"Issa pun nak nasi ayam." Medina tiba-tiba menyampuk.

"Along ada cakap nak belanja Issa ke? Ada? Takde kan?"

"Alah, takkan pokai lah kalau along takat belanja Issa makan kat kantin sekolah kita ni." Medina ulang balik ayat Firdaus tadi. Aku ketawa lucu.

"Dah lah, along pergi beli korang pergi cari meja." Terus Firdaus melangkah pergi meninggalkan kami berdua.

"Med, kau ada nampak tak Zara ngan Belle?" Terus aku teringat nak minta maaf ngan diorang berdua.

"Ada, tu hah." Medina menunding jari ke arah satu meja di sudut kantin.

"Teman aku jom." Hati aku takkan tenang selagi tak minta maaf. Firdaus sudah, aku bila lagi?

"Hai Belle, Zara." Aku menyapa mereka dengan senyuman manis di bibir.

"What do you want?" Tanya Belle macam tak puas hati. Tenang Sarah, jangan cepat melenting.

"Aku nak cakap sikit boleh?"

"Boleh, tapi bukan kat sini." Zara terus bangun diikuti dengan Belle. Aku dan Medina pula mengekori mereka dari belakang.

"Not you Lisa. Ni hal kami bertiga je okey?" Nada Belle lembut apabila bersama Medina. Dengan aku? Jangan haraplah.

"Takpe, aku pergi dulu." Aku terus mengekori mereka berdua dan meninggalkan Medina berseorangan di kantin.

Sini? Kenapa diorang bawak aku ke sini? Sini busuklah. Maklumlah, kolam ikan a.k.a neraka Sarah tu ada kat sini.

"Cakaplah." Amboi kasarnya dia ni.

"Aku nak minta maaf pasal katak dan kerengga hari tu. Tu semua kerja aku." Huh! Lega sikit aku bila dah suarakan kebenaran.

Bedebushh!!

Arghhhh! Tak guna! Belle! Zara! Diorang tolak aku masuk dalam kolam busuk ni! Hari tu Addrian, sekarang diorang pulak! Apasal budak-budak Michael ni? Mungkin masa kat Michael diorang ni jaguh tolak-tolak orang.

"Padan muka!" Belle ketawa terbahak-bahak. Dia dan zara ber'high-five. Geramnya!

"Woi!" Aku menjerit geram secara tiba-tiba.

Belle berpaling, entah macam mana dia boleh tergelincir sampai join aku sekali berenang dalam kolam ni.

"Hoi! You ni kenapa perempuan gila?!" Belle tarik tudung aku sampai tercabut. Habis terurai rambut aku.

Pakkkk!

Spontan aku menampar mukanya. Aku terkejut bila dia cabut tudung aku. Aku cuba mencari tudung aku yang sudah hilang dilempar oleh Belle.

"Belle! You okey?" Zara menghulurkan tangannya mahu menarik Belle tapi Belle tidak menyambutnya.

"Kurang ajar punya perempuan! U tampar I?!" Belle tarik rambut aku.

"Belle! Lepas rambut aku! Sakit!" Aku mengerang kesakitan. Dahlah busuk, rambut pula kena tarik. Apa deria bau si Belle ni dah mati ke?

"Tampar dia Belle!" Jerit Zara. Sesaat selepas itu tangan Belle hinggap di pipi aku. Kepala aku terhantuk pada batu akibat tamparan itu.

Masa bagai terhenti. Darah aku sudah panas menggelegak. Kesabaran aku sudah sampai tahap maksimum. Aku betul-betul nak mengamuk!

Pappp! Pappp! Pappp! Tiga das tamparan aku berikan kepada Belle. Dua di pipi kanan dan satu di pipi kiri. Aku melompat keluar dari kolam lepas tu aku terus bagi satu tamparan super kuat kat pipi Zara si batu api. Dia terus mengerang kesakitan. Fuh! Pedih tangan aku!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now