"If i conquered my home back and take what's supposed to be mine. I can buy this land, every ships, everyone even you"

"And I could buy you with a very—low price"

"And of course, i can make you as my slave Warner!"

Mata aku masih tidak terkalih dari menatap dia. "A slave to entertain me!"

Kaki kanan aku pasak kuat ke belakang. Tangan aku menggenggam kemas dagger.

"You're a low-being human, Warner. How dare you compared me with yourself"

Warner tersenyum lebar dengan senyuman ngerinya yang mula terbit kembali. Dia tampak berang dengan bicara aku. Rahangnya di ketap.

"KAU— "

Dia menyerang aku.

:
:
:
:
:
:

Klang!

Klang!

Klang!

Warner cuba menyasarkan leher aku. Pantas aku menunduk. Zzak! Dagger aku mengukir garisan torehan pada perutnya yang terdedah itu.

Aku dengar dia mendengus.

Serangannya semakin laju. Aku melompat ke belakang. Aku tak boleh leka! Kini dia menunduk dan kakinya di lunjurkan untuk menjatuhkan aku. Aku mengelak laju.

Aku membuat tendangan 360° pada sisi kepalanya. Namun Warner tangkas menangkap kaki aku. Suara penonton semakin menggila.

Cengkamannya terlalu menyakitkan, aku mendesis perlahan. Aku perlu lepaskan kaki aku! Bak! Laju aku mengangkat kaki lagi satu cuba menendang sisi wajahnya yang lagi satu. Sedar tak sedar dia tanpa sengaja terlepaskan kaki aku.

Aku tersenyum sinis.

Darah yang mengalir pada mulutnya di seka kasar. Dia meludah ke tepi.

Dia menerpa lagi sekali.

Kali ini dagger aku kembali beraksi. Dia cuba menyasarkan dahi aku pula. Aku menunduk laju tanpa dia sempat menangkap aku. Dengan pantas aku berada di belakangnya dan SSAK!

Mata aku terkunci pada lehernya yang tidak terhalang itu. Aku tidak tunggu lama. Sisi lehernya aku tikam! Aku tusuk bilah dagger ini sedalam-dalamnya.

Tubuhnya diam.

Tangan aku masih memegang dagger yang di tusuk pada lehernya. Aku merapati wajah aku pada telinganya. "Kau kata aku lemah Warner? "

"Kalau aku lemah, aku dah mati dari dulu lagi!"

Kau tak tahu aku.

Kau tak kenal aku, Warner.

Bibir aku mendekati cuping telinganya. Sipi-sipi aku mendengar dia cuba untuk berbicara. Namun sayangnya, dagger ini di dalam lehernya.

"And what makes you think you're superior than me? " Sinis aku membisik padanya. Bola matanya bergetar melihat aku sebelum jatuh melihat dagger ini.

Ssak!

Sebaik sahaja aku tarik tusukan dagger itu. Darah memancut keluar. Warner rebah mencium kaki aku.

Pantas aku menyepak wajahnya menjauhi kaki aku.

"May god burn you as you burned those people you've killed before"







:
:
:
:
:

"THE WINNER IS.... "

"AYSUN!!! "

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now