Amran menghembuskan nafas lega. Dia kemudian keluar dari biliknya. Dia perlukan udara luar dari biliknya..

Sebaik Amran keluar dari biliknya, setiausahanya, Shikin mendekatinya. Dia tidak berani masuk ke bilik Amran tadi memandangkan Amran tak putus dari telefon. Takut mengganggu dan menimbulkan kemarahan Amran.

"Tuan Hashim dan Encik Firdaus nak jumpa Encik Amran nanti" Kata Shikin takut-takut.

"Awak kenapa Shikin? Nampak hantu ke?" Tegur Amran bila dilihat Shikin seperti takut-takut. Shikin menunjukkan pada diri Amran. Amran menunjukkan pada dirinya juga dan menggunakan isyarat kepala bertanya kenapa.

"Encik Amran nampak sangat serabut" Jawab shikin.

"Kan? Prihatin betul awak ni. Ni namanya setiausaha berdedikasi. Alert. Awak nampakkan saya serabut? Maka, boleh tak tolong buatkan Milo suam. Saya nak keluar ambil angin kejap. Kalau ada sesiapa call kata pada mereka, saya cuti sakit. Sakit hati" Kata Amran sambil mengeyit mata pada Shikin dan terus berlalu. Sempat senyuman manis diberikan pada Shikin dan beberapa staf yang melewatinya.

**********************

Amran sedang mempertimbangkan keputusan yang tepat untuk memberitahu tuan milik kenderaan yang telah tersalah tempat penghantaran. Mempertimbangkan cadangan untuk menipu atau bercakap benar. Jalan penyelesaian sudah dia putuskan. Cuma hendak berbincang dengan Tuan Hashim. Sementalah dia sudah diapanggil oleh Tuan Hashim dia pasti akan ditanya penyelesaiannya.

Sedang asyik mempertimbangkan yang sewajarnya, pintu biliknya diketuk. Shikin masuk ke biliknya selepas diberi arahan masuk.

"Encik Amran dah sudah ke Milo nya? Kalau dah sudah. Bolehlan saya bawa ke pantry" Tanya Shikin. Dia maklum akan perangai Amran yang tak suka mejanya ada benda selain dari bahan kerjanya. Selalunya, Amran akan memanggilnya untuk mengambil cawan yang telah kosong. Namun hari ni, dia tawar diri. Rajin ada makna.

"Kenapa awak rajin sangat hari ni?" Tanya Amran pelik. Shikin senyum. Memang patut pun dia pelik sebab hari ni aku terlebih baik pula.

"Sebenarnya tadi saya lupa nak bagitahu. Tuan Hashim minta Encik ke bilik dia pukul 12.30 p.m tapi sekarang dah pukul 12.45p.m" Jawab Shikin serba salah.

"Saya memang menakutkan awak ke Shikin?" Soal Amran lagi. Shikin mengangguk.

"Hari ni" Jawabnya.

"Tak apalah. Saya pergi sekarang" kata Amran dan terus melangkah keluar dari biliknya.

"Kemaslah meja saya mana patut" Pesan Amran sebelum hilang di balik pintu. Shikin tersenyum. Walaupun hari ni Amran sungguh menakutkan tapi usikan Amran tak pernah hilang. Dia sayangkan ketuanya itu. Dia hormatkan ketuanya itu.

*****************

Amran segera menuju ke bilik Tuan Hashim. Dia sudah lewat hampir 20 minit. Sebaik sampai saja dihadapan bilik Tuan Hashim, setiausaha beliau, Fikriah memberitahu bahawa Tuan Hashim dan Encik Firdaus dan beberapa orang lagi pekerja sedang menunggunya di bilik mesyuarat yang terletak disebelah bilik Tuan Hashim.

Sewaktu pintu dibuka, Tuan Hashim sedang berbincang sesuatu dengan Encik Firdaus dengan wajah yang sangat serius.

"Minta maaf semua. Saya lewat. Saya baru saja dimaklumkan" Kata Amran sambil memandang kesemua wajah yang berada di dalam bilik mesyurat itu satu persatu sehingga ke satu wajah yang sedang asyik menulis.

"Ain, buat apa disini?" Tanya Amran terkejut. Ain yang sedang sibuk mencatatkan sesuatu terus mengangkat wajah bila namanya dipanggil. Dia terkejut bila melihat Amran berada disitu.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now