"Er, aku kenalkan Mia. Sepupu aku." Aku senyum memandang Addrian.

"Hi. My name is Addrian." Addrian melemparkan senyuman manis kepada Mia.

"Mia." Balas Mia pendek. Aku perasan pipinya sudah berona merah.

"Korang datang sini naik apa?" Addrian berselang-seli memandang kami bertiga.

"Kereta. Mia drive." Aku terus senyum sambil tengok Mia. Alahai, yang dia ni malu-malu kucing ni pulak apasal.

"Wow U boleh drive? How old are you?" Addrian tengok Mia dengan pandangan kagum.

"I'm sixteen." Ujarnya malu-malu.

"Wah jadi korang semua ni sebaya lah kan. Let me guess, mesti takda lesen lagi kan?" Addrian tersenyum.

"Memang takde pun. Tapi kitorang yakin dengan kebolehan dia." Aku menjawab bagi pihak Mia.

"Betul! Mia memang hebat walaupun takde lesen lagi. Hehehehe." Medina pula menambah garam dalam jawapan aku.

"Really? Good then." Addrian tersenyum lagi melihat Mia. Mia pula malu-malu dari tadi. Tak pernah-pernah pulak dia malu camni. Jangan-jangan, hehehehehe. Hati dah terpaut kot. Habislah kau kena bahan lepas ni Mia! Aku ketawa jahat dalam hati.

"Sarah, alang-alang dah jumpa kau ni. Nah, aku bagi kau." Addrian menyuakan sekotak hadiah yang berbalut kepada aku.

"Untuk aku?" Aku senyum sambil mengangkat kening.

"Tak, untuk pacik security yang tengah berdiri kat luar tu. Nanti tolong pass kat dia eh?" Jawab Addrian. Medina dan Mia sudah tertawa kecil.

"Okay, sekarang jugak aku bagi pacik guard tu." Aku sudah acah-acah berdiri.

"Hei, aku gurau je lah." Addrian terus menarik aku supaya aku kembali duduk. Kemudian dia mencuit hidung aku.

"Gurau je lah." Katanya dalam nada romantik. Lutut siapa yang tak goyang! Akak tak kuat dengar suara romantik dia macam tu!

"Okey lah aku nak gerak dah. Bye sweetheart!" Dia sekali lagi mencuit hidung aku. Sudah! Aku rasa macam dah tak boleh berdiri pulak ni!

"Bye Mia! Nice too know you." Addrian melemparkan senyuman manis kepada Mia. Mia apa lagi, tersipu malulah.

"Bye Medina." katanya mendatar.

"Bye Addrian." Medina melambaikan tangan kepada Addrian sambil tersenyum. Aku dan Mia turut melakukan perkara yang sama.

"Gila kau! Hensemnya! Kenapa tak bagitahu Addrian tu hensem gila! Aduh, jatuh aku, jatuh!" Mia terus meluahkan isi hatinya selepas bayang Addrian tidak lagi kelihatan.

"Kan aku dah cakap hari tu."

"Mana ada! Kau cakap muka dia biasa-biasa je. Alamak hensemnya! Tak pernah hati berdegup sekencang ini." Tu dia! Mia versi gatal dah muncul.

"Dah terpikat ke Mia? Alah, kau ngorat lah!" Medina memberi cadangan bernas.

"Boleh je, tapi dia dah ada Ikha. Huhuhu jelesnya hati ini pabila prince charmingku mencuit hidung dan memberi hadiah kepada orang lain." Mia mencebik pandang aku.

"Eleh aku tak nak lah. Kau ngoratlah dia! Aku yakin dapat punya. Mia kau cute lah! Baby face gitu! Ada tahi lalat kat tepi bibir, kan lelaki minat tu?" Aku cuba meyakinkan Mia. Bagus jugak kalau Mia dengan Addrian, tak payahlah dia dengan Firdaus berebutkan aku lagi.

"Kau tak nak? Betul? Tak menyesal?" Mia mengangkat kening.

"Menyesal apa pulak? Kau ni kan."

"Yelah hensem tu! Medina kau dah tak nak lagi?" Mia pandang Medina. Ya, Mia pun dah tahu pasal Addrian dan Medina pernah ada hubungan dulu.

"Aku dan dia dah game over!" Medina mengangkat tangan tanda menyerah.

"Ha, peluang kat depan mata." Aku menjongketkan kening.

"Taknak lah. Aku taknak perigi cari timba." Balasnya. Pulak, tadi bukan main semangat. Apalah minah ni!

******

Hari ni takde road block jadi kami selamat tanpa disaman hehehehe.

"Med, Mia, korang masuk dulu. Biar aku kunci kereta dengan gate." Mia mengangguk lalu membaling kunci kereta kepada aku.

Selepas menutup pagar aku mengambil beberapa beg plastik yang mengandungi barang dapur. Sempat lagi kami bertiga membeli barang dapur sebelum pulang ke rumah tadi. Hampir penuh satu troli! Mestilah makanan dan minuman ringan yang banyak. Gaya hidup yang tidak seimbang. Mohon jangan contohi sikap kami. Malam ini kami akan adakan Running Man Marathon party, sebab itulah banyak junk food, hehehehe.

Tinggal 4 bakul sahaja lagi, yang lain mesti Medina dengan Mia dah bawa masuk. Aku menekan butang lock lalu membuka pintu rumah dan berjalan masuk tanpa syak wasangka.

"Arghhhhhhh!" Aku melepaskan bakul plastik yang ada di tangan lalu menutup tangan menggunakan kedua-dua belah tangan. Diorang buat lagi!

"Dah, bukaklah mata tu." Aiman ketawa terbahak-bahak.

"Tak senonohlah korang ni. Kenapa tak pakai baju? Nasib baik tak berboxer je macam semalam!" Aku membebel sambil mengangkat balik plastik yang terlepas dari tangan aku tadi.

"Biasalah lelaki. Ikha jangan tak tahu. Alah, Medina dengan Mia okey je tadi." Aiman masih lagi ketawa.

"Diorang dah biasa sebab ada abang. Ikha mana ada abang!" Aku mencebik.

"Ikha patut bersyukur sebab dapat tengok abang sado berdua ni." Aiman menunjukkan lengannya. Sumpah sado gila!

"Eleh ayat tu lagi. Tak teringin lah Ikha." Aku terus angkat kaki dari sana. Firdaus dan Aiman ketawa terbahak-bahak. Nanti korang!

Haii readers yang disayangi author! 10k dan #9 Teen Fiction!! Thank you guys!! Ingat nak buat double update sebagai tanda terima kasih tapi sis biarkan draf dulu sebab banyak lagi nak tambah, Hehehehe.

Siapa kat media tu? Okey tu lah Mia. Mia mana? Mia yang dalam cerita ni lah. Lawo kan? Hehehehe. Lepas ni sis tunjuk gambar bayangan Iz pulak. Hahahaha bila? Next part lah. Firdaus dengan Addrian? Tu nantilah dulu. Awal lagi Kekekekeke. Macam biasa sorry for da typoos. Thank you sekali lagi!! Muah ciket :* Hahahaha Sis akan percepatkan update ya.. Terina kasih sebab menunggu!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now