"Mummy... dalam rumah ni tak minum sejukkan untuk breakfast?" Tanya Ain kerana dia hanya membuat air untuknya saja.

"Tak. Kenapa?" jawab Puan Rozila disusuli dengan pertanyaan.

"Jadi maknanya hanya Ain yang minum sejuk pagi-pagi" Ujar Ain.

"Ain, tak baik minum ais pagi-pagi" Nasihat Puan Rozila. Dia kemudian berlalu ke dapur dan membasuh tangan. Ain yang masih tercegat di meja makan hanya memerhati tingkah Puan Rozila.

"Kat Jepun, diorang minum air sejuk tiap-tiap pagi. Satu botol besar lagi. Tak ada pun diorang kata tak elok Mummy" Jawab Ain sambil tersenyum.

Sudah ramai yang menegurnya tentang minuman sejuk tapi dia buat tidak peduli. Padanya setiap orang ada amalan kesihatan masing-masing. Dia memilih utk mengikut amalan orang-orang Jepun kerana pada pemerhatian mereka, orang Jepun antara kaum tersihat di dunia.

"Itu dekat Jepun, Ain. Kita dekat Malaysia cuaca lain" Nasihat Puan Rozila.

"Ais memang tak elok. Selalu Ain bancuh guna air sejuk dalam peti sejuk tapi tadi fikir kot ada yang terliur pula tengok Ain minum milo, tu yang buat juga sikit dalam teko ni" Jelas Ain. Tak mahu memanjangkan isu ini.

Puan Rozila hanya menggeleng melihat menantu barunya itu. Pilihan Amran. Dia tiada bantahan sementalah sewaktu datang merisik diperhatinya keluarga bakal menantunya itu ramah dan mesra. Mereka juga kelihatan dari kalangan keluarga baik-baik.

Dia juga pernah terserempak dengan Ain 3 minggu yang lepas. Orangnya kelihatan sopan dan menghormati orang tua. Dia suka lihat kemesraan Ain bersama dengan ibunnya. Dia suka lihat keakraban Ain dengan ibu saudaranya.

Sewaktu majlis akad nikah, dia turut perhatikan betapa rapatnya hubungan kekeluargaan yang ada pada menantunya. Melihat keluarga besar menantunya. Hatinya tenang. Amran memilih isteri dari kalangan orang yang beragama. Itu doanya siang dan malam. Alhamdulillah...

"Ain naik panggil Amran dan daddy. Mummy malas nak naik atas. Rasa penat sangat hari ni. Nasib baik kita pakai catering dan semua dorang yang uruskan. Kalau tak mahu demam mummy nak buat" Ucap mummy lantas menarik kerusi meja makan dan duduk.

Ain lantas mendaki tangga ke bilik Amran. Masih janggal untuk mengaku itu biliknya juga. Dilihatnya Amran sedang sibuk menghadap i-pad nya. Mentang-mentang ada i-pad.

"Mummy panggil turun" Ujur Ain dimuka pintu. Kemudian dia berniat untuk menutup pintu dan menuju ke bilik mummy dan daddy disebelah kanan tangga. Niatnya terbantut apabila Amran memanggilnya. Ain masuk ke bilik itu dan duduk berhadapan dengan Amran di hujung katil.

"Cuba tengok gambar ni" Lantas Amran menunjukkan ipadnya kepada Ain. Ain menyambutnya dan melihat gambar sekitar perkahwinan mereka yang telah di upload oleh rakan-rakan mereka. Amran berpindah duduk disebelah Ain.

"Hish...leka pula. Tadi mummy suruh turun makan. Panggil daddy sama. Tengok. Awak buat saya leka. Nanti mesti mummy ingat saya curi tulang" Kata Ain. Risau. Lantas bangun dari katil.

Padanya walau dia kahwin dengan Amran bukan kerana cinta tapi dalam hal menjaga hati orang tua adalah keutamaannya. Menyakiti hati mummy samalah macam sakitkan hati mak. Aku sayang mak dan aku mesti kena sayang mummy juga.

"Alah... Mummy tak kisah punya. Mummy pun tau. Pengantin baru" Sengih Amran nakal.

"Mengarut je. Jom lah turun" Ajak Amran. Amran tidak bergerak. Masih dengan ipadnya.

"Cepatlah. Saya nak panggil daddy sama" Gesa Ain. Amran buat tak dengar saja.

Ain yang sudah berada di pintu bilik masuk semula dan mendekati Amran. Ain menarik Amran. Barulah Amran bangun dari duduknya dan mengikut tarikan Ain. Amran dibelakang hanya tersenyum. Tau takut dengan mummy.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now