"Mak cik, awal sampai?" Aku dan Medina tersengih.

"Bukan sengaja cikgu. Ni semua sebab Encik polis yang tak bertauliah tadi." Aku mencebik sambil menulis nama pada buku kehadiran.

"Cikgu tau. Masa on the way nak ke sini tadi cikgu nampak kamu bergari dengan Encik polis tak bertauliah tu. Main polis intip ke?" Cikgu Faizal ketawa.

Polis intip? Macam-macam lah cikgu ni. Medina pula sudah ketawa kuat.

***********************************

"Assalamualaikum." Aku memberi salam kemudian terus masuk ke dalam rumah.

Aku ternampak beberapa buah beg besar di tepi tangga. Beg siapa pulak ni? Kenapa ada kat sini? Mummy dengan Daddy nak halau aku ke apa ni?

Tiba-tiba aku ternampak mummy.

"Beg siapa ni mummy?" Aku bertanya. Mummy dari dapur muncul dengan muka bengangnya.

"Beg kamu, mulai hari ni mummy tak nak tengok lagi muka kamu dalam rumah ni. Kamu boleh berambus!"

What theee ikannnn? Mummy ni dah kenapa?!

"Kamu nak keluar sendiri atau kamu nak mummy humban kamu keluar dengan tiga beg ni sekali?!" Suara mummy mula naik satu oktaf.

"Tak apa! Biar Ikha keluar sendiri! Ikha tahu dah sampai masa untuk Ikha keluar dari sini! Ikha tahu Ikha ni cuma anak angkat dan tak layak pun tinggal kat sini. Halalkan makan minum Ikha dan terima kasih atas kasih sayang yang mummy dan daddy curahkan selama ini." Aku pasrah dengan nasib yang bakal menimpa aku selepas ini.

"Bagus! Berambus! Keluar kau cepat dari sini!"

Dengan lafaz basmalah, aku menarik ketiga-tiga beg itu menuju ke pintu. 2 beg besar dan 1 beg kecil.

"Menuju puncak gemilang cahaya, itu dia Sarah Zulaikha pelajar Akademi Fantasia musim ke-13 akhirnya menamatkan pelajarannya di minggu ke-9. Jangan sedih Ikha, rezeki ada di mana-mana. Semoga berjaya di luar sana." Mummy melambaikan tangannya.

Aku berpura-pura menangis sambil melambaikan tangan ke arah mummy.

"And cut! Bravo Ikha! Bravo! Mummy salute kamu. Hebat lakonan kamu! Mummy rasa kamu patut ceburi bidang lakonan lah." Mummy kemudian duduk di atas sofa.

"Alah! Mummy lagi hebat lah! Ikha rasa mummy patut berlakon filem lah lepasni." Aku meletakkan ketiga-tiga beg tadi di tempat asalnya. Kemudian aku duduk di samping mummy.

Jangan terkejut! Aku dengan mummy memang suka bergurau macam ni! Mengikat hubungan kekeluarga lah katakan. Kadang-kadang daddy pun join sekali, tu barulah gempak! Happy family lah katakan.

"By the way, mummy nak outstation ke?" Bagai tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Aku dan mummy selamba melayan tayangan ulangan drama Tuan Anas Mikail.

"Mummy, daddy, uncle Amri and auntie Eliza nak pergi New York 5 hari."

"What???! Ikha pun nak ikut! Auntie Zurich nak kahwin kan? Nak pergii!" Aku merayu mummy. New York wei!

"Tak boleh."

"But why?" Tak puas hati ni! Kenapa aku tak boleh ikut pulak!

"Your exam result." Pendek jawapan mummy.

"Kan Ikha dah janji Ikha akan belajar haritu." Aku buat muka kucing bermata besar macam dalam cerita puss in boots.

"Kalau kamu merayu pun dah tak boleh, dah penuh. Mummy and daddy pun dapat tiket dari uncle Amri. Kebetulan SPM nak dekat, jadi Aiman tak nak skip sekolah. Mia pula tak suka travel. Jadi uncle Amri bagi dua tiket tu kat mummy. So, hello New york!"

"Ish bencilah. Jadi takkan Ikha nak duduk rumah sorang-sorang?"

"Jangan risaulah! Aiman dengan Mia akan tinggal sini sementara."

"Yeke? Yeah! Lama tak jumpa Mia. Erm, mummy kalau Ikha nak ajak Medina tidur sini boleh?" Harap-harap mummy izinkan. Boleh juga kami berempat berpartyy. Aiman tu walaupun tua setahun tapi dia lah yang paling sakan kalau kami menganjurkan party bertiga semasa ibu bapa tiada di rumah. Ajak Medina mesti lagi happening ni!

"Boleh, bawa lah sesiapa yang penting jangan lebih-lebih eh? Mummy percaya Ikha tau! Mummy tak nak apa-apa jadi kat Ikha!"

"Okey mum. Titah dijunjung!" Yeahh! Partyyyy!

*********************************

"Rumah kau? Ada mia dengan Aiman sekali? Cool babe. Lama tak jumpa diorang." Suara Medina kedengaran di hujung talian.

Aku terus menghubungi Medina malam itu untuk mengkhabarkan berita gembira ini.

"By the way, esok lepas sekolah kita lepak Sunway?" Dah lama aku rasa tak pergi jalan-jalan, lagipun aku nak beli novel. Hahahaha.

"Sunway? Hmm ok jugak. Aku nak cari baju untuk Prom sekali."

Prom! Yelah! Lupa pulak!

"Eh Prom bila eh?" Aku dah ingat-ingat lupa.

"Sabtu ni."

Sabtu? Yeahhh! Tak sabarnya! Ada hikmah juga aku tak dapat ikut mummy dengan daddy pergi New York.

"Ok besok kita cari baju!"

"Alright!"

**********************************

"Hello? Encik polis nak apa malam-malam buta ni? Saya baru je habis bergayut dengan adik encik tau!" Aku terus menyergah selepas aku menjawab panggilan tersebut.

"Apa kau merepek ni Sarah?"

Ehh apasal lain suara si Firdaus ni? Aku tengok skrin, Addrian! Aku menepuk dahi. Tu lah, pakai terjah je! Kan dah salah orang. Tapi kenapa aku fikir Firdaus yang call aku? Nama pun aku tak tengok tadi kan. Takkan aku harap dia call aku kut? Sah! Angau dah ni!

"Hahaha sorry, aku fikir si Firdaus tadi." Huhuhu mana nak letak muka ni? Dalam periuk belanga mummy muat agaknya.

"Aku tengok korang macam rapat je?"
"Yeke? Mungkinlah kot!"

"Mungkin? Kenapa ada mungkin?"

"Entah. Hahahaha." Aku tak tahu apa yang lawak. Tapi aku ketawa je.

"Korang couple ke?"

Pulak! Hari tu Firdaus suspek aku couple dengan Addrian. Sekarang Addrian pulak suspek aku couple dengan Firdaus. Apa ni? Aku tak main lah couple-couple bagai. Nak muntah dengar pasal couple dak-dak baru nak up sekarang ni. Ayat kecang! Hahahaha.

"Well, kau rasa?" Nak jugak uji dia sama macam aku uji Firdaus hari tu.

"Aku tak tahu." Mendatar.

"Dia cuma boyfriend aku. Tak lebih tak kurang."

"Not special one, right?"

"Yes."

Aku terdengar dia menghembus nafas lega.

"Addrian,"

"Yes?" Awwww sweetnya suara dia!

"Lepak Sunway esok?"

"On!"

Hai guys! Pasni update takkan laju *laju ker?* macam selalu.. Kenapa? Sebab saya nak mula sambung balik update cerita 'Amnesia! Siapa aku sebenarnya?' yang dah lama berhabuk. Adik saya yang suruh update lagi. Dia kata best = ̄ω ̄= kembang kempis jugaklah hidung ni ≧﹏≦ Kalau free bacalah.. Ahaks, macam promote jerr.... Ok that's all.. Thank you sebab baca, vote and comment 'Pengawas gila!'. ≧﹏≦

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now