"Lambat Ikha balik." mummy menegurku.

"Eh? Awalnya mummy balik."

"Ish budak ni. Kenapa kamu lewat sangat balik hari ni Ikha? Ada kelas tambahan ke?" Tanya mummy.

Aku melabuhkan punggung di sebelah mummy tercinta.

"Taklah, tadi masa on the way balik Ikha dengan Firdaus ada tolong sorang uncle ni. Tiba-tiba sakit jantung menyerang masa dia tengah drive. Nasib baik jugaklah tak teruk sangat."

"Ya? Habis tu Ikha dengan Firdaus call ambulans lah?" Pertanyaan mummy aku jawab dengan gelengan.

"Habis tu?"

"Kitorang panik lah tadi tiba-tiba uncle tu pengsan. Jadi Firdaus terus drive pergi hospital walaupun dia belum ada lesen penuh. Takut tak sempat pulak sampai hospital, uncle tu dah wassalam." Jawapan aku mendapat cubitan dari mummy.

"Ish budak ni! Ada ke cakap camtu. Ni mummy nak tanya. Kenapa result exam kamu ni teruk sangat hah?! Subjek sains tulen semua gagal!"

Alamak! Dah keluar pula tajuk pasal exam, masak merah aku!

"Mummy, Ikha ni dah lawa, baik, hormat orang tua, berkepimpinan, tegas, suara sedap bak buluh perindu dan seorang pemain softball yang hebat. Huahahaha" Puji diri nampak? Sorry terbangga pulak. Mohon tahan muntah.

"Jadi? Apa kena mengena?" Mummy berpeluk tubuh.

"Jadi.... Kalau Ikha ada kebijaksanaan jugak, mestilah orang dalam dunia ni fikir yang dunia ni tak adil. Kiranya kalau Ikha bijak, maksudnya Ikha ni dah Miss Perfect 10 lah. Mana ada seorang manusia yang sempurna. Pasti ada kekurangan dan kekurangan Ikha ialah tak berapa nak bijak."

Bak! Mummy memukul aku menggunakan kusyen. Aduhh.. Sakit!

"Amboi! Bukan main Ikha eh? Ikha tu pandai tau! Cuma pemalas je! Asyik dengan novel dan phone je. Mummy tak peduli, kalau Ikha dapat result teruk lagi, mummy rampas phone Ikha. Pastu mummy suruh daddy potong duit belanja Ikha, nak?"

What??? Tidakkk!! Mummy kejam!

"Mummy janganlah! Mummy! Mummy!" Aku merayu bagai kucing comel terbiar.

"Kalau taknak, harap jangan malas-malas mulai sekarang ye?" Mummy sudah menggunakan kuasa veto. Huhuhu. Aku hanya mampu berhuhuhuhu.

"Yelah-yelah." Terpaksa jugaklah aku hadap buku pasni. Ingatkan tahun ni nak honeymoon sebelum SPM tahun depan. Nasib kau lah labu!

***********************************

Hari ni ada kokum. Huargh! Malasnya! Aku dan Medina berjalan menuju ke ruang aktiviti. Kami berdua adalah ahli unit beruniform TaekWonDo. Biasanya kami akan berlatih Taekwondo pada waktu kokum. Aku pula dah malas. Nak bersara! Tali pinggang merah tu cukuplah bagi aku!

"Baik, Sarah ngan Medina, korang tolong ajarkan budak-budak white-belt eh?" Kata Cikgu Aziz kepada kami berdua.

"Cikgu, saya rasa saya tak boleh nak melatih lah hari ni. Biar saya belatih taeguk(bunga-bunga Taekwondo dalam bahasa senangnya) jelah hari ni." Cubaan aku untuk lari dari.

"Kamu tak sihat je Sarah?" Aku hanya menggeleng.

"Tak lah cikgu, cuma saya rasa emosi terganggu sikit hari ni. Tak pasal-pasal saya sembur pulak budak-budak tu nanti." Cikgu Aziz mengangguk selepas mendengar alasan palsu aku. Yes! Bravo Sarah! Bravo!

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now