tiga puluh

340 47 15
                                    

Amsyar rasa ingin menggosok matanya berkali-kali sebelum dia mengemukakan kata-kata yang seterusnya kepada Hana yang sedang berdiri betul-betul di hadapannya saat ini. Adakah ini betul atau mimpi? Suara Hana tidak terkeluar tetapi wajah Hana nampak bersinar.

Mungkin Amsyar boleh memanggilnya sebagai sinaran masa hadapan.

Bagaimana Hana boleh tiba-tiba muncul di Langkawi, di Villa ini dan di hadapannya saat ini? Kenapa Amsyar rasa mahu melompat bintang? Rasa penat yang menyelubungi seluruh badannya kini hilang. Amsyar rasa yang mulutnya akan menjadi penat akibat tersenyum.

Kakinya bagaikan ingin menari Tap Dance dan pinggangnya bergoyang ala-ala penari Salsa. Ini ke kita panggil Euphoria? Amsyar tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perasaan gembira yang datang secara melulu, mengalir di dalam seluruh badannya saat ini

"Are you listening? Encik Amsyar?" suara Hana menarik Amsyar kembali ke realiti. Amsyar mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum mengangguk.

"Yes. I'm sorry, yes, I'm listening. You were saying..." Amsyar mengerutkan dahinya seolah-olah masalah yang dihadapi mereka saat ini merupakan masalah terbesar di dalam hidupnya. Dia berpeluk tubuh sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

Hana memerhatikan Amsyar seketika sebelum melepaskan keluhan berat. "You're weren't listening." ujarnya lalu memejamkan matanya dengan dahi yang berkerut. Jelas sudah lali dengan habit Amsyar yang tidak pernah berubah.

"Sorry, it's the ADHD." ujar Amsyar perlahan.

"Yup." Hana membalas. Dia bercekak pinggang sebelum memandang langit yang terlebih cerah pada hari itu. Mungkin memikirkan semula keputusan dia datang ke sini.

"Owner tengah on the way. Aku rasa dia makan coklat banyak sangat la sampai boleh messed up booking kita." Jo yang baru sahaja menamatkan panggilan dengan pemilik Villa tersebut melangkah mendekati sambil berpeluk tubuh.

"Dia cakap apa?" soal Amsyar.

"Dia accept booking kita minggu lepas sebab lupa yang dah ada orang booking tarikh yang sama. Dia kata dia terlepas pandang." balas Jo.

"Boleh pula macam tu ek" Darwish bersuara sambil menggelengkan kepalanya.

"This is ridiculous." komen Hana pula. Dia berpusing memandang anak-anak buahnya yang sedang duduk di meja kopi yang tersedia di halaman Villa itu dengan bagasi masing-masing. Wajah mereka kelihatan muram dan risau, bagaikan takut yang bos mereka akan meletup bila-bila masa sahaja.

Amsyar juga boleh nampak Kyra Alisha yang sedang berdiri berpeluk tubuh sambil menayang wajah yang jengkel. Di sebelah gadis itu, kelihatan Ezhan Harris, teman lelaki Hana sedang berdiri sambil matanya tidak lepas memandang Hana.

Memang Hana bawa satu team terus.

Tidak lama kemudian, pemilik Villa dua tingkat tersebut akhirnya sampai. Lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an itu berkali-kali meminta maaf sambil dia menjelaskan perkara yang sebenar. Tak jadi Amsyar ingin mengamuk apabila melihat wajah pakcik itu. Hana pula hanya melepaskan keluhan berat.

Amsyar bercekak pinggang sambil dia memandang Hana buat seketika. Gadis itu menguak rambutnya ke belakang sambil memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang dianggap mengarut ini. Nak tak nak, Amsyar terpaksa meluahkan apa yang berada di dalam fikirannya.

"Hana, can I have a second?" soal Amsyar. Dia tidak mengendahkan Jo dan Darwish yang sedang memerhati.

Hana memandang Amsyar buat seketika sebelum akhirnya mengangguk. Maka Amsyar dan Hana berjalan sedikit berjauhan dari Jo dan Darwish dan team Hana.

"What is it?" soal Hana.

"Tengok pun dah tahu, that this is an honest mistake. Nak tak nak, either you have to find someplace else to stay for tonight or..." Amsyar berhenti untuk berfikir seketika. Ya, dia cuba untuk berfikir terlebih dahulu sebelum memukakan apa yang berada di dalam fikirannya. Demi tidak mahu dihentam oleh Hana.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now