BAB 9

1.6K 40 0

"Ain, malam ni kita dinner kat luar nak?" Ajak Amran pada suatu petang yang sangat damai.

Awal lagi Amran sudah merancang untuk mengajak Ain keluar makan malam bersama berdua di sebuah hotel di Shah Alam. Sekadar ingin merapatkan hubungan yang ada dan memesrakan dia. Semenjak berkahwin 2 bulan yang lalu, sekalipun mereka tidak berkesempatan untuk keluar berdua. Sementalah mereka belum berbulan madu seperti pasangan yang lain. Komitmen pada kerja buatkan mereka tiada masa untuk bercuti ditambah lagi dengan hubungan mereka yang belum seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Okey. Nanti Ain bagitahu mummy dengan mama. Rasanya tadi mereka kat dapur tengah buat kuih. Ain nak tolong tapi mereka tak bagi. Ada perbincangan besan katanya" Adu Ain. Kemudian, Ain bangun dari sofa untuk keluar mencari ibu mertuanya dan ibunya bagi menyampaikan hajat suaminya itu.

Namun, langkah Ain ditahan oleh Amran sewaktu dia melintasi katil dimana Amran sedang duduk berehat. Kening diangkat untuk bertanya kenapa langkahnya ditahan.

"Kita berdua saja" Kata Amran.

"Kita saja? Tak ke Nampak tak sopan? Mak dengan abah ada kat sini tapi kita keluar pergi makan berdua saja. Ajak mereka sekali lah" Kata Ain. Tak mahu nanti ibu bapanya berfikir yang tidak-tidak pada Amran.

Amran kemudian menarik Ain keluar bilik dan menuju ke tangga. Dia berhenti di tengah tangga dan berdehem bagi menarik perhatian ibu bapa mereka yang sedang rancak berbincang dengan seriusnya.

"Assalamualaikum pada ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian. Boleh tak malam ni saya nak pinjam isteri saya dan diri saya untuk dikecualikan dari makan malam keluarga? Ini kerana saya ingin membawa isteri tercinta untuk candle light dinner. Tanpa kebenaran dari kalian, dia tak mahu ikut" Kata Amran seperti sedang melaungkan pengumuman.

"Permintaan diperkenan" Jawab Daddy setelah ahli jemaah lain menganggukkan kepala. Senyuman penuh makna diberikan juga bersama dengan senyuman mengusik.

"Macam-macam anak menantu kita ni. Ada ke nak keluar suami isteri minta izin dengan kita dulu. Siap buat pengumuman lagi" serentak itu ketawa abah meletus dengan kuatnya diikuti dengan ketawa yang lainnya.

"Itulah. Pengumuman siap dengan rayuan lagi. Dahsyat" sambung Daddy pula.

"Duduk kat luar. Jangan masuk bilik. Malukan Ain lagi" Bisik Ain pada Amran dan lantas merentap tangannya dengan kasar. Amran hanya ketawa dan terus menyertai mereka yang ada diruang tamu.

**************

Makan malam ini umpama makan malam sessi pengenalan. Banyak cerita tentang Ain yang Amran tahu dan sebaliknya. Walaupun sebenarnya banyak cerita Amran berbanding Ain yang keluar. Maklum saja kebanyakan cerita tentang Ain sudah diketahui oleh Amran. Maka tidak banyak soalan yang keluar dari mulut Amran.

Ain sedar walaupun mereka sudah berkawan sejak zaman persekolahan lagi namun masih banyak tentang Amran yang dia tidak tahu. Terlalu banyak sebenarnya. Kini mereka sudah 2 bulan bergelar suami isteri namun dia masih tak perasan yang sebenarnya Amran mempunyai kesukaran untuk tidur waktu malam. Itu pun tau sebab Ain sudah hilang idea nak Tanya apa lagi. Amran pun tak banyak bersuara, asyik pandang dia saja buatkan rasa duduk tak kena.

Kadang-kadang rasa lawak pula bila fikir macam mana tidur sekatil tapi tak pernah sedar Amran sukar nak tidur. Nampak sangat yang Ain kalau dapat tidur tidak sedar diri dan Ain tidur dulu sebelum Amran. Terbukti sudah yang Amran yang menjaga Ain dalam segala perkara. Ain sangat bersyukur.

Satu perkara tentang Amran yang masih belum berubah, Ain sentiasa rasa selesa bila bersama dengannya. Walaupun Amran asyik merenungnya malam ni tapi keselesaan itu tak pernah berlalu malahan renungan tu buat perasaan Ain terus dibuai rasa disayangi dan dicintai oleh suaminya.

"Ain, sihat?" Tiba-tiba muncul suatu suara yang menegur Ain yang sedang ketawa dengan kata-kata Amran.

Serentak Ain dan Amran memandang pada pemilik suara itu. Rasa tidak senang melihat pemilik suara itu. Namun, ketenangan datang diwajah Amran setelah seketika. Melihat Amran sudah mula tenang, Ain cuba menenangkan dirinya juga.

"Alhamdulillah, Tengku. Saya dan suami sihat. Kenalkan suami saya, Amran. Rasanya Tengku ingat lagikan lelaki yang menyelamatkan air muka saya masa Tengku menginjak-injak maruah saya dulu" Kata Ain dengan nadaa tiada perasaannya. Sinis sekali. Matanya terus dihalakan kepada Tengku Azril.

"Hai, assalamualaikum. Saya Amran. Minta maaf atas kata-kata isteri saya ni. Saya tak sempat nak ajak dia maafkan awak. Nanti saya didik dia untuk jadi pemaaf. Minta maaf dan terima kasih sebab tindakan awak dulu. Kalau tak disebabkan awak mungkin sampai sekarang saya masih lagi kawan Ain" Kata Amran. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tengku Azril.

"Tak mengapa. Bukan salah Ain. Memang patut pun dia tak maafkan saya. Salah saya. Saya minta maaf. Tahniah dapat memiliki wanita yang paling saya cintai. Jagalah dia sebaik mungkin" Kata Tengku Azril. Dia lalu meminta diri untuk beredar.

"Saja datang tegur Ain. Tak sangka dia tak sudi nak sembang dengan saya" Kata Tengku Azril dan terus berlalu.

"Jangan cakap apa-apa" Ain memberi amaran pada Amran. Geram benar rasanya bila Amran tidak mempertahankannya malah berbaik bahasa dengan Tengku Azril.

Suasana sepi sehingga mereka sampai dirumah. Tidak sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Marah Ain pada Amran masih bersisa. Pada Amran dia perlu beri ruang pada Ain untuk berfikir tentang perkara ini.

****************

"Ain masih marahkan Am?" Tanya Amran sebelum mereka tidur. Dia tidak suka ada perkara yang tak selesai antara dia dengan Ain sebelum tidur.

Ain hanya membisu. Pura-pura sudah tidur sedangkan dia tidak boleh hendak tidur. Hatinya gelisah jiwanya tak tenteram. Maka mana bisa dia tidur walaupun sepatutnya jam ini dia sudah berlayar dialam mimpi.

"Ain, Am tahu Ain belum tidur. Ain masih berjaga. Jangan nak pura-pura tidur" Kata Amran. Ain masih membisu.

"Ain tak nak cakap tak apa tapi Ain dengar saja apa yang Am nak cakap ni" Kata Amran. Dia kemudian mengambil posisi mengiring menghadap isteri yang sedang membelakanginya. Dipeluknya Ain dari belakang. Sebuah kucupan diberikan dibahu kanan Ain.

"Sesetengah perkara memang sukar untuk dimaafkan tapi kesukaran bukan bermakna tak boleh, kan? Things come with reason, sayang. Kalau tak kerana peristiwa tu, Am mungkin sampai sekarang tak berani nak pinang Ain. Peristiwa tu lah yang menyatukan kita sekarang ni" Kata Amran. Lembut. Diusapnya ubun kepala Ain dan dikucupnya lembut.

"Ingat tak lepas peristiwa tu, kita pergi minum. Kemudian Ain tergesa-gesa pergi. Masa tu Am nampak Ain tak tentu hala. Mencari kereta sedangkan Ain yang Am kenal tak akan lupa mana barang yang dia letak. Bila Ain dah jumpa kereta, Ain termenung dalam kereta lama. Masa tu, Am teragak-agak lagi mahu pergi pada Ain atau tidak. Entah kenapa hati terlalu ingin memujuk Ain. Ain ingat tak, Am masuk kereta Ain dan kemudian terus Ain menangis tanpa segan. Masa tu lah Am yakin dan percaya Ain lebih selesa dengan Am berbanding dengan Tengku Azril. Balik tu, Am buat solat Istikharah. Mohon tunjuk jalan. Dan Allah melorongkan hati Am untuk ke kedai emas dan membeli cincin. Dan dikuatkan lagi keyakinan Am akan tanda yang Allah bagi bila tiba-tiba nenek telefon suruh ambil tepak sireh dirumahnya. Terus balik dari rumah nenek, Am sampaikan hasrat Am pada Daddy dan Mummy. Alhamdulillah, mereka setuju dan keluarga Ain pun setuju. Dan inilah hasilnya. Amran Shauqi dan Ain Nadira" Kata Amran panjang lebar. Ain yang sememangnya mendengar terasa sangat terharu. Dikalihkan badannya mengadap Amran.

"Ain minta maaf. Ain berdosa pada Am. Sepatutnya Ain lebih tenang berhadapan dengan dia. Ain seharusnya memikirkan nama baik Am. Ain lupa tanggungjawab Ain untuk menjaga maruah suami Ain. Maafkan Ain" Kata Ain sambil menyalami tangan Amran dan mengucupnya. Amran mengucup kembali tangan Ain.

"Am maafkan Ain. Am juga minta maaf sebab tak back up Ain. Tapi Am rasa tindakan yang wajar agar tidak memutuskan silaturahim dan menghindari dendam ialah dengan maaf. Am minta Ain maafkan Tengku Azril. Maafkan semua orang. Percayalah, bila kita memaafkan orang lain, hati kita akan lebih tenang dan damai. Allah juga akan bantu kita dalam segala urusan kita" Pesan Amran. Ain angguk. Amran senyum dan memeluk Ain erat.


Ain NadiraRead this story for FREE!