sebelas

396 65 14
                                    

Aulia meletakkan minuman di atas meja. Sempat dia berbalas pandangan dengan Hana sebelum dia mengerling ke arah Ezhan buat seketika.

"Tea, right?" tukas Aulia.

Ezhan mengangguk lalu menawarkan senyuman. Kemudian, Aulia melangkah keluar. Suasana sunyi buat seketika. Hana tahu yang Ezhan sedang cuba membaca fikirannya. Seperti selalu.

"Nice office" Ezham bersuara akhirnya.

Hana tidak membalas.

"Kenapa you tukar fikiran?" soal Hana. Dia memerhatikan Ezhan yang menyisip minumannya. Wajah tenang lelaki itu membuatkan Hana tidak senang.

"Sebab Kyra?" soal Hana lagi apabila Ezhan tidak menjawab.

"Sebab miss Hana." Ezhan membalas.

"What?"

"Saya tukar fikiran saya sebab miss Hana." Ezhan mengulang kata-katanya tadi. Hana diam. Dia memandang Ezhan lama. Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan Hana ingin tersengih juga. Dia tidak suka.

"Apa maksud encik Ezhan sebenarnya?" soal Hana dengan kerutan di dahi.

"Miss Hana membuatkan saya tertarik dengan projek ni." Ezhan berkata lagi.

Hana melepaskan keluhan kecil. "I am being serious right now encik Ezhan."

"Me too miss Hana. I am serious about this project."

Hana diam lagi.

"Sebab saya tukar fikiran penting ke miss Hana? Apa yang penting sekarang ni ialah EZY Studio akan setuju menerima offer projek ni so, you don't have to kick us out anymore. We can keep the unit, right?"

Sudah tentu. Stuido mereka.

Hana memandang Ezhan buat seketika sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman. "Of course. I am glad that you made the right choice, encik Ezhan."

Ezhan membalas senyuman Hana walaupun dia tahu yang senyuman itu tidak ikhlas. Tidak benar. "Me too" balasnya. Ezhan tahu yang Hana sedang cuba mengesan apa yang berada di dalam difikirannya. Dia tidak mahu memberi peluang untuk gadis itu untuk tahu apa-apa.

Mereka diam lagi.

"Very well, should we talk about the contracts then?" soal Hana. Kembali profesional. Dia perlu berhenti memikirkan Ezhan Harris sebagai lelaki yang pernah menemaninya di atas bumbung semasa hari hujan atau lelaki yang pernah mengajaknya makan kek.. semasa hari hujan juga. Ezhan Harris yang berada di hadapannya saat ini akan menjadi rakan sekerjanya tidak lama lagi.

"Sure" balas Ezhan.

Kemudian, Hana memanggil dua orang stafnya masuk membawa kontrak dan fail projek yang akan dilakukan. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Gadis bertubuh kecil itu Ezhan sudah kenal, Aulia. Staf yang lelaki itu pula memperkenalkan dirinya sebagai Darwish.

Darwish dan Aulia menerangkan tentang kontrak mereka kemudian, tentang projek yang akan dijalankan. Hana akan menyampuk bila perlu. Seperti bos. Melihat Hana di hadapannya saat ini membuatkan Ezhan berasa sesuatu di dalam hatinya. Gelagat Hana yang serius dan profesional menarik perhatiannya. Jika Yuna dan Adam tahu, mereka mungkin sudah lempang Ezhan sehingga melayang ke langit ayah pin.

"So setakat ni, ada apa-apa soalan encik Ezhan?" soal Darwish dengan senyuman. Ezhan sedikit terpesona dengan senyuman kacak lelaki di hadapannya ini. Ah, risau. Ezhan menggeleng. "For now, no. Everything is great" balasnya.

"Great! If takde apa-apa, encik Ezhan boleh sign dekat sini. This one is for us and then I will give you a copy of the project file so you can baca dengan lebih detail nanti" Aulia bersuara pula. Ezhan mengangguk lagi. Tangannya mencapai pen yang dihulurkan oleh Aulia. Dia memandang kontrak itu buat seketika. Mengharapkan yang dia tidak akan menyesal dengan keputusan yang dibuatnya kelak.

Because She's PrettyTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang