"Nak kutuk tak payah bisik-bisik, aku rela hati nak dengar. Tak best cakap belakang ni, aku pun nak tahu cerita jugak." Aku berkata selamba.

"Sarah, apa kau dah buat?" Medina tengok aku dengan muka risau.

Belle dengan Zara tu kan mulut Angelina Jolie, jadi aku pasti satu sekolah dah tau pasal kejadian tadi. Lepas ni macam-macam versilah akan muncul.

"Aku memang salah tapi dalam masa yang sama aku difitnah. Ops tak! Sorry salah! AKU DIFITNAH, DITOLAK, DIMAKI, DAN DILEMPANG!" Aku jerit ayat terakhir itu sehingga semua orang curi pandang aku. Lambat lagi ke cikgu nak masuk ni? Dah semak otak aku!

"Sarah aku rasa kau patut berhati-hati sebab aku takut Belle akan mengadu kat papa dia. Aku takut kau akan kena buang." Jelas riak risau terpancar pada wajah Medina.

"Aku tak salah jadi aku tak takut. Allah dengar doa hambanya yang dizalimi." Betul ke ayat aku tu?

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu menarik perhatian seisi pelajar kelas 4 Zamrut. Wajah yang aku mulai benci ada di muka pintu.

"Sarah Zulaikha." Panggilnya.

Dengan langkah berat aku menuju ke arahnya. Aku cuba kawal ekspresi muka aku. Aku cuba buat wajah setenang mungkin.

"Bilik disiplin. Papa Belle datang sekolah."

Kenapa dengan Firdaus? Kenapa dia asyik berubah-ubah?! Aku dah tak kenal dia!

"Oh." Jawab aku pendek lalu mengorak langkah.

"Minta maaf je lah dengan Belle." Firdaus menyentuh bahu aku dari belakang.

"Jangan sentuh perempuan macam aku!" Pedas! Cili padi pun tak pedas camni.

"Sarah, aku, aku tak sengaja. Aku, aku..."

"Dahlah. Aku memang akan minta maaf dengan diorang. Niat baik aku masa rehat tadi dah menyebabkan aku difitnah macam ni. Entahlah, kalau aku kena buang sekolah pun siapa kisah? Mesti semua gembira, terutamanya kau!"

"Janganlah cakap macam tu. Kalau kau mengaku salah kau takkan kena buang."

"Mengaku salah? Aku mengaku aku salah. Tapi tak bermaksud aku mengaku fitnah murahan belle dengan Zara tu betul!" Panas! Aku rasa nak mengamuk!

"Dah terang lagi bersuluh kau salah! Kau dah tampar diorang, kau yang cari pasal kan? Sekarang kau kenalah mengaku silap." Tegasnya.

"Kau pekak?! Dari tadi aku dah mengaku silap aku! Aku sedar silap aku! Silap Belle dan Zara? Puf! Dilindungi kabus!"

****

Baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu, aku sudah dengar si sawan tu meroyan macam babi kena selesma. Ops! Kasar ke? Tak kot sebab sesuai sangat!

"Belle nak papa buat dia sampai kena buang sekolah! Dia tolak Belle tau papa! Dia tolak anak kesayangan papa!"

"Ya, princess, anything for you."

Anything for you? Inilah salah satu sebab kenapa Ibu bapa tak boleh manjakan anak-anak. Nanti spesis macam Belle dan Zara akan membiak di sana sini.

"Tapi kita tak boleh buang pelajar sesuka hati Encik." Kali ini aku terdengar suara Cikgu Hassan.

"Saya tak peduli Cikgu! Budak tu dah melampau dengan anak saya." Bentak pak cik tu.

Aku kena buang sekolah lah ni? Tapi kenapa aku tak takut langsung? Macam mana aku boleh jadi setenang ini? Mungkin betul orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Perlahan-lahan aku menguak pintu bilik disiplin itu.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now