Mereka pimpin tangan aku tanpa lepas.

***

Mereka berhenti berjalan. Serentak dengan itu, mata aku memandang sekeliling. Aku lihat penduduk Pelezein sedang bertarung nyawa di dalam khemah kecil mereka. Mereka semua kebanyakannya warga emas dan kanak-kanak. Aku di sentak rasa kecewa dan sedih melihat tubuh mereka semua kurus keding dengan tulang mereka yang kelihatan.

"Kami tinggal di sini" pergelangan tangan aku di lepaskan.

"Mana satu khemah kamu? "

Dia tidak membalas, hanya jari telunjuknya saja di halakan pada khemah yang terletak paling hujung antara khemah-khemah ini. Ada perempuan 30-an sedang bersandar lemah pada khemah itu. Aku melangkah mengikuti dua budak ini menuju kea arah khemah mereka.

"Ibu! "

Dia tampak tersentak. Lantas dua kanak-kanak itu di bawa ke dalam pelukannya. "Huda Hadid pergi mana?! Bahaya tau tak dekat luar sana.. kalau orang atau askar Isgaris tangkap kamu berdua macam mana?.. " nada suaranya penuh kerisauan.

"Kami minum air, sini tiada air ibu.. "

"Haih.. kan Pak Cik Auf dan anak anak lelaki sudah janji akan bawa balik air untuk kita"

"Tapi sudah semingu mereka tak pulang, ibu " balasan Hadid membuatkan wanita itu terkesima.

Dia mendongak dan matanya berselisih dengan mata aku. Pantas dia berdiri kembali. "Kau siapa?! " Dia mencerlung aku tajam. Anak-anaknya di tarik ke belakang.

"Kau pasti penduduk Isgaris! "

Dari cara mereka berkata, aku dapat rasakan bahawa mereka terlalu benci dengan warga Isgaris.

Aku menggeleng. "Bukan, aku bukan orang Isgaris "

"Kau orang Pelezein timur? "

Haih.

Aku menggeleng sekali lagi. "Obviously no ".

"Aku lanun "

Serentak dengan itu mereka menapak menjauhi aku. SEMUA SEKALI.

"Kau ... Lanun! Pencuri! Kau manusia-manusia jahat yang bersekongkol dengan penduduk dan askar Isgaris untuk ambil minyak dan gas kami! " Tempiknya kuat. Matanya mencerlung aku tajam.

"Sebab kamu lah... Rumah kamu di ambil orang-orang Isagris! Mereka ambil hak kami sebab kamu semua bantu mereka!! "

Aku tersentak.

"Wait. " Aku menghela nafas dalam. Kedua-dua tangan aku angkat menghentikan tuduhan mereka.

"Aku memang lanun. Tapi aku tak ambil satu pun hak kau orang Pelezein. Aku hanya curi barang-barang berharga askar Isgaris saja"

"Kami tak percayakan kamu. Lanun semua pendusta! "

Aku ketawa halus. " I don't even need your trust ". Aku menapak ke arahnya. Jelas wajahnya ketakutan melihat aku.

"I'm willing to help yo—"

"We don't need your help! " Dia memintas ayat aku laju.

Nafas dalam aku tarik dan hembus. Aku tersenyum sinis. Bengang pula aku dengar.

"So you are willing to see your kids suffering and dying continuously, right? " Sinis aku perli mereka.

"Aku tolong sebab aku nak budak-budak ni ada masa depan. Bukannya sebab aku nak harta kau orang. Aku tak perlukan harta kau."

"Lepaskan peluang ini kalau kau sanggup tengok anak-anak kau jilat kaki orang Isgaris" aku pusing badan. Tanpa buang masa aku melangkah menjauhi mereka.

Aku dapat dengar anak-anak mereka masih merengek kehausan dan kelaparan.

"Nanti! Tu-tunggu "

Bibir aku perlahan-lahan mengukir senyuman tajam.

Lambat-lambat aku menoleh ke belakang. "Ya? ".

"To—tolong kami.. "

Aku tersenyum manis.

Ini yang aku mahu dengar.

****


BUK!

BUK!

BUK!

BUK!

Dagger di dalam sarung dia tarik laju. Berputar berkali-kali dagger itu di tangannya sebelum— SSAK!!

"ARGH! SAKIT LAH SIAL! "

"Jerit lagi sampai tekak kau putus "

SSAK!

"AARGHHH! "

SSAK!

"Lepas.. "

Hujung mata dagger itu kini membenam lehernya berkali-kali.

Hud menapak ke belakang perlahan-lahan. Sisi tangannya mengelus peluh dan tompokan darah yang terpercik pada wajahnya. Dia senyum lebar di serta tawa puasnya yang tersisa.

Matanya melihat sekeliling bilik bar itu. Mayat-mayat askar Isgaris sudah mati bergelimpangan angkaranya. Dia menoleh, melihat wanita Pelezein semalam yang di lihatnya dan Aysun di atas kapal sewaktu mereka berlabuh.

"Take every single of Pelezein's women and children out from this bar"

Wanita itu hanya mampu mengangguk ketakutan. Badannya menggeletar hebat.

"Wait "

Hud menarik baju kot hitam yang tersarung pada mayat askar Isgaris di hadapannya. Kot itu di campak perlahan pada wanita Pelezein itu.

"Wear it, you dress look so vulgar"

Wanita Pelezein itu mengangguk berkali-kali. Wajahnya merah menahan malu. Pantas dia menyarung kot hitam itu dan melangkah keluar.

Hud meraup rambut ke belakang. Dia melangkah ke singki. Tangan dan wajahnya di bersihkan. Vest hitamnya di tanggal dan di campak pada timbunan mayat askar Isgaris.

"Weak ass soldiers"

Jika dia tiada di bar semalam. Pasti dia tidak tahu keinginan mereka untuk menukarkan minyak dan gas dengan Aysun.







AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now