Bab 1

48.6K 2.4K 145
                                    

Setahun kemudian ..

4 Zamrut yang tadinya riuh mengalahkan pasar ikan kemudian senyap. Masing-masing mengunci mulut apabila seorang gadis memakai skrit labuh warna kelabu, kemeja putih long sleeves dan bervest hitam masuk ke dalam kelas.

Gadis itu meletakkan begnya di atas kerusi kemudian mengeluarkan buku nota sejarah.

"Macam biasa aku tak nak wujud pasar ikan kat sini jadi korang semua jangan buat bising faham?"

"Faham Sarah." Jawab mereka semua.

Sudah setahun sejak aku dilantik menjadi satu-satunya pengawas perempuan di sekolah ini. Dan jawatan ni banyak ubah aku. Jeng! Jeng! Jeng! nak tahu cerita tak? Ok aku mulakan.

Lepas je Cikgu Hassan lantik aku jadi pengawas, huru hara hidup aku. Nak kawal pelajar ni memang susah! Lepas seminggu jadi pengawas aku jumpa Cikgu Hassan nangis-nangis. Tak sanggup sebab ramai pelajar buli aku! Sedih kot! Aku molek-molek suruh diaorang masuk kelas, sekali aku kena tengking. Kata-kata mereka pula berbaur ugutan.

"Kalau aku jumpa kau kat luar sekolah, memang nahas lah kau. Kat sekolah ko memang pangkat lagi tinggi tapi kat luar? Just Wait and see Zulaikha."

Ha... lebih kurang begitulah kata-kata mereka. Panas hati aku masa tu. Ikut hati nak je aku cucuk-cucuk mata mereka berempat. Tapi aku agak takut juga dengan ugutan itu sebenarnya. Huhu sampai nangis-nangis kot jumpa cikgu Hassan.

Lepas kejadian tu habis aku kena 'basuh' oleh Cikgu Hassan. Kata-kata semangat, tips nenjadi pengawas terbaik semua dia kongsi dengan aku. Pastu dia cakap yang aku ni sebenarnya berpotensi besar. Aku cuma perlu digilap sahaja. Memang jembang kempis jugalah hidung aku masa kena puji macam tu.

Selepas aku 'dibasuh' bersih oleh Cikgu Hassan, aku mula merubah personalitiku di sekolah. Aku menjadi lebih garang dan tegas. Denda memang fevret aku lah. Hari-hari ada aje yang aku jemur tengah panas. Kesian anak orang, jadi panda gara-gara Sarah Zulaikha. Memang aku tidak berat sebelah dan pilih kasih dalam menjalankan dendaan.

Medina, sahabat sehidup semati aku juga pernah aku denda kerana terlambat datang. Kebetulan pula macik cleaner tak datang hari tu jadi Medina didenda membersihkan tandas. Firdaus yang merupakan ketua pengawas hanya menggeleng apabila melihat aku mendenda adinda kesayangannya. Medina tu adik Firdaus. Untung lah ada abang hensem.

Namun Medina tidak merajuk kerana aku mendendanya. Dia mula terbiasa dengan dua personalitiku. Di sekolah macam singa, luar sekolah macam pesakit rumah bahagia. Hahahaha.

Jadi, disebabkan ketegasanku yang melampau luar alam semesta, para pelajar mula menakutiku. Aiseh, dalam sekolah yelah diaorang takut tapi bila jumpa aku kat luar memang jauh bezanya, siap highfive lagi. hahahahaha.

Last, nama aku pun dah tukar. Tapi bukanlah aku tukar nama aku pegi Ariana Grande pulak. Cuma tukar panggilan, selama ni aku dipanggil Zulaikha sekarang Sarah. Sebut je Sarah menggigil semua orang. Hahahaha hiperbola je lebih

-------------------------------------------------------------

"Sarah meeting." Firdaus ketuk pintu lalu pergi.

Memang dah pengawas kat sekolah ni semua dingin. Sedinggin peti ais rumah aku. Aku mengambil buku catatan dan pen lalu berlalu ke bilik disiplin. Memang kami selalu meeting kat sana.

Aku duduk di tempat biasa, sebelah kekanda Medina. Cikgu Hassan masuk ke dalam bilik disiplin. Dia meletakkan beg di atas meja.

"Hari ni cikgu nak buat spotcheck besar-besaran. Lepas rehat, arahkan pelajar lelaki ke dewan dan pelajar perempuan ke surau. Memandangkan Sarah seorang je pengawas perempuan, cikgu-cikgu perempuan akan tolong awak check pelajar perempuan. Pengawas lelaki bahagi 2 kumpulan kemudian satu kumpulan bergerak ke blok 1 dan 2 untuk periksa beg serta kelas. Kumpulan kedua akan check pelajar lelaki. Jelas? Ke nak saya ulang?" Ujar Cikgu Hassan.

Nak cikgu ulang balik? Kau memang tempah batu nisan. Cikgu Hassan memang pantang orang tidak fokus.

"Semua jelas cikgu." Aku menjawab pertanyaan cikgu.

"Bagus. By the way Sarah, apa kemajuan projek kamu."

"Okey jer cikgu, lepas saya jalankan denda tu makin kurang pelajar timbulkan masalah. Tapi masih ada yang degil. Mungkin saya kena upgrade sikit denda saya tu."

Projek yang dimaksudkan cikgu Hassan ialah 'Projek Dendaan Sarah'. Aku tetapkan 3 undang-undang yang memang aku larang keras dalam sekolah. Pertama merokok. Kedua bergaduh. Ketiga ponteng kelas. Kalau ada sesiapa yang berani langgar undang-undang ni, aku akan rendam diaorang dalam kolam ikan lama di belakang sekolah. Kolam itu sudah berlumut dan busuk. Ada berudu dan katak lagi. Tapi telur nyamuk takde tau! Aku ni taklah kejam sangat. Tak pasal-pasal kena denggi pula nanti. Kolam tu memang busuk dan usang. Pergi dekat pun seram, inikan lagi berendam dalam tu. Haru gila!

Mula-mula projek aku ni tak diluluskan sebab kelihatan agak melampau. Namun, selepas aku berhujah sakan ketika mesyuarat PIBG, semua ibu bapa bersetuju. Siap suruh aku rendam lama-lama lagi. Kejam juga ya ibu bapa sekarang. Hahaha.

Selepas itu, aku mula jalankan dendaan ini. Mereka ingat aku bergurau, kemudian mereka sengaja merokok dan menghembuskan asap ke muka aku. Terus aku meroyan! Habis semua aku lempar masuk kolam. Ada yang hampir termuntah tapi aku peduli apa? Terus aku jerit panggil semua pelajar kumpul kat korido. Dari korido memang jelas kelihatan 'neraka sarah' itu. Para pelajar sudah melopong melihat Fuad and the geng berada dalam kolam. Cikgu Hassan juga turut berada bersama aku ketika aku sedang meroyan dan mengheret lelaki-lelaki tersebut.

"Kalau korang rasa nak mandi dalam kolam ni macam dorang, silakan langgar 3 peraturan aku. Lelaki atau perempuan, pengkid atau minah pondan semua aku campak dalam kolam ni faham?" Aku menjerit dari bawah. Semua pelajar yang ada terkejut dan takut.

"Masuk kelas!" Jeritan aku buat semua berpusu-pusu masuk ke kelas.

Dah cukuplah throwback ni. Kembali ke masa sekarang.

"Nak upgrade apa pulak?" Tanya cikgu Hassan.

"Entahlah cikgu, mungkin saya kena suruh diaorang menyelam dulu baru diaorang yang degil tu takut kot. Tapi kalau masih lagi tak serik, saya nak minta kebenaran abang penjaga taman buaya tu pinjamkan saya seekor buaya. Biar saya campak diaorang dalam kolam yang ada buaya." Aku selamba.

Cikgu dan pengawas lain hanya menggeleng. Firdaus pula mengekek ketawakan aku.

"Okey, kamu boleh mula gerak sekarang." Arah Cikgu Hassan kepada kami.

Kami semua terus bangun dan menuju ke blok 1 dan 2 untuk mengarahkan mereka pergi ke surau dan dewan sekarang juga.

Pengawas Gila!Where stories live. Discover now