Part 23

1.5K 35 5




kepulangan Amran disambut meriah oleh ahli keluarganya. Kapal terbangnya mendarat di bumi Malaysia pada jam 2.45 petang. Malamnya, sudah dirancang untuk diadakan sedikit kenduri doa selamat dan kesyukuran diatas kepulangannya.

Orang yang paling sibuk hari ini ialah Ain. Dari pagi, dia sudah diajak ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan untuk memasak. Walaupun Ain sudah mencadangkan untuk ambil katering saja, tapi Puan Azlin tetap mahu menyediakan lauk pauk sendiri. Katanya ramai saudara mara yang mahu datang menolong.

Memang benar ramai yang datang menolong. Malam tadi saja, sudah penuh rumah ini. Macam nak buat majlis kenduri kahwin. Riuh sanak saudara Amran bersembang. Tak ada buat kerja apa pun malam tadi. Semua datang awal untuk majlis malam ini.

Balik dari pasar, Ain adalah mangsa buli. Kejap orang ni panggilnya, minta tolong buat itu. Sekejap lagi orang ni panggil dia untuk buat ini. Ain. Ain dan Ain.

Masuk saja waktu Zohor, terus Ain naik ke atas. Dia perlu bersiap-siap untuk mengambil Amran. Amran sudah pesan untuk dia yang mengambilnya. Tak perlu bawa orang lain kerana orang lain sibuk nak buat persiapan kenduri malam nanti.

Selesai solat Zuhur, terus dia keluar menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sampai disana, jam tepat menunjukkan jam 2.45 petang tapi bayang Amran masih tidak nampak. Dia letakkan keretanya diruang menunggu. Pada Amran sudah dihantar mesej yang dia tunggu di pintu 3.

Amran nampak kereta Ain. Dengan senyuman dia melangkah mendekati kereta itu. Dia terus buka tapi berkunci. Dia rendahkan badannya. Dilihatnya Ain sudah terlentok. Tidur. Dia senyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Penat sangatlah tu."

Berkali-kali Amran mengetuk tingkap disebelah Ain. Masih tiada tindakbalas dari Ain. Dia memanggil-manggil nama Ain. Ain masih enak tertidur.

"Ain, buka." Kata Amran sambil mengetuk tingkap kereta Ain dengan lebih kuat.

Dalam keadaan separuh sedar, Ain membuka kunci pintu keretanya. Matanya masih tertutup. Amran membuka pintu kereta untuk suruh Ain beralih tempat. Tapi Ain tidak juga keluar. Bila direndahkan badannya, dilihat Ain masih tidur.

"Penat sangat ke?" Kata Amran. Ain angguk tapi matanya masih lagi terpejam.

Amran senyum. Dikendongnya Ain dan diletakkan ditempat duduk penumpang disebelahnya. Barang-barangnya dimasukkan kedalam bonet kereta dan kemudian dia masuk ke tempat duduk pemandu. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan pemanduannya.

"Ain buat apa sampai tak boleh buka mata ni? Macam penat sangat isteri Am ni?" Tanya Amran.

Walaupun dia tahu Ain sedang tidur, tapi dia juga tahu yang Ain masih sedar. Separuh sedar. Dan jawapan Ain adalah paling jujur saat ini.

"Semua orang asyik panggil Ain saja. Tolong tu, tolong ni. Ain penat." Katanya merengek manja.

Tak semena, Ain menarik tangan Amran dan dilentokkan kepalanya dibahu Amran. Tangan yang lain dijadikannya bantal peluk. Amran berhentikan kereta ditepi jalan. Pemanduannya terganggu. Mujur belum masuk ke lebuhraya Elite. Jalan ini masih lagi lenggang dari kenderaan.

Dengan perlahan, dia menyandarkan kepala Ain ke kerusinya. Dia keluar dan pergi ke pintu kereta sebelah Ain. Dengan penuh cermat, dia meletakkan semula kepala Ain ke kerusi dan dengan perlahan, dia membaringkan kerusi Ain. Kemudian barulah dia kembali ke tempat pemanduan dan memandu sehingga sampai ke rumahnya.

Dari luar rumah dia sudah nampak 2 buah khemah. Saudara maranya sedang bergotong royong memasak. Yang lelaki sibuk duduk dibawah khemah. Sibuk bersembang. Dia lihat Ain yang masih lagi lena tidur.

Ain NadiraRead this story for FREE!