sepuluh

409 68 11
                                    

Perasaan ini familiar, sangat familiar dan sebab itulah ianya menakutkan. Ezhan tahu perasaan ini. Ezhan kenal perasaan ini kerana dia pernah merasakan perasaan ini hanya sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Ya, dia tidak memberikan peluang kepada dirinya untuk memikirkan pun tentang sejenis perasaan ini kerana ianya hanya akan timbul apabila dia bersama Kyra. Tetapi, yang berada di hadapannya saat ini bukan Kyra.

Bukan. Kyra. Alisha.

Tetapi Hana. Hana Elleara.

"You buat apa dekat sini?" suara Hana bergema di telinga Ezhan. Ezhan kembali pada realiti. Dia memandang Hana lama. Rambut yang terlepas Hana agak kusut. Seperti rambut yang diikat dan dilepaskan berkali-kali.

Ini kali pertama dia lihat gadis itu berpakaian selain daripada blouse formal nya. Selain baju kerja. Ezhan mengagak yang Hana sedang memakai baju tidur dengan selipar berbentuk telinga kucing. Menarik sungguh selipar bewarna merah jambunya itu.

Sedar yang Ezhan telah merenung seliparnya agak lama daripada normal, Hana terus mengetuk pintu untuk menarik perhatian lelaki itu. "Hello? I am asking you a question right now." suara Hana bergema lagi. Terus mata Ezhan kembali bertentangan dengan mata Hana.

Hilang. Hana yang telah membuka pintu tadi hilang serta-merta. CEO kepada HANA LOUIS dan pemilik Blue Ribbon Capital kembali.

Ezhan menggaru kepalanya seketika. Apa dia nak jawab ni? Apa. Yang. Dia. Buat. Dekat. Sini? "Uh.." Ezhan memandang Hana yang memandangnya lama menunggu jawapan.

"I.. I dengar benda jatuh tadi, dari bawah. So, I naik atas ni nak tanya, is everything okay?" perlahan suara Ezhan bertanya.

Hana masih diam. Dia masih memandang Ezhan lama tanpa berkata apa-apa.

Entah kenapa, Ezhan terasa pipinya sudah bertukar warna. Tulah kau, menyebok hal orang lagi.

"Bunyi tadi kuat so I was just checking on you. But.. but if tak ada apa-apa, I pergi dulu" Ezhan mengetap bibirnya seketika. Menahan malu. Atau marah? Atau kedua-duanya sekali. Ezhan mula berpusing untuk berlalu pergi.

"I tengah gantung lukisan." suara Hana membuatkan langkah Ezhan terhenti. Dia berpusing semula menghadap Hana. Gadis itu melangkah setapak ke kanan memberikan Ezhan pemandangan sedikit di dalam rumahnya.

"As you can see, the painting is big. Bigger than me so..." terang Hana pula sambil dia memerhatikan Ezhan yang sedang memerhatikan lukisan besar yang tersandar pada dinding rumahnya.

"Oh wow, besar gedabak lukisannya. You angkat benda tu sorang-sorang ke dari tadi?" Ezhan menoleh memandang Hana pula. Gadis itu mengangguk dengan wajah tidak bersalah

Kemudian, Ezhan tersenyum pula lalu dia tunduk memandang kasutnya. Tindakan itu berjaya membuatkan lesung pipitnya muncul. Again. Ini kali kedua Ezhan memberikan pandangan begitu pada Hana.

"What?" soal Hana pula. Sesungguhnya, dia tidak suka apabila Ezhan tiba-tiba sahaja tersenyum begitu tanpa sebab. Lagi tidak suka apabila lesung pipit lelaki itu terlebih menonjol. Dasar attention-seeker.

"You really thought you could do everything in this world huh?" soal Ezhan perlahan.

Hana berpeluk tubuh. "Once I put my mind into it, yes." jawabnya yakin.

Ezhan menggeleng pula. Dia masih tersenyum. "Not if you didn't ask for help Hana." balas Ezhan lembut. Jantung milik Hana mula hilang kawalan. Namanya yang disebut oleh Ezhan terasa seperti nama orang asing. Seperti nama itu bukan miliknya.

Hana bersandar pada bingkai pintunya lalu dia tunduk memandang lantai. "I don't need anyone's help" tukasnya perlahan.

"Of course you do. Cuma cara you mintak tu je lain sikit. Contohnya, giving me a move out notice because I rejected your offer? That's you asking for help right?" suara Ezhan tenang berkata tetapi mampu membangunkan sesuatu di dalam diri Hana.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now