"Diorang berdua tu kawan sekolah lama kau ke?" Soalku.

"Ha'ah kawan sekolah lama. Entah apa angin ribut diorang nak pergi camping ni." Addrian mengusap rambutnya. Melting kejap.

"Zara pergi sebab kau ada. Belle pulak pergi sebab Firdaus pergi." Terangku.

"Hmm, patutlah." Kami berjalan menuju ke pondok cendawan tepi koperasi dan mendapatkan pelajar lain.

"Wei siapa perempuan tadi tu? Sumpah lawak! Dia nak naik flight ke apa? Siap berkaca mata bagai." Aizul mengekek ketawa. Pelajar lain turut sama gelak.

"Budak baru lah, dari Michael." Aku tahan ketawa.

"Michael? Mesti orang kaya. Tapi kenapa pindah sini?" Soal Fikri.

"Mencari kekasih yang lama menghilang." Aku ketawa melihat Addrian yang mencebik selepas mendengar ayat aku.

"Lawak betul! Sumpah aku gelak setahun macam ni. Dengan beg beroda lagi. HAHAHAHAHAHA!" Rusyaidi ketawa sampai menepuk-nepuk bahu Fikri.

"Woi, yang gelak sangat ni kenapa? Dari luar pagar aku dah boleh dengar." Tiba-tiba Firdaus muncul entah dari mana.

"Eh bila kau sampai? Medina mana?" Soalku.

"Medina pergi tandas. Apa yang korang gelak sangat tadi?"

"Ada dua orang supermodel sesat tadi. Nak masuk hutan macam nak masuk mall. Berkasut tinggi bagai, beg travel, Rayban warna hitam lagi. Adoi sumpah lawak. Nasib baik tak bawa handbag. Cuba kau bayangkan diorang pakai macam tu masa nak buat flying fox dan jungle treaking. Lawak doh!" Aizul ketawa lagi. Firdaus turut ketawa.

"Cantiklah topi kau, pinjam jap!" Firdaus terus merampas topi aku lalu memakainya.

"Ee kacau lah dia ni!" Aku mencebik.

"Hensem tak aku?" Tanyanya. Gila tak hensem? Naik melting akak!

"Tak hensem! Bak sini balik!" Aku cuba merampas topi itu darinya. Dia mengelak. Lalu terjadilah scene rebut merebut topi di depan semua orang.

"Aduh, sakit mata aku tengok drama bersiri ni. Hari tu kat Sunway bukan main." Aizul pura-pura menggosok matanya.

"Ketua pengawas dengan Penolong ketua pengawas couple!" Jerit Rusyaidi. Kata-katanya mengundang sorakan para pelajar lain. Lalu mereka menyanyikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' sambil bertepuk tangan.

"Tahniah! Yeah! Khas untuk dua mempelai. Abang Aizul akan nyanyi untuk semua." Mereka semua ketawa termasuk aku dan Firdaus.

"Kompang dipalu, pengantin baru! Berbahagia ke anak cucu" Aizul menyanyi dengan penuh semangat. Siap ada background music kompang lagi dari Rusyaidi. Kami semua ketawa terbahak bahak. Sumpah pecah suara dia!

"Okey sanding! Sanding!" Aizul menarik aku dan Firdaus duduk di atas kerusi di pondok itu. Aku ketawa melihat telatah mereka. Kami layankan sahaja. Aku pula tak habis-habis gelak dengan telatah lebih gula si Aizul dan Rusyaidi.

"Di, Wana, pengapit please! Korang berdua pun ambil berkat!" Arah Aizul. Rusyaidi dan Wana kedua-duanya sporting lalu berpura-pura mengipas kami. Gelak sajalah! Tiba-tiba Aizul mula bersilat di hadapan kami. Memang mantap sebab dia memang belajar silat!

Aku menepuk tangan dengan kagum. Begitu juga dengan mereka yang lain. Memang hebat si Aizul ni! Kami semua bersorak.

"Korang buat apa ni? Kenapa tak ajak aku?" Medina baru tiba bersama Zara dan Bella yang sudah menukar pakaian.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now