Stalk lah kejap si sardin ni.

'Kerna terpaksa aku relakan.'

'Bulan cuma satu, bintang pula beribu. Pastinya kau akan pilih bulan, berbanding bintang yang biasa sepertiku.'

'Kau tak pernah nampak aku. Dalam hati kau cuma ada dia.'

'Aku berpura-pura bahagia '

'Jangan singgah di hati ini, jika tidak ada niat untuk tetap tinggal.'

Mak aih! Jiwang jugak si sardin ni! Naik menyampah pulak aku baca ayat jiwang dia ni. Tapi, dia ni siapa sebenarnya? Tengok Id lah! Apalah aku ni.

Id: Medina_99

Medina? Lah, dia rupanya yang jadi sardin ni. Ingatkan sardin mana yang dok berjiwang karat dalam wechat ni. Aku message Medina.

Me : Yo! Assalamualaikum sardin!

Hahahaha pembuka kata yang tiada sivik. Tapi nasib baiklah ada bagi salam. Dah kira beradab lah tu. Ting! Minah ni pasal reply message memang laju!

Medina : Siapa sardin? Kau ker?

Me : Dok aih! Aku cakap pasal kau lah.

Medina : Apahal pulak aku jadi sardin ni?

Me : Dah nama wechat kau macam jenama sardin.

Medina : Ewah bukan main kau kutuk nama kesayangan aku tu kan. Sardin? Ada ke sardin jenama Merian cik Sarah oi.

Me : Mungkin ada, mungkin takda. Ehh Merian tu apa sebenarnya?

Medina : Aku ada hal lah sikit. Nanti aku hello-hello kau eh babai.

Me : Woi jangan lari lah!

Ish! Tak matang betul lah main lari-lari ni. Tak sempat lagi nak tanya pasal post jiwang syahdu dia tu.

------------------------------------------------------------

"Hello.." Aku memulakan bicara selepas menekan accept di skrin telefon aku.

"Hello mutusami ke ni?" Firdaus galak ketawa.

"Ini Kutusami, Mutusami abang saya. Kenapa ya?"

"Hahahaha. Kau ni kan." Ketawa ke mengilai budak ni. Pastu apa yang dia gelakkan, ada yang lucu ke?

"Apa kau nak? Nak kaki?"

"Aku nak kau cik penolong ketua pengawas." Katanya. Nadanya macam bergurau, macam jugak serius.

"Oh yeke? Boleh sangat lah Encik ketua pengawas."

"Betul ni boleh?" Ambuih, gembira nampaknya. Eh tak nampak, boleh dengar jer.

"Boleh blah. Boleh mampus."

"Ish garanglah kau ni, gurau pun tak boleh. Dah! cerita cepat macam mana kau dengan Addrian boleh pergi dating tadi? Kau couple dengan dia ker?" Nadanya tiba-tiba berubah. Macam org tak puas hati pulak. Seram aku!

Penat aku sebab terpaksa bercerita panjang lebar. Lenguh mulut ni.

"Yang kau buat deal camtu apahal?"

"Manalah aku tahu dia hebat sangat."

"Tu lah kau tak selidik dulu sekarang yang makan hatinya aku." Omelnya.

"Apahal pula kau makan hati? Takde benda lain ke nak makan? Cuba check kat dapur, mana tau ada maggie ke, biskut ke, roti ker." Loyar buruk dan aku memang tidak dapat dipisahkan.

"Loyar buruk nampak, siapa tak makan hati kalau kekasih hati dating dengan mamat hensem lain. Addrian tu hensem, susahlah aku kalau kau terpikat dengan dia."

"Kau merepek apa ni Firdaus? Nak makan kaki tak?"

"Eee taknak aku. Geli. By the way, kes pasal Addrian jadikan gambar kau wallpaper tu apa cerita?"

"Wek. Malas lah nak cerita pasal dia, Takde faedah! Kita tutup citer pasal dia." Malas aku nak panjang-panjangkan cerita pasal ni.

"Alah kau ni, baru je nak gossip." Dia mengeluh kuat.

"Ok kita gossip pasal benda lain. Ni aku nak tanya sikit kat kau." Aku mula membuka cerita baru.

"Nak tanya apa? Aku suka warna apa? Aku suka warna biru." Katanya lalu ketawa.

"Ish takde masa aku nak tahu pasal warna fevret kau. Aku nak tanya pasal 'Merian'."

"Merian? Sardin mana pulak tu?" Ketawa aku meletus kuat. Kan dah cakap! Macam sardin lah bunyi dia. Tak tahu lah kenapa.

"Ish, ni aku nak korek rahsia dari kau, kau pulak tak tahu. Apalah."

"Wei Merian tu apa?" Katanya seperti tidak puas hati. Mesti dia tengah curious sangat sekarang ni. Hahaha.

"Aku pun tak tahu. Tu lah aku tanya kau ni."

"Hek eleh."

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now