tiga puluh tujuh

342 46 12
                                    

Aulia melihat dirinya di cermin belakang buat kali terakhir sebelum enjin kereta ditutup dan dia melangkah keluar. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sejak semalam apabila Adam mengajak dia untuk tengok wayang pada harini. Certia pasal bom pun cerita pasal bom lah, asalkan dia dapat menghabiskan masa dengan lelaki itu.

Wow Aulia, kau dah berubah.

Dulu, apabila dia masih mempunyai hati untuk Darwish, Aulia tidak boleh lakukan apa-apa kerana lelaki itu merupakan rakan dan rakan sekerjanya. Lagipun Darwish langsung tidak menunjukkan sebarang minat pun terhadapnya. Ye, sikit pun takde.

Tetapi Adam? Aulia tak boleh kira perkara yang lelaki itu buat yang telah membuatkan jantungnya ingin melompat keluar. Dari jauh, Aulia dapat lihat Adam yang sedang menunggu di pintu masuk pusat beli belah itu dengan satu tangan di dalam poket manakala satu lagi tangan sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

Rambut lelaki itu jatuh menutupi separuh matanya. Aulia perasan yang Adam merupakan antara lelaki yang tetap nampak kacak walau banyak mana flanel yang dipakai. Bibirnya spontan tersenyum melihat flanel merah lelaki itu padan dengan kasut Converse merahnya. Aulia melajukan langkahnya ke arah Adam.

Baru sahaja dia mahu mengangkat tangan dan memanggil Adam, langkah Aulia terhenti apabila matanya menangkap susuk tubuh Yuna mendekati Adam sebelum lengan lelaki itu ditumbuk dengan manja. Adam mengangkat kepala dan mengukirkan senyuman pada Yuna.

Tubuh Aulia kaku di situ sambil dia memerhatikan mereka. Jantungnya yang melompat keluar tadi disedut masuk ke dalam badan semula. Dia dan Adam tidak mempunyai hubungan istimewa tetapi entah kenapa, Aulia rasa bagaikan dia dikhianati. Betrayed. Aulia sedar yang dia hanya boleh salahkan diri sendiri kerana telah menganggap yang akan ada mereka berdua sahaja harini ini. Wrong. Di mana ada Adam, di situ ada Yuna.

"Aulia!" Yuna memanggil membuatkan Aulia kembali ke realiti. Dia memandang Yuna yang sedang melambai mesra ke arahnya. Bibir Aulia mengukirkan senyuman pahit di saat dia melangkah mendekati mereka.

"Hi Aulia" sapa Adam dengan senyuman yang mampu membuat Aulia mempersoalkan kegilaannya sendiri. Adakah dia yang delusional atau Adam hanya memberikan senyuman itu ada dia? Aulia tidak sanggup untuk mencari jawapan.

Maka mereka bertiga pun bergerak ke panggung wayang sambil mendengar celoteh Yuna tentang kucingnya. Sepanjang tayangan filem itu, Aulia berasa seperti dengan tidak sengajanya telah mengikut kedua ibu bapanya pergi dating. Dia tahu yang Adam dan Yuna suka bertekak antara satu sama lain tetapi dia tidak tahu bertekaknya dah macam pasangan yang sudah hampir 20 tahun berkahwin. Seperti.. dua orang yang sedang dilamun cinta.

Aulia rasa nak tutup telinga. Selama ini dia tidak pernah terganggu dengan pergaduhan dua orang itu tetapi kali ini, rasa terkhianati di dalam hatinya membuatkan perasaannya tentang mereka berubah.

Selesai wayang, mereka mengajak untuk makan tengah hari pula tetapi Aulia menolak dengan menipu kata yang dia mempunyai kerja dan perlu pergi ke ofis dengan segera. Aulia tidak tahu sama ada mereka percaya atau tidak kata-katanya tetapi dia tidak kisah. Asalkan dia cepat-cepat pergi dari situ.

Masuk sahaja dalam kereta, Aulia terdiam seketika. Dia merenung sterengnya lama, memikirkan betapa tidak adilnya dia melakukan Adam dan Yuna sebegitu apabila mereka tidak tahu apa-apa. Diselubungi dengan kesunyian di dalam kereta ini, Aulia sedar yang dia tidak marah. Sebaliknya, dia kecewa.

That's how much you like him?

Aulia menghentakkan dahinya pada stereng kereta sambil melepaskan keluhan berat. Idiot.

Tiba-tiba bunyi telefon bimbitnya berbunyi membuatkan Aulia mengangkat kepalanya semula. Dia melihat nama yang tertera di skri.

Kak Marissa

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now