lain. Ain tak kisahkan?" Jawab Amran menafikan.

"Bukan masalah kisah ke tak kisah tapi masalahnya nanti Ain tak biasa dah tak pick up your phone. Nanti Am merajuk pula. Macam mana?" Kata Ain sambil menuju kearah dapur.

"Tak adanya Ain boleh tak biasa. Tiap-tiap harikan Am call Ain. Maknanya tiap-tiap hari Ain dengar. Takkan Ain tak perasan pula. Kalau tak perasan juga. Am ketuk kepala Ain. Nak?" Balas Amran.

"Tengok. Nak marah pula. Dia yang suka-suka tukar lepas tu nak marah orang. Yang Am pergi tukar tu kenapa?" Tanya Ain sambil matanya melilau mencari Amran di dapur. Namun tiada.

"Bosanlah dengar lagu Yuna tu. Dah lama sangat. Ain suka tak lagu ni?" Kata Amran dengan suara yang sengaja dimanjakan. Atau sememangnya Amran manja dengan Ain.

"Bukan tak suka tapi Ain dah biasa dengan lagu tu. Ni dah jadi confuse. Boleh tak Ain tukar lagu asal balik?" Kata Ain sambil matanya meliar mencari Amran.

"Tukarlah balik kalau ada. Am dah buang dah lagu tu. Kenapa Ain suka pakai lagu tu lama-lama? Tak bosan ke?" Tanya Amran tanpa tahu Ain sedang mencarinya.

"Bukan saja tapi susah nak buang kebiasaaan. Kenapa Am buang lagu tu?" Balas Ain pula. Ain kemudian ternampak Puan Azlin. Dia bertanya tanpa suara hanya gerakan mulut. Amran. Puan Azlin hanya mengangkat bahunya tanda tak tahu.

"Saja. Tahu dah Ain tu. Nanti pergi tukar balik. Bukan nak hargai orang yang tolong tukar, kan?" Kata Amran sambil ketawa. Sengaja ayat tu diutarakan. Ain pula sudah ke laman depan.

"Alah, bukan tak hargai tapi Ain mesti ada timing bila nak tukar. Masa tu baru tak jadi confuse macam ni" Balas Ain lagi. Tak ada juga Amran ni. Mana pula perginya. Namun kemudian dia perasan Amran dibilik mereka. Diruang kerjanya. Ain naik semula ke atas.

Ain NadiraRead this story for FREE!