Aku mengigit bibir. Tak payah lah ungkit pasal nangis tu!

"Dah tu?" Walaupun geram sebab bab menangis tu diungkit, tapi aku tetap berminat nak tahu lebih pasal ni.

"Abang aku nampak, dia tahu kau nangis sebab diorang berempat. Pasal tu lah dia mengamuk. Habis Fuad, Anuar, Haziq ngan Amir kena marah teruk oleh dia. Dia bagi amaran ngan diorang supaya jangan cari pasal dengan kau lagi kalau tak... wassalam agaknya. Sebab tu lah kot diorang takut kat abang aku." Panjang lebar Medina bercerita.

Firdaus mengamuk sebab diorang kacau aku? Wah, terharu pulak. Terasa dilindungi. Ahaks.

"Oh camtu. Tapi dari nana kau tahu benda ni, Firdaus bagi tahu kau ke?"

"Tak. Ingat dia nak story morry ke dengan aku? Sebenarnya, aku nampak dia mengamuk kat diorang berempat masa tu."

"Kau nampak? Wah bestnya! Aku pun nak tengok live!"

"Ya! Rugi wo tak tengok live! Kalau kau ada kat tempat kejadian, aku berani cakap yang kau akan terpikat dengan abang aku. Cool wei dia masa tu. Pertama kali aku tengok dia camtu! Nasib baiklah dia abang aku. Hahaha." Medina ketawa kuat.

Dia ingat ni novel 'Abangku, suamiku' ker?

"Jadi maksudnya, semua ni sebab aku?" Aku bertanya. Medina mengangguk laju.

Aku tersenyum. Tak tahu kenapa. Tapi hati ini berbunga. Hihihi.

"Aku ada soalan lagi." Kataku sambil mengangkat tangan.

"Apa pulak lagi ni?" Katanya macam tak puas hati. Aku cuma tersengih.

"Merian tu apa? Kenapa post kau kat wechat tu semacam je? Kau dah fall in love ke Med?" Pertanyaan aku buat dia tersedak air. Bukan setakat tersedak, tersembur sekali. Eee, gelilah!

"Hehehe sorry." Katanya sambil mengelap muka aku dengan tisu.

"Aku baca novel lah. Merian tu nama perempuan yang jadi heroin cerita tu. Perasan lah kejap. Lagipun novel tu jiwang sangat, tu lah aku pun terikut jiwang sama." Jawabnya. Nadanya macam dibuat-buat.

Novel? Hmm.. tapi kenapa aku rasa yang itu bukan hal yang sebenar ek? Ker perasaan aku jer?

"Oh camtu, aku ingatkan jenama sardin mana." Aku ketawa kuat.

"Ada ker sardin nama Merian? Kau ni!" Aku ketawa melihat wajah tidak puas hati Medina.

"Prom night? Pergi tak?"

"Mestilah!"

**********************************

"Sarah." Aku menoleh ke belakang.

"Oh kau, nak apa?" Aku tanya Addrian yang sedang duduk di hadapan aku dan Medina. Medina macam tak perasan kehadiran Addrian. Dia sibuk dengar lagu dari laptop dia. Maklumlah, tukang iklan ni dah dapat lesen bawa laptop ke sekolah.

"Aku nak cakap something kat...." Kata-kata Addrian tiba-tiba terhenti. Aku dapat menangkap padangannya. Dia macam tengah pandang Medina yang sedang asyik mendengar lagu.

Aih? Cinta dah berputik ker? Aih mamat ni. Takkan tak pernah nampak Medina pulak.

"Ni Medina, kau tak kenal ker?" Dia yang dari tadi sibuk memandang Medina tiba-tiba tersentak.

"Tak, first time nampak." Katanya mendatar. Matanya masih lagi memandang Medina.

"First time? Dia ni main softball jugak lah."

"Ehh ye ke?! Tak perasan pulak. Yelah baru sekali kita traning." Dia nampak terkejut bila aku cakap Medina ni main softball juga.

"Lagipun hari tu kan aku ada cakap nak bawak dia sekali pergi Sunway." Aku cuba mengingatkannya.

"Err.. tak ingatlah."

Tak ingat? Biar betul? Memori tahap orang tua dah ni.

"Apa kau nak cakap?" Aku bertanya selamba. Tanpa kami sedari Medina sudah membuka perlahan earphonenya. Tapi dia masih belum menyedari kehadiran Addrian.

"Sebenarnya aku dah lama suka kat kau. Sudi tak kau pergi prom dengan aku?"

"Hah?!" Aku terkejut. Ini bukan lagi terkejut beruk! Terkejut gorilla agaknya!

Tiba-tiba aku terpandang Medina. Earphone sudah berada di tangannya. Dia dah dengar kot. Mukanya agak muram. Macam kecewa. Medina nampak sedih, sayu pandangannya memandang aku dan Addrian silih berganti.

Medina suka Addrian ke? Jap! Medina? Addrian? Merian? Oh My God! Macam mana aku boleh tak perasan pulak ni! Medina gabungkan nama dia dengan Addrian.

Post Medina kat wechat! Macam manalah aku boleh tak perasan semua ni?!

"Er.. korang boraklah, aku, aku ada hal." Medina mengambil laptopnya lalu beredar.

"Medina tunggu! Sorry Addrian, tapi aku tak boleh." Aku meniggalkan Addrian dan segera mendapatkan Medina.

"Medina tunggu!" Aku memegang lengannya.

"Aku tahu, kau suka addrian kan?"

"Sarah, aku.. aku.."

Maaflah kalau bab ni boring sikit. Hahaha. Sorry kalau banyak typo.. Esok dan lusa saya takkan update bab seterusnya.. Wednesday maybe saya akan publish lagi 2 bab. Okey! Thanks sebab baca karya agung merapu ini ~(*+﹏+*)~ Hahahaha.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now