dua puluh

426 64 19
                                    

Pada pagi yang cerah ini, Hana masuk ke ofis dengan bom di tangannya. Bila-bila masa sahaja bom itu akan meletup dan kerana itu, pekerja-pekerja di HANA LOUIS langsung tidak mahu mengambil risiko mendekati bos mereka. Mata mereka memandang Hana yang melangkah dengan penuh rentak di hadapan mereka.

"Any update?" Hana melangkah masuk tanpa mengendahkan staf-stafnya yang sudah berdiri. Aulia hanya mengikut dari belakang sambil kalut membelek tabletnya.

"N-no miss Hana. Mr. Edward gone MIA while Miss Tiana and Mrs Lou tak nak jumpa kita." balas Aulia.

Hana menghembuskan nafas kasar. Dasar pengkhianat! Hana meletakkan beg tangannya ke atas meja dengan geram membuatkan bahu Aulia terhenjut seketika. Gadis itu menelan air liur kasar.

Hana diam seketika. Berfikir.

Aulia mengharapkan yang fikiran Hana tidak melalut sampai ingin membakar rumah pereka-pereka yang telah membelakangi mereka itu atau apa. Risau lah.

"Meeting. Now." Hana berkata akhirnya.

Aulia mengangguk akur lalu dia terus berpusing dan melangkah keluar. Ingin memberi notis kepada semua rakan sekerjanya.

Sebaik sahaja semua sudah berada di dalam bilik mesyuarat, Hana berdiri di hadapan meja panjang itu lalu dia membongkok sedikit sambil kedua belah tapak tangannya berada di atas meja. Setiap wajah pekerjanya dipandang tajam.

"We need to contact the designers as soon as posssible. They may have something to say about this incident." Hana membuka bicara.

Macam mana dia boleh tahu? Kerana benda pertama yang di sedar apabila dia menjejakkan kaki di KL ialah seorang pun pereka-pereka bajunya tidak datang mengamuk. Seolah-olah pakaian mereka bukan baru sahaja diciplak oleh syarikat lain. Melainkan, mereka telah berjabat tangan dengan syarikat tersebut.

Walaupun Hana telah berjumpa dengan Mr. Edward, lelaki itu kelihatan lebih tenang daripada Hana jangkakan. Seperti sedang sorok sesuatu daripadanya.

"Apa maksud miss Hana?" soal Darwish akhirnya.

Hana berpeluk tubuh pula. "Maksud I, Mr. Edward, Miss Tiana dan Mrs Lou mungkin adalah penyebab kenapa design collection kita dicuri, encik Darwish." jawab Hana.

"Are you saying they betrayed us?" soal Marissa pula.

"Me. They betrayed me." Hana memikirkan tentang kesemua kemungkinan yang ada.

Tetapi, keputusan hanya satu. HANA LOUIS akan tetap jatuh.

.

.

Hana berpusing pada kerusi kerjanya sambila bibirnya mengemam pen di tangan. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam dan Hana masih berada di meja kerjanya. Dengan dokumen dan kertas berselerak di sana sini, Hana tekun merenung skrin komputer ribanya.

"Merde merde merde! Too many damage." Hana berkata lalu terus menutup komputer ribanya dengan kasar. Dia melentokkan kepalanya ke belakang lalu menutup mata. Memikirkan tentang segala kos yang perlu dibayar dan berpuluh mohon maaf yang perlu dibuat. Tidak termasuk lagi perangai-perangai para pengarah yang perlu dilayan.

Kali ini Hana rasa bagaikan ditampar pada muka. Mungkin dia layak ditampar. Mungkin dia perlukan lebih tamparan. Apa yang Ezhan katakan padanya tempoh hari mungkin betul. Hana terlalu kusyuk dengan dunia sendiri sehingga tidak sedar akan dunia luar.

Hana terlalu memikirkan tentang plannya untuk membalas dendam pada Diana Ariffin sehingga terlupa sebab utama dia membuat projek ini. Dan mungkin dia telah terlalu memandang remeh kepada Diana Ariffin dan PERMATA. Kan dah kena pijak.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now