"Juli?" Tanya Amran.

Amran tak mahu kenaikan pangkatnya ini akan menimbulkan kemarahan Juli lagi. Dia bukan tak tahu kenapa Juli membencinya. Dia lebih dari tahu. Siapa yang tak tercabar egonya bila budak yang selalu diherdik dan diperlekehnya ditarik menjadi seorang marketing executive dan dalam masa yang singkat dinaikkan lagi pangkat ke Marketing manager. Sedangkan dia masih ditakut yang lama, Operation Executive.

Ditambah pula dia adalah pewaris Tuan Hashim. Pastilah egonya makin tercabar. Dan sudah pasti segala kebenciannya kepadaku ditunjukkan. Aku juga tahu kenapa pekerja-pekerja yang dibuang atau meletakkan jawatan angkara Juli itu juga berpunca kerana aku. Pekerja-pekerja disini tak berani nak mempertahankan aku dihadapan Juli walaupun Juli yang salah. Jika mereka berani, pasti Juli akan buat hidup mereka dipejabat ini merana. Jadi, sama ada dipecat atau meletakkan jawatan.

"Tak payah risau tentang Juli. Tuan Hashim akan uruskan. Kami tahu masalah awak dengan Juli. Juli sudah kami hantar menggantikan awak disana. Dia sendiri yang menawarkan diri dan mendesak untuk ke sana. Kerana itu, kami bawa awak kembali ke sini." Terang Tuan Firdaus.

"Mampukah Juli?" Soal Amran.

Bukan dia memperlekehkan kemampuan Juli tapi tengok gaya Juli pun sudah tahu. Dia bukan orang yang akan turun ke ladang. Nanti habislah kecantikannya diseliputi dengan bau lembu.

Tuan Firdaus gelak.

"Dia yang nak, Amran. Itu sebab saya dan Tuan Hashim rombak tempat kami. Tuan Hashim akan uruskan ladang disana sambil memantau hasil kerja Juli. Saya akan memantau semua kerja disini." Jawab Tuan Firdaus.

Amran angguk.

"So, saya mula kerja hari ni, kah?" Soal Amran.

Melihat pada tarikh yang dikemukakan pelantikannya berkuatkuasa hari ini. Tapi melihatkan Tuan Firdaus masih disini, itu yang tertanya-tanya. Ini kerana biliknya yang lama sudah ada penggantinya. Jadinya, dimana biliknya? Adakah dia aka nada bilik baru atau dia akan gunakan bilik Tuan Firdaus ini?

"Asalnya memang nak awak kerja hari ni. Tapi muka awak pun serabut. Semalam, Tuan Hashim pun ada Tanya kenapa muka Ain tak ceria sejak awak pulang. Saya jumpa Ain 2 hari lepas pun, sama saja keadaannya dengan awak. Jadi, kami decide untuk bagi awak dan Ain pergi bercuti. Seminggu. Mabul should be okey, kan? As a present from both of us." Kata Tuan Firdaus.

"Tak payahlah, tuan." Malu pula Amran nak terima hadiah itu.

"Nope. Kami dah tempat tiket dan hotel disana. Korang akan bertolak dalam masa 2 hari lagi. Korang prepare saja dan nanti hari Rabu, kami tunggu kamu di airport." Arah Tuan Firdaus.

"Tapi tuan." Amran masih lagi cuba untuk menolak.

"No more but. Just ambil saja." Pujuk Tuan Firdaus.

"Yalah." Putus Amran.

Dalam hati, Amran sudah mula merangka strategi. Masalahnya dan Ain mesti diselesaikan sebelum mereka ke Mabul, Sabah. Apa guna pergi honeymoon ditempat yang cantik andai hati mereka masih lagi penuh dengan kekusutan.

Amran keluar dari bilik Tuan Firdaus. Dia terus ke kereta dan memandu ke rumah mertuanya. Kalau Ain tak boleh bagi jawapan, mungkin mak atau abah boleh baginya jawapan atas ketakutan yang Ain rasa itu.

"Assalamualaikum, mak." Amran member salam.

Dia sudah membuka pagar rumah yang tidak berkunci. Dia tahu pasti abah juga ada dirumah. Kalau mak seorang, pasti semua pintu sudah dikuncinya. Ini, pagar tak kunci. Pintu depan ternganga.

"Waalaikummussalam. Masuk Am." Jemput abah.

Amran menyalami tangan bapa mertuanya. Dia kemudian masuk ke dalam dan mencari mak mertuanya pula. Setelah bersalaman dan berbasa-basi dengan mertuanya dia terus hendak bertanya tentang Ain. Tapi hatinya rasa teragak-agak.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now