Pada hari ke-2 pula, Cik Saba datang ke rumah bagi memastikan pelamin dan bilik pengantin dalam keadaan sempurna. Kemudian mukaku dibelek. Katanya nak cuba acu warna. Takut tak sesuai. Selesai muka aku dibuat eksperimen, dia beri aku tips supaya aku dalam keadaan sentiasa berseri.

Hari ini pagi-pagi lagi dia sudah datang. Dia sentiasa bersama aku katanya supaya seri pengantin tidak hilang dari mukaku. Pagi lagi dia dah pastikan aku mandi. Usai mandi, sewaktu hendak memakai pakaian dia beri aku daun sireh dan disuruhnya aku letak di payudaraku. Aku membantah tapi ugutan untuk bagitahu mak buatkan aku ikutkan saja.

Untuk majlis pernikahan malam ni aku telah di solekkan sejak jam 5 petang. Nasib baik aku dalam keadaan uzur, kalau tidak, tak ke leceh nak solat. Dah kalau make up pukul 5 petang maknanya maghrib aku melepaslah... haila...apalah yang best sangat nak buat majlis ni kalau solat terabai.

Tepat jam 8 malam, pihak lelaki tiba dirumah kami. Majlis pernikahan akan berlangsung selepas Isyak. Pihak lelaki diminta datang awal bagi menjamu selera dan bersolat secara jemaah dirumah sebelum najlis akad nikah. Kata abah biar berkat sambil boleh uji bakal menantu.

Usai solat Isyak berjemaah, aku dibawa turun untuk acara seterusnya. Aku duduk di tempat yang disediakan untukku diapit oleh mak disebelah kanan dan seorang mak cik yang aku tak kenal disebelah kiri. Aku mencium tangan keduanya seperti yang diarah oleh mak andam. Aku cuba memandang kea rah pengantin lelaki tapi pandangan aku di selindungi oleh tetamu lelaki yang hadir.

Upacara dimulakan dengan tok kadi memberikan khutbah nikah kahwin terlebih dahulu. Khutbah ringkas dan padat buat pasangan suami isteri. Aku tekun mendengar. Diakhir khutbahnya, Kak Maya duduk di hadapan mak memandangkan tempat lain sudah penuh.

"Untung kau Ain. Pandai laki kau imam. Sedap pula tu suara dia" Bisik Kak Maya ditelingaku. Ain hanya tersenyum.

"Tengku Azril jadi imam? Biar benar. Pandai ke lelaki tu? Selama aku kenal dia tak pernah nampak dia ke surau apatah lagi nak imam" kata Ain dalam hati. Ish, tak baik mengutuk bakal suami sendiri.

"Betullah orang kata, don't judge a book by its cover" sambung Ain lagi.

Usai khutbah, tok kadi pergi kearahku. Disaat itu aku terasa gementar. Baru terasa. Ini mesti tok kadi datang ingin bertanyakan persetujuanku.

"Ain NAdira Bt Mohd Radzi" Panggil tok kadi. Aku pandang tok kadi seraya senyum dan mengangguk. Entah kenapa aku senyum kat tok kadi tu tapi yang pasti aku suka tengok jernih air mukanya.

"Setujukah dikau untuk dinikahkan dengan Amran Syauqi Bin Amir Syayuti?" tanya tok kadi tenang.

Aku terkejut bila tok kadi menyebutkan nama itu. Aku punya terkejut sampai tak terkata apa. Rasanya aku tak salah dengar. Tok kadi bukan sebut nama Tengku Azril tapi Amran. Ya. Amran. Tu nama penuh Amran. Aku pandang ke hadapan untuk melihat wajah yang dimaksudkan tapi hampa. Pandanganku masih dihalang oleh orang ramai.

"Boleh saya jumpa dengan Amran sekejap?" tiba-tiba aku bersuara diluar sedar. Permintaan aku itu menimbulkan tanda tanya dari hadirin. Namun aku tolak ke tepi dengan kata-kata mereka. Aku mesti bersua muka dengan Amran.

"Ain, apa yang tak kena ni?" Bisik mak. Aku pandang mak minta kefahaman mak dengan keadaan aku. Lama kemudian baru Mak mengangguk dan memintaku beredar ke bilik aku diatas. Mungkin bimbang orang ramai yang hadir mendengar perbualan kami berdua.

Ain masuk ke kamar pengantin yang dihias indah itu dulu. Tema putih menjadi warna bilik ini. Dari dinding sehinggalah ke bunga. Semua putih kecuali perabot dan lantai saja yang menggunakan unsur kayu.

Amran masuk ke dalam bilik Ain sesudah mendapat keizinan dari orang ramai terutama ibu bapanya dan Ain. Amran menyusul dibelakang Ain. Dengan lafaz bismillah, Amran memulas tombol pintu bilik Ain dengan berhati-hati. Takut juga andai melayang pisau sebilah, tak sempat kahwin.

Ain NadiraWhere stories live. Discover now