"Mesti gempak kan?" Rusyaidi ketawa jahat.

"Hebat idea kau Zul! Mantop! Akak bagi setrilion bintang. Ambik lah kat langit tu." Aku mengangkat ibu jari.

"Tapi kita tak kejam sangatkan? Aku tak sedap hati pulak."

"Tak lah Fik! Apa yang diorang buat kat Sarah lagi kejam tau. Kesian pengawas gila kita ni." Aizul menggosok kepala aku. Macamlah aku ni budak-budak. Aku mengembungkan pipi sambil membuat muka comel. Buat muka sedihlah konon.

"Betul, aku sokong. Kesian Sarah, asal berpeluh mulalah dia ter'aduh-aduh. Air panas tu wo! Aku pun geram tengok minah dua orang tu, tu lah aku join gerakan balas dendam korang ni. Padan muka diorang." Ya, aku memang tak boleh berpeluh buat masa ni, pedih gila!

"Aku pun geram. Terutamanya si Belle tu, nak je aku cekik dia" Aizul buat aksi mencekik.

"Dah lah. Yang penting kita dah kosong-kosong. Diorang dah tidur bertemankan katak malam ni." Aku ketawa. Puas hati aku!

"Woi, buat apa tu!" Ada satu suara menyapa kami.

"Err Firdaus, kau buat apa malam-malam ni? Tak tidur ke?" Suara aku terketar-ketar.

"Aku pergi tandas. Korang berempat ni buat apa? Sarah?!" Tajam anak matanya menikam aku. Alamak! Masak. Dia marah aku lah.

"Aku er... kat sini... tandas... er... jalan.... kitorang..." Okey aku sendiri tak faham apa yang aku cuba katakan.

"Pergi masuk khemah kau sekarang!" Dia menengking aku.

"Yelah." Aku menunduk lalu bergerak perlahan-lahan.

"Goodnight guys! I love you all! Firdaus tak, bluekkk!" Aku menjelir lidah ke arah Firdaus lalu berlari masuk khemah.

Pheww!

***********

"Arghhhhhhhh!" Bunyi jeritan itu menyebabkan ramai orang terjaga, termasuk aku. Tapi aku dah tau dari mana datang bunyi tu. Belle dan Zara. Huahahaha. Amacam tidur dengan katak? Best tak?

Aku keluar dari khemah. Semua orang dengan muka mamai menuju ke arah khemah mereka. And action Sarah!

"Apa bising-bising ni?" Aku pura-pura bertanya.

"Katakkk!!!" Terdengar jeritan Belle. Tau takut!

"Belle, Zara keluarlah dari khemah." Firdaus menjerit dari luar khemah.

"Tak nak! Addrian, tolong I!" Kali ini Zara pulak menjerit. Siap ada nama Addrian lagi.

"Tak nak keluar kenapa pulak?" Addrian sudah menggaru kepala.

"Katak ni depan pintu!" Mereka menjerit serentak.

Aku terus membuka zip khemah mereka lalu salah seekor katak melompat ke arah aku. Paling best bila katak tu melekat kat muka aku! Euwwww!

Geli tu memanglah geli tapi aku tak takut. Terus aku campak katak tidak bersalah itu ke bawah. Belle dan Zara yang saling berpelukan tadi terus keluar lalu memakai kasut.

"Fir I takut! Ada lagi kat dalam tu." Belle peluk Firdaus.

"Arghhh! Kaki I!" Belle menjerit sambil membuka kasutnya. Supprise! Comel tak kerengga-kerengga tu?

Belle dan Zara terkial-kial membuka kasut sambil menjerit pelbagai kata-kata kesat. Best tak kaki kena cium serangga? Huahahaha. Belle dan Zara mula menangis.

Tiba-tiba aku rasa bersalah. Entah kenapa. Aku berlari menuju ke khemah aku lalu mengambil sesuatu. Medina masih nyenyak tidur dibuai mimpi. Terus aku keluar dari khemah lalu menuju ke arah Belle dan Zara.

Aku buka penutup krim itu lalu menyapu krim tersebut pada kaki Zara.

"Krim ni bagus, kejap lagi rasa sakit tu hilang." Tu je yang aku mampu cakap. Terus aku beralih pula ke arah Belle dan menyapu krim tersebut pada kakinya. Mereka berdua hanya berdiam diri.

"Sarah." Aizul pandang aku pelik.

"Kesianlah. Entah kenapa." Aku jawab perlahan. Nanti terbongkar pulak ni semua kerja kami.

"Nampaknya Sarah Zulaikha takdelah kejam sangat." Fikri berbisik. Aku hanya tersengih.

Entah kenapa kebelakangan ni idea sis hilang. Faham-faham je lah kalau sis tak update tu. Bab ni pendek dan er..... Sorry kalau cerita sis makin boring. Hohohoho. Double update.

Pengawas Gila!Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin