sembilan belas

339 66 13
                                    

This is it. Mungkin ini lah pengakhirannya. Pengakhiran kisah cinta yang tidak pernah bermula. Mungkin salah dia. Mungkin dia tidak patut bertindak melulu begitu. Atau mungkin, Hana Elleara bukan lah orang yang tepat untuknya. Bukan jodohnya.

Ezhan berjalan melepasi orang ramai yang sakan membeli-belah di pasar malam itu. Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang ini. Marah? Sedih? Kecewa? Entah. Tetapi apa yang dia tahu, kali ini rasa sakitnya itu lebih. Mungkin kerana Hana meluahkan ayat-ayat itu tanpa sedikit pun rasa bersalah.

"So give up on me already. Jawapan I tidak akan berubah encik Ezhan. You are a burden in my life. We should've never met."

Ezhan menelan realiti yang terasa pahit. "How could she say that to me?" perlahan Ezhan berbisik. Apa yang dia jangkakan? Untuk Hana akhirnya berubah hati dan menerima perasaannya? Kelakar la kau ni Ez.

Langkah Ezhan terhenti pula apabila dia melepasi gerai yang menjual strawberi. Buah bewarna merah itu dipandang buat seketika. Hana tidak boleh makan strawberi. Dia allergik. Mungkin dia boleh beli ini dan racun Hana. Eh?

Ezhan memejamkan matanya buat seketika. Kepala hotak kau Ez. Dia terus berjalan pergi. Makin lama dia dekat sini, makin tenggelam dia di dalam fikiran sendiri.

Apabila kembali ke gengnya, Adam dan Yuna sedang bertekak sambil Aulia sedang berdiri di tepi terlalu kusyuk dengan telefon bimbitnya.

"Ezhan, nasib baik kau sampai- mana Hana?" soal Darwish pula. Matanya melirik ke kiri dan ke kanan mencari susuk tubuh Hana. Tiada.

Ezhan diam. Lah, dia tanya aku pula.

"Entah" balas Ezhan perlahan.

"Miss Hana bukan dengan Ezhan ke tadi?" Aulia berkata pula. Wajahnya nampak cemas. Pucat. Ada apa ni?

"Takde lah. Saya jalan sorang-sorang je tadi. Kenapa Aulia?" soal Ezhan pula. Dahi berkerut keliru.

Aulia menguak rambutnya ke belakang sambil tangan kanannya sedang mendail nombor seseorang. Matanya bertentangan dengan mata Darwish. Mereka bertukar isyarat.

Ezhan semakin keliru.

"Damn it, miss Hana tak angkat call aku. Darwish?" Aulia memandang Darwish dengan penuh harapan.

"Text aku pun dia tak baca" Darwish berkata sambil menggeleng.

"Should we find her?" Yuna berkata pula. Adam di sebelah mengangguk setuju.

"Jap jap, kenapa ni? Kenapa korang cari miss Hana? What is happening?" soal Ezhan dengan dahi berkerut. Sedikit bengang kerana masih tidak dapat jawapan.

Adam terus menghulurkan telefon bimbitnya. Dengan wajah keliru, Ezhan menyambut huluran rakannya itu. Sebuah artikel yang tertera pada skrin telefon bimbit Adam dibaca.

PERMATA RELEASED A NEW COLLECTION WITH DIANA ARIFFIN.

Jari Ezhan menekan gambar-gambar yang tertera di dalam artikel itu.

Terkedu.

"Their collection...." perlahan Ezhan berkata.

"Ye, sama. Sebiji-sebiji dengan HL Spring Collection." Adam berkata.

Dahi Ezhan semakin berkerut. Tidak menyembunyikan wajah terkejutnya. Setiap pakaian yang terdapat dalam koleksi pakaian syarikat PERMATA memang teramatlah sama dengan koleksi pakaian HANA LOUIS.

"What the hell" Ezhan memandang Diana Ariffin yang sedang bergaya dengan pakaian terlekat pada badannya. Dia boleh ingat setiap rekaan pakaian kerana selama beberapa hari ini, Ezhan lah yang melihat Kyra menggayakan pakaian yang sama menerusi lense kameranya.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now