BAB 16

1.4K 32 3

Bangun pagi tu Ain terasa sangat berat kepala. Badan pun terasa sakit. Ain cuba untuk bangun juga tapi sememangnya tak berdaya. Langsung. Kepala yang sakit ditambah dengan badan yang terasa terlalu sakit membuatkan Ain terbaring semula. Dia cuba gagahkan juga tapi sememangnya tak berdaya. Terasa ingin menangis. Ditahannya juga.

Ain memanggil-manggil nama Amran tapi tiada tindakbalas. Ain gagahkan tangannya mengoncang lengan Amran tetapi masih lagi tak tindakbalas. Akhirnya setelah penat mencuba mengejut Amran, air mata ditubir matanya terus mengalir. Ada esak dalam tangisannya.

Mendengarkan esak tangis Ain, Amran segera membuka mata. Hajat dihati hendak main-main dengan isterinya itu memandangkan dia punyai isteri yang keras. Sesekali nak bermanja apa salahnya. Lagipun sudah sebulan dia tidak jumpa isterinya memandangkan sebulan yang pertama di New Zealand ini dia jadi sangat sibuk sehingga tak punya waktu untuk pulang ke Malaysia pada hujung minggu. Maklum saja, mereka baru hendak mengeluarkan keluaran pertama. Maka semua perancangan harus lebih teliti.

"Kenapa Ain? Kenapa menangis ni?" Amran bertanya. Cuba mencari wajah Ain yang sudah dipalingkan darinya.

"Ain...?" pujuk Amran lembut. Dia tahu Ain merajuk. Amran segera duduk. Dia menarik Ain untuk sama duduk dengannya tapi Ain berdegil.

"Ain... Pandang Am... kenapa Ain kejut Am. Bangunlah pandang Am... Berkat tau pagi-pagi pandang wajah suami" Amran cuba memujuk. Dia menarik muka Ain untuk memandang kearahnya. Tangisan teresak Ain bertambah kuat.

"Ain sakit. Tak boleh bangun" Luah Ain dalam tangisnya.

"Ha? Sakit? Tak boleh bangun? Biar benar? Habis tu macam mana sekarang ni?" Amran mengelabah mendengarkan kata Ain bersulam tangis.

"Ain nak buang air, nak pergi solat. Tapi Ain tak boleh bangun. Sakit sangat. Ain kejut Am tapi Am tak nak bangun. Tapi Ain dah tak tahan sangat nak buang air" terang Ain keadaan sebenar dengan nada merajuknya. Amran tak tahu nak buat apa.

"Dah tu sekarang nak buat macam mana?" tanya Amran mula tenang tapi masih risau. Hal buang air ni bukan boleh buat main-main. Boleh sembellit tau.

"Tolong telefonkan mak minta datang sini" Pinta Ain.

"Kenapa pula mak nak kena datang sini. Am kan ada kat sini" Bantah Amran. Kenapa nak kena susahkan mak kalau dia sendiri ada disini.

"Tapi siapa nak uruskan Ain. Takkan nak suruh mummy. Ain tak nak menyusahkan mummy" Ain cuba menyedarkan Amran tentang hakikat dia perempuan dan Amran lelaki.

"Ain, Ain kan isteri Am. Tak menjadi batas antara Ain dengan Am. Tak ada hukum yang menegah suami menguruskan isterinya yang sedang sakit. Ain tak percaya pada Am" Amran cuba untuk menyedarkan Ain yang dia adalah suami yang halal untuk disentuh. Malahan, dia lebih berhak untuk melihat setiap inci tubuh Ain berbanding orang lain walaupun ibu bapanya.

Tanpa melengah lagi masa dengan berbalas cakap, Amran lantas mengendong Ain dan dibawanya ke bilik air. Ain menjerit sedikit kerana badannya terasa sangat sakit. Sampai dibilik air, Amran meletakkan Ain diatas mangkuk tandas tapi jeritan Ain makin kuat. Ain langsung tidak boleh duduk. Kemudian diletakkannya Ain didalam tab mandian dalam keadaan baring. Nasib baik ada tab mandi. Kalau tidak baring kat lantai lah bini aku.

"Ain sebenarnya kenapa? Selalu jadi macam ni? Am tak tahu nak buat macam mana ni" Amran sememangnya sudah hilang akal nak buat macam mana. Dia memang dalam keadaan panic tapi melihatkan Ain yang tenang dia cuba bertenang dan berjaya. Tapi dia tak habis fikir. Ain seolah seperti orang sedang dalam keadaan lumpuh. Sekurang-kurangnya orang lumpuh masih boleh didudukkan. Ini sampai duduk pun tak boleh.

Ain NadiraRead this story for FREE!