"Oh how I wish I could kill this eagle "

Sepucuk surat di jatuhkan. Malas-malas aku membukanya.

+++


Kau tak akan mampu hidup di luar istana, Nusaybah. Setiap penjuru dunia, akan ada yang cuba membunuh kau. Aku akan pastikan mereka memburu kau sampai ke lubang cacing.

I'll make sure that no one will be by your side, I would torture and kill them. My biggest dream is to see you begging me to kill you.

Because you can't face it anymore.

A mere woman like you are worthless to rule a kingdom. Learn the lesson from your dead mother.

+++

Aku diam sesaat. Lantas pena di poket baju Mr. Capricious aku rampas.  Surat itu aku terbalik kan. Ligat mata pena ini menulis sesuatu buatnya.


+++

Let's see who are the one will be begging soon

+++

Lantas surat itu aku gulung dan aku ikat kembali pada burung helang yang dari tadi berdiri di bahu aku.

Berani dia sentuh pasal ibu aku. Dia tak sedar agaknya yang ibu dia yang sepatutnya mati bukan ibu aku!

Juliana tidak layak di gelar ibu dan permaisuri! Dia hanyalah perempuan gila yang mabuk harta dan darah sahaja di mata aku. Wanita itu tidak ubah seperti syaitan bertopengkan manusia!

Nafas aku naik turun.

Entah berapa ramai yang akan memburu aku selepas ini. Aku tidak tahu berapa banyak darah yang aku bakal tumpahkan semata-mata untuk mendapatkan kembali Al-Andalus.

Aku rasa aku bakal jadi gila.











***




AL-ANDALUS/CASSENTYNO (CAPITAL OF ASWAD)

"Tolong! Tolong lepaskan kami Yang Mulia... Ampunkan kami!" dia cuba berlari ke arah Permaisuri Cassentyno namun askar-askar di sekelilingnya menahan kasar.

"Jangan bunuh keluarga saya.. jangan ambil mereka.. " kedua-dua tangannya di satukan. Memohon belas kasihan wanita 40-an yang duduk pada kerusi tinggi  di atas pentas kayu itu.

Hari ini.

Hari Eksekusi.

Sejumlah seribu lebih manusia bakal di tamatkan nyawanya sama ada di guillotine atau tali gantung mahupun pedang.

AYSUN: The UnbendWhere stories live. Discover now