BAB 12

1.3K 31 0

"Saya faham awak baru kahwin. Tapi awak juga harus faham, kehadiran awak dalam membimbing mereka untuk menjaga kualiti halal mengikut spec pun penting. Mereka bukan Negara Islam yang benar-benar faham konsep halal dan tayyibah" Kata Tuan Hashim tenang. Dia merenung riak wajah Amran. Tiada apa-apa riak yang dapat dikesan pada muka anak muda itu.

"Saya tahu awak adalah didalam bidang pemasaran logistic. Dan skop kerja awak disana nanti lebih pada kualiti tapi saya nak awak faham yang kita baru dalam bidang penternakan dan pemakanan ini, jadi anggaplah ini peluang awak untuk lebih berkembang andai kita dapat masuki pasaran di New Zealand walaupun tujuan asal ladang ternakan disana adalah untuk supply daging lembu berkualiti dan halal di Negara-negara Asean" Terang Tuan Hashim.

"Lagipun, awak pencetus idea. Maka saya rasa eloklah peluang ni diberikan kepada awak sebab saya fikir tentu kamu yang dah buat kajian tentang product ni dengan lebih lanjut, kan?" Terang Tuan Hashim lagi bila dilihat Amran masih menyepi.

"Bukan saya tak nak pertimbangkan keputusan saya ni memandangkan saya faham orang baru berumahtangga. Masih dalam penyesuaian dan pengukuhan rumahtangga tapi antara semua yang sudah dimasukkan dalam senarai pendek, hanya awak yang masih belum ada komitmen major dalam syarikat. Lagipun, saya rasa awak yang paling layak kerana prestasi kerja awak yang sentiasa cemerlang, konsisten dan sentiasa bijak dan tenang menangani masalah yang datang" Kata Tuan Hashim lagi apabila dilihatnya anak muda didepannya masih terus diam.

"Tuan, macam ni. Kalau saya masih bujang mesti saya akan terus bagi jawapan sekarang ni and it will be definitely yes but now perkara ini melibatkan juga isteri saya. Apa kata saya balik dan bincang dulu dengan wife saya macam mana? Kalau dia okey then the answer will definitely be yes. If not, saya akan cari alternatif lain. Mungkin saya akan suggest the best person in my department or maybe saya boleh buat pemantauan dari jauh. Sekarang teknologi sangat canggih. Selain video conference maybe saya boleh juga guna cctv untuk pantau mereka directly from my phone. Twice a month bolehlah saya pergi melawat mereka untuk membuat pemantauan hasil" Jawab Amran. Dia tak boleh ketepikan Ain. Walaupun dalam masa perkahwinan mereka, Ain masih menganggapnya seperti kawan tapi untuknya Ain adalah segalanya.

"Sebab tu saya suka awak" Ada sirna harapan dalam kata-kata Tuan Hashim itu. Dia percaya dia sentiasa betul dengan anak muda dihadapannya ini.

"Saya bukan apa tuan, kalau saya kata 'ya' but then my wife tak nak pun parah juga. Nanti dia kata saya membelakangi dia pula kan? Tak nak saya duduk belakang dia. Saya nak sentiasa duduk disisinya" Jawab Amran berseloroh. Tuan hashim gelak. Dia tahu yang Amran sangat menyayangi isterinya melalui kata-katanya. Mata Amran juga bercahaya apabila menyebut tentang isterinya itu. Dia pernah rasa perasaan itu.

"Kalau dia nak ikut pun apa salahnya. Betul tak? Ada peruntukan untuk keluarga" Balas Tuan Hashim. Sememangnya dia bukan minta Amran kesana untuk sehari atau seminggu tapi mungkin akan capai setahun atau bertahun-tahun. Bergantung kepada prestasi disana.

"Kalau lah isteri saya tu nak ikut, mau koma saya dengar. Dia sangat suka kerjanya sekarang ni. Jangan Tuan tak tahu, kalau dia tak pengsan selagi tu dia nak pergi kerja" Kata Amran teringat peristiwa Ain sakit perut sampai tak sedarkan diri. Kalau tak dilarang abah, dah perginya kerja. Gila workaholic.

"Baguslah macam tu. Sebab tu saya sayang isteri kamu tu. Dia memang sangat committed dengan kerja dia. Sayang juga pekerja terbaik saya semua pergi kesana" Komen Tuan Hashim.

"Kalau dah sampai sakit pun nak pergi kerja, itu bukan committed lagi dah tu, itu nak mengelat dari kena masak dekat dapur tu" Kata Amran disulami dengan tawa kecil. Tuan Hashim yang mendengar kata-kata Amran itu hanya tersenyum kecil. Teringat kisah dia bersama arwah isterinya. Isteri yang sangat dicintainya sehingga kini.

"Minta maaflah tuan kalau tuan menyampah dengar cerita saya tentang isteri saya" Kata Amran bila dilihat ada keruh dalam senyuman itu.

"Bukan. Saya teringat arwah isteri saya. Masa muda-muda macam tu lah perangai dia. Lepas kami nikah, esoknya dia dah masuk office. Hari-hari. Balik dah malam. Nasib masa tu kami duduk dengan keluarga saya. Taklah saya rasa terabai makan pakai tapi saya rasa dia menjauh. Saya fikir mungkin sudah hilang rasa cinta dihatinya buat saya sebab tu dia cuba menjauhkan dirinya dari saya. Rupanya dia tak suka duduk dengan keluarga saya. Katanya dia tak bebas nak buat apa yang dia suka. Dia kata dia macam tak ada hak keatas saya. Semua ibu saya buat sampai dia tak rasa macam mana nak uruskan suami sendiri" Cerita Tuan Hashim. Tuan Hashim kemudian diam. Sebak rasa hatinya mengenangkan isteri yang sudah 3 tahun meninggalkan dunia Allah ini. Amran mendengarnya dengan tekun.

"Hish, apalah saya ni. Boleh pula bawa hal peribadi di pejabat" Kata Tuan Hashim sambil cuba ketawa.

"Tak apa Tuan. Rahsia kita berdua" Kata Amran. Dia cuba menghidupkan humor antara mereka. Tak mahu pemilik syarikat tempatnya bekerja itu terasa segan dengannya.

Amran suka bekerja di sini. Cara kerja yang tidak terhad pada skop kerja sendiri tapi memberi peluang untuk sama rasa tanggungjawab orang lain. Kerja bersama adalah moto kerja syarikat ini. Cuma skop kerja itu adalah tanggungjawab individu manakala adalah digalakkan untuk sama-sama bekerja bersama antara jabatan. Tiada unsur kapitalis.

"Saya lupa nak cakap. Andai kata isteri awak tak nak ikut, katakana padanya syarikat akan menanggung kos perjalanan bulanan untuk awak ulang-alik ke Malaysia. Tapi sebulan sekali saja lah. Amran, andai awak terima tawaran ni, bukan saja awak dinaikkan pangkat tapi juga gaji dan akan terima elaun expatriate." Kata Tuan Hashim bila Amran sudah minta diri untuk keluar. Amran hanya mengangguk.


Ain NadiraRead this story for FREE!