Bab 28

1.3K 38 19

Terharu Amran bila keluar dari bilik mesyuarat, rakan-rakan dipejabatnya ramai yang hadir. Walaupun agak jauh dari Pelabuhan Klang ke Subang Jaya, tapi mereka tetap datang untuk menyambut hari ulangtahun kelahirannya.

Majlis sambutan hari lahirnya tak pernah disambut dengan besar seperti ini. Selalunya hanya kek yang disediakan oleh Syikin dan pemberian hadiah. Atau paling tidak, dia akan membelanja rakan-rakan pejabatnya makan juga atas desakan Syikin. Bila ianya disambut di induk dan dihadiri oleh rakan pejabatnya, rasa terharu sangat-sangat.

'Dulu sebab aku cuma seorang pengurus jabatan. Sekarang, aku pengurus besar cawangan. Mestilah sambutannya berkali ganda.' Fikir Amran.

"Banyak juga hadiah yang diterimanya. Dah rasa seperti kanak-kanak menyambut birthday pula. Padahal usia sudah menginjak ke 26 tahun." Bisik Amran ke telinga Ain.

Ain gelak.

"Amboi pasangan pengantin lama ni. Akak tengok korang ni mesra macam couple belum kahwin. Romantic saja. Siap berbisik-bisik." Usik Kak Timah.

"Kak Timah tu jealous, Ain." Balas Amran sambil menarik Ain dan meletakkan tangannya ke belakang pinggang Ain.

Ain hanya senyum.

Rasa kekok untuk membalas. Dia bukan seperti Amran yang mudah mesra dan sangat peramah. Dia perlukan masa untuk bergaul ramah dengan sesiapa pun. Walaupun dia kenal Kak Timah tapi tak pernah bersembang dengannya. Hanya berbalas senyum.

"Mestilah akak jealous. Akak juga tak ada orang yang sudi." Balas Kak Timah sambil membuat muka kasihannya.

Mereka gelak.

"Bukan tak ada. Akak tu yang memilih sangat. Semua tak berkenan. Nak yang oversea saja." Usik Amran.

"Mestilah. Orang Eropah ni romantic, loving." Berangan Kak Timah.

"Saya orang Melayu. Kak Timah jealous je. Kak Timah siap puji saya romantic. Tak ada pula mata saya biru. Hazel je." Seloroh Amran.

"Kau tu sebab berbulan-bulan duduk dekat tempat orang. Dah terpengaruh dengan budaya orang sana. Kalau ikut kau dulu. Kayu juga. Kan, Ain?" Balas Kak Timah.

Ain dan Amran hanya ketawa melihat cebikan Kak Timah. Walaupun mencebik, sebenarnya Kak Timah tak ambil hati pun. Dia anggap Amran tu serupa adik-adiknya. Boleh diajak berborak dan bergurau. Tak ada terasa hati.

Lagipun, Amran yang banyak tolong dia. Sejak dia kenal dengan Amran, sudah banyak yang Amran tolongnya dan anak-anaknya. Bila tak cukup duit, Amran bagi pinjam duitnya. Nak dibayar balik, katanya sedekah untuk anak-anak. Bila anak-anaknya sakit, Amran yang tolong bawa ke klinik atau hospital.

Menjadi ibu tunggal pada 5 orang anak yang sedang membesar memang mencabar. Ada juga yang ingin mengambilnya sebagai isteri tapi ramai yang tak nak bela anak-anaknya kerana anak-anaknya ramai. Untuk Kak Timah, biarlah tak bersuami janji dia dan anak-anaknya tetap bersama.

'Tak senang nak lahirkan seorang anak, woooiiii'

"Kak Timah, jom balik." Ajak seorang dari rakan pejabat mereka, Ali.

"Jom, Ali. Amran, Kak Timah gerak dululah. Kita menumpang orang." Kata Kak Timah.

Ain bersalaman dengan Kak Timah diikuti dengan beberapa lagi rakan pejabat Amran yang datang hari ini. Menurut Kak Timah, 3 kereta mereka konvoi ke induk hari ini semata-mata nak sambut hari lahir Amran. Makan free katakan.

Selepas saja semua tetamu balik, Amran sudah dipanggil untuk masuk semula ke bilik mesyuarat. Ain dan pekerja pembersihan mula mengemas tempat majlis sambutan hari lahir Amran iaitu ruang lobi bangunan.

"Ain, pergilah bawa masuk hadiah-hadiah tu dalam kereta. Biar kami saja buat kerja-kerja ni. Lagipun, sikit saja lagi ni. Ain pun tentu ada lagi kerja nak kena buat. Pergilah. Lagipun, ini memang kerja kami." Kata Makcik Minah, salah seorang dari 3 pekerja pembersihan di syarikat ini.

"Tak apa ke, Makcik? Sebab ini majlis untuk suami saya. Saya yang rancang. Tak sedap hati pula nak biarkan saja." Jawab Ain.

"Ain, pergi sajalah. Meeting pun dah start. Kamu nanti kena bantu Kak Rila lagi, kan?" Gesa Linda, si penyambut tetamu yang turut membantu dalam kerja-kerja mengemas semula pejabat.

"Ain dah serahkan semuanya pada Kak Rila. So, Ain tak masuk meeting. Mana pernah Ain masuk management meeting, Linda. Ain exect je." Kata Ain.

"Ain, pergilah hantar hadiah-hadiah tu masuk dalam kereta. Senang nak kemas." Arah Makcik Minah.

Ain angguk.

Dia mengambil hadiah-hadiah untuk Amran setakat yang dia mampu untuk angkat dan berjalan. Dia bawa ke kereta Amran yang diletakkan dihadapan bangunan tapi agak ke hujung sedikit kerana saat mereka sampai, tempat letak kereta yang paling hampir dengan pintu masuk sudah penuh. Hari ini mereka ke pejabat sekali. Senang kata Amran kerana dia dijadualkan akan berada disitu seharian.

Ain memasukkan hadiah yang Amran terima ke dalam kereta. Dia kemudian menghidupkan enjin kereta dan memandunya ke hadapan pintu masuk pejabat untuk menyenangkan urusannya membawa masuk hadiah yang diterima Amran itu.

Empat kali dia ulang-alik menghantar hadiah ke kereta. Setelah itu, dia memandu semula ke tempat letak kereta tadi. Yang kebetulan masih lagi kosong. Ain mematikan enjin kereta dan sedia untuk keluar.

Saat dia terpandang seorang lelaki yang terpacak dihadapan pagar bangunan berhampiran dengan pondok pengawal, dia terasa mahu jatuh. Dia berpaut pada kereta untuk mengimbangi badannya yang terasa lemah saat itu. Tapi dia benar-benar rasa lemah dan akhirnya, dia biarkan dirinya terduduk dijalan tar yang panas itu.

Air matanya mengalir laju. Badannya menggigil. Saat itu dia hanya terfikir untuk mendapatkan Amran. Namun, dia sedar. Dia tidak boleh mengganggu Amran. Amran dalam mesyuarat dan setiap mesyuarat lebih penting dari dirinya. Mesyuarat itu adalah tentang pembangunan syarikat yang menjadi punca rezeki kepada 369 orang pekerja. Apalah sangat berbanding dirinya seorang.

Ain benar-benar sedang berperang dengan dirinya. Perjuangan sendirian tanpa bantuan sesiapa. Minda dan hatinya sedang saling berlawanan untuk dia sekurang-kurangnya bangun dan masuk ke dalam pejabat. Tempat yang dia rasa selamat tika ini.

"Ya Allah, datangkan bantuan-Mu kepadaku tika ini." Ain menadah tangan. Berdoa.

Bila dia buka mata, dia lihat Amran sudah berdiri dihadapannya. Terus saja dia bangun dan memeluk Amran. Air matanya tak payah cakap. Memang banjir habis. Dalam hati, tak sudah-sudah ucapan 'Alhamdulillah' dipanjatkan kepada Sang Pencipta yang menghantarkannya bantuan sejurus selepas doanya.

Mindanya menyuruh matanya untuk melihat kelibat lelaki itu tapi hatinya menolak. Makanya, dia cuma pejamkan matanya sehingga Amran menolaknya sedikit untuk meleraikan pelukan itu. Amran memandangnya dengan pandangan yang sarat dengan soalan.

"Rasa nak peluk, Am. Happy birthday." Kata Ain.

Pandangan matanya tepat hanya untuk Amran. Senyuman diukir semanis yang mungkin. Dia perlu melawan ketakutan yang dia rasai kini agar Amran tidak terus tertanya-tanya. Pertanyaan Amran hanya akan membuka rahsia yang disimpannya selama ini.

Amran mencalitkan jarinya ke pipi Ain. Dia mengambil air mata Ain dan ditunjukkan kepada Ain. Tanya suara, reaksi itu telah menyampaikan maksud pertanyaan.

"Terlalu rindukan Am." Jawab Ain selamba.

Amran malas nak bertanya lagi. Dia ingat pesan Azril. Berikan ruang untuk Ain. Suatu hari nanti, bila Ain sudah bersedia, dia sendiri yang akan bercerita tanpa perlu bertanya. Dan dia mahu pegang perkara itu.

:)

Ain NadiraRead this story for FREE!