"Ikut keperluanlah kot." Jawab mummy selamba.

"Maksud?" Aku tak dapat tangkap.

"Entahlah." Mummy mengangkat bahu.

"Ish mummy ni!"

"Kalau mummy balas dendam, mummy dapat apa?" Tanya mummy pula.

"Puas hati?" Jawab aku ringkas dan padat.

"Hati tenang ke?" Aku terdiam dengar jawapan mummy.

"Hati takkan tenang bila kita buat jahat kan?" Tanya mummy lagi.

"Jadi Ikha perlu buat apa? Takkan nak biar je?" Tanyaku.

"Entah! Fikirlah sendiri! Mummy nak masak." Mummy terus meninggalkan aku.

"Mummy!" Aku hanya dengar gelak tawa mummy selepas itu.

*******

"What?!" Aku menjauhkan sikit telefon dari telinga aku. Boleh pekak macam ni!

"Patutlah dia bad mood semacam." Ujar Medina di hujung talian.

"Aku salah ke beb?" Tanya aku. Serius aku tak tahu. Mula-mula bukan main berkobar semangat aku nak balas dendam, sekarang aku rasa kosong. Kepuasan tu kejap je. Macam mummy cakap, hati aku tak tenang sekarang.

"Aku faham perasaan kau sekarang Sarah. Mesti kau resah kan?"

"Sangat! Apa aku nak buat ni?" Aku sudah pening kepala.

"Minta maaflah kat diorang." Cadang Medina. Betul juga. Minta maaf je lah kan.

"Hmm betul jugak, nanti aku minta maaflah."

"Bagus-bagus." Jawab Medina. Aku dengar bunyi tepukan.

"Med aku nak tanya something." Tiba-tiba soalan ni bermain di kepala aku.

"Tanyalah sebelum beta masuk beradu."

"Kau sekolah kat Michael kan dulu? Firdaus pun sama ke?"

"Tak. Aku sorang je." Jawabnya.

"Kenapa?" Mesti ada sebab kan kenapa adik beradik sekolah berasingan.

"Aku pun gedik jugak dulu." Katanya lalu ketawa.

"Serius?"

"Ya. Aku dulu memang nak sangat masuk Michael tapi Firdaus tak nak. Dia kata sekolah tu untuk mereka yang angkuh dan suka menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga. Ya, aku setuju, tapi tak semua. Dulu aku pun berada dalam kategori angkuh dan suka menunjuk-nunjuk kekayaan keluarga." Jelas Medina.

"Contohnya?"

"Well, kami selalu cakap pasal harta keluarga, duit peribadi dalam bank, harta benda, bercuti ke mana dan macam-macam lah. Semua pelajar guna telefon keluaran terbaharu. Aku pula asyik minta papa belikan telefon model paling baru. Dalam setahun aku berkali-kali tukar telefon. Nak up to date kan? Kalau tak, malu. Kereta model apa yang datang jemput kami kat sekolah pun selalu jadi perbandingan." Panjang lebar Medina berucap.

"Wow. Semua orang macam tu ke?"

"Kat kelas aku semua macam tu. Semua nak menunjuk, kecuali Addrian."

"Addrian?" Satu kelas rupanya, patutlah.

"Yup, dia selamba je. Tak pernah riuh pasal harta keluarga dia."

"Patutlah Medina Melissa terpikat!" Aku cuba mengusiknya.

"Dulu." Jawabnya mendatar.

"Dulu. Kini. Selamanya." Aku ketawa.

"Pandailah kau! Dah aku nak tidur. Bye." Terus dia mematikan telefon. Nak mengelak lah tu.

Bab ni agak pendek. 800++ patah perkataan jer. Selalunya sis memang tulis lebih 1000 patah perkataan. Sis ingat nak tamatkan terus cerita ni tapi, entahlah. Rasa malas nak sambung lagi pun ada. Jadi, ni bab terakhir dari sis. Maafkan sis sebab tak dapat habiskan cerita ni. Sis dah takda idea.

M
A
A
F
K
A
N

S
I
S

CERITA NI DAH TAMAT.

Hehehehe takde tipu je XD .. Walaupun sis dah takde idea tapi sis tetap akan sambung huahahaha

Sorry sebab lambat update.. Sorry typo n tatabhasa.. Thanks baca/vote/comment dan letak dalam rl. Sis sangat hargai.. Nombor 2 teen fiction? 35.7k view? Thank you very much!

Buat masa ni sis dah letak gambar Firdaus, Addrian, Sarah, Medina dan Mia. Kalau ada yang tak nampak lagi pergilah check dekat bab sebelum-sebelum ni.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now