AN 51

663 46 9
                                    

"Azlia. Masuk."

Razali mengukir senyum bila terpandang Azlia yang mengetuk pintu bilik pejabatnya. Tetamu yang dinanti telah tiba.

Azlia masuk dan terus menyalami tangan lelaki itu. Dia turut tunduk hormat memcium tangan itu.

"Sihat, pakcik?" Tanya Azlia.

"Alhamdulillah. Baby macam mana? Sihat?" Tanya Razali pula.

"Alhamdulillah. Tuti jaga kat rumah." Jawab Azlia.

"Okey lah maid tu?" Tanya Razali.

Dia yang memperkenalkan Tuti kepada Azlia. Tuti pula adalah bekas pekerjanya sewaktu mereka di Indonesia. Dia kenal keperibadian Tuti. Kerana itu, dia menawarkan pekerjaan ini bila Azlia menyuarakan hasratnya untuk mencari pembantu untuk menjaga anaknya.

"So? How?" Tanya Azlia.

Razali ketawa. Dia mula menyerahkan fail-fail yang sememangnya sudah berada dihadapannya kepada Azlia. Menerangkan segala perancangannya.

"Macam mana Azlia rasa?" Tanya Razali. Dia memandang Azlia yang sedang berkerut memikirkan sesuatu.

Selepas Azlia bersalin, dia jadi seorang yang lain. Dia nampak perubahan anak saudaranya itu. Azlia lebih bersemangat. Mungkin kerana dia seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan anaknya sendirian.

Azlia bangun dari tempat duduknya dan bergerak berdiri disebelah Razali. Rasa tidak selesa duduk dihadapan Razali kerana skrin komputer lama dan besar itu tidak boleh digerakkan selari dengan matanya. Dia tunduk sedikit mendekatkan wajahnya ke skrin kerana dia lupa membawa cermin matanya. Membuatkan dia sedikit membontotkan Razali. Tetapi tidaklah bontotnya dihadapan Razali. Disisi belakang Razali.

"Lia rasa, benda ni kena ubah sikit." Kata Azlia menunjukkan sesuatu di skrin komputer.

"Lia nak ubah macam mana?" Tanya Razali.

Azlia fikirkan sesuatu. Matanya memandang Razali. Dia tahu apa yang dia nak tetapi sukar untuk dia luahkan dalam perkataan. Jadi, dia fikirkan ayat yang mudah untuk disampaikan untuk kefahaman Razali.

"Ha. Kan saya dah kata, dorang ni buat maksiat." Tiba-tiba Mariah menerjah masuk ke dalam bilik tersebut.

Turut bersama dengannya adalah Encik Amir. Mereka masuk ke dalam bilik tersebut dan berdiri dihadapan Azlia dan Razali.

Azlia dan Razali saling berpandangan. Terpinga-pinga. Terkejut disergah begitu.

"Sekarang abang percaya, kan? Anak tu anak Razali. Dorang berdua ni ada affair. Tapi perempuan ni saja nak perangkap Afham. Tiba-tiba, Afham dipersalahkan." Kata Mariah.

"Merepek apa awak ni? Saya dengan Azlia tengah bincang pasal kerja." Kata Razali.

"Kerja? Huh? Saya dah ambil gambar dah. Bukti kecurangan awak. Bukan sekali, dah banyak kali awak dengan betina ni menyundal. Depan public." Balas Mariah.

"Awak ni kalau bercakap, ikut sedap mulut awak saja. Ini anak saudara saya. Berapa kali saya nak bagitahu awak? Azlia anak saudara saya. Anak kakak saya yang mak saya halau dulu. Saya pun baru tahu. Azlia balik jengah ke kampung mencari saudara mara dia. Sebelum dia kahwin dengan Amran. Dia nak cari wali dia jika ada." Terang Razali untuk kesekian kalinya.

"Jangan nak auta saya. Awak dah kantoi. Macam-macam cerita awak buat. Anak saudara konon. Awak ingat, saya nak percaya?" Balas Mariah.

"Terpulang awaklah. Awak dengan saya pun dah tak ada apa-apa ikatan. Edah awak pun dah habis. Kalau pun saya nak ada affair dengan siapa pun, tak ada kena mengena dengan awak pun. Dan bukan urusan awak." Kata Razali.

Dia mengemas fail-fail yang ada dihadapannya. Dia turut menutup komputernya.

"Kenapa bukan urusan saya? Awak ceraikan saya sebab awak curang!" Mariah sudah mula mengamuk. Menunjal dada Razali. Memberitahu betapa dia marah.

"Saya ceraikan awak sebab awak yang nak. Awak malu ada suami macam saya. Yang menumpang harta keluarga awak. Awak rasa saya tak guna. Awak tak pernah hormat saya sebagai suami. Sebab tu, saya ceraikan awak. Dan saya tak nak jadi alat untuk awak aniaya sesiapa pun. Terutamanya Ain." Kata Razali. Menolak kasar tangan Mariah yang digenggamnya kerana sakit ditunjal.

"Awak masih ada hati dengan janda awak tu?" Tanya Mariah dengan mata terbeliak.

"Janda?" Tanya Azlia dan Encik Amir serentak.

"Itu kisah lama. Berhentilah kacau Ain. Biar dia hidup bahagia. Dia bahagia dengan Am. Bukan saya tak tahu, awak saja paksa Azlia kahwin dengan Am untuk buat Ain merana. Awak sakit hati bila rancangan awak gagal sebab Ain tetap bahagia dengan Am." Kata Razali. Suaranya kendur. Sudah malas mahu berbalah dengan Mariah.

"Saya takkan biarkan dia bahagia. Dia hancurkan semua kebahagiaan saya. Dia rampas awak dari saya. Dia rampas kemewahan yang kita miliki. Dia buat kita jadi papa kedana. Semuanya sebab dia!" Jerit Mariah. Perasaan marah yang mengebu. Diluahkan dengan jeritan yang penuh dendam.

"Awak hanya nampak salah dia. Padahal, yang salah kita. Awak lupa. Awak yang pinang Ain untuk saya. Awak yang seksa dia dengan menggunakan nafsu saya. Awak yang minta saya serahkan semua urusan syarikat dan harta peninggalan keluarga saya sebagai ganti saya boleh dapat Ain. Kemudian, awak boros. Awak biarkan syarikat tak terurus. Bila syarikat hampir muflis, awak jual satu persatu harta yang keluarga saya miliki atas alasan untuk selamatkan syarikat. Tetapi, awak guna duit tu untuk kepuasan awak. Hakimi cuma menggunakan kesempatan itu untuk hancurkan kita. Tapi semuanya berpunca dari awak." Kata Razali. Masih tenang.

"Kalau tak sebab dia goda awak, awak takkan nak kat dia. Awak takkan abaikan saya. Awak sampai sanggup serahkan harta awak demi dia." Balas Mariah. Masih tinggi suaranya.

"Dia tak pernah goda saya. Awak lupa macam mana kejam kita buat dia? Dah macam binatang kita kerjakan dia. Sampai dia masuk hospital mental. Sampai sekarang pun, dia masih takut dengan saya. Dan awak gunakan itu untuk seksa hidup dia. Mana akal awak? Mana hati awak? Mana kewarasan awak? Dia sekarang dah jadi anak saudara awak. Tapi, awak tak habis-habis nak seksa dia. Awak fitnah dia macam-macam. Awak rancang macam-macam untuk seksa dia. Mana simpati awak?" Tanya Razali. Penuh dengan rasa sesal.

"Kita ni dah tua, Mariah. Bertaubatlah. Saya bukannya ada hati pada Ain tapi saya hanya mahu dia maafkan saya saja. Sampai bila-bila pun, rasa bersalah ni takkan pernah hilang." Kata Razali dan terus pergi.

"Awak nak pergi mana? Nak pergi menyundal dengan siapa?" Jerit Mariah menahan Razali.

Encik Amir menahan tubuh Mariah dari mengikut Razali. Kini, dia makin keliru. Apa sebenarnya yang terjadi. Apa kena mengena Ain dengan Mariah dan Razali?

Amran? Bagaimana penerimaan Amran nanti? Dia tahu anaknya itu sangat menyayangi Ain. Adakah Amran akan kecewa?

Hatinya gusar.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now