tujuh belas

383 64 7
                                    

Hana menutup zip bagasinya lalu mengangkat beg pakaian itu turun daripada katil. Dia memandang di sekeliling biliknya buat kali terakhir sebelum dia menarik beg pakaiannya keluar. Harini ini merupakan hari mereka bertolak untuk business trip yang telah dirancang oleh dia, Aulia dan Darwish.

Tidak lupakan juga beberapa lagi staf Hana yang turut mengambil tempat dalam perancangan lawatan itu.

Seminggu berlalu di antara hari yang sibuk dan mesyuarat demi mesyuarat yang dilaksanakan untuk menyempurnakan projek yang telah dirancang oleh syarikat HANA LOUIS dan akhirnya, mereka secara rasminya memulakan projek tersebut.

Hana memandang Darwish yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar pada keretanya. Sesekali lelaki itu mengerling ke arah jam tangannya. Hana terus mengangkat begnya menuruni tangga. Sempat dia memandang pintu EZY Studio yang terkunci. Keadaan di dalam studio itu masih gelap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

Ini kerana mereka semua sudah bersetuju untuk berkumpul di hadapan bangunan syarikat HANA LOUIS sebelum bertolak ke destinasi yang ingin dituju.

Darwish yang melihat kelibat Hana terus berlari anak dan mencapai bagasi gadis itu. Dia memberikan senyuman sambil menyapa gadis itu. Hana hanya mengangguk kecil lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta Darwish dan bergerak pergi.

"You know you're not supposed to come right" Darwish bersuara. Sebelah tangannya memegang stereng manakala tangan kiri pula membetulkan kedudukan penghawa dingin keretanya. Darwish berkata begitu kerana Hana ialah CEO kepada syarikat. CEO selalu tak ikut lah dalam benda-benda macam ni.

Tetapi ini Hana Elleara. Dia mahu semua berjalan dengan lancar dan sempurna. Sem. Pur. Na.

"Encik Ezhan Harris ada bagitahu ke berapa orang dia bawa dalam team?" soal Hana sambil mata memandang ke luar tingkap. Sengaja membiarkan kata-kata Darwish tergantung sepi. Matanya sibuk memerhatikan suasana di luar tingkap. Pagi-pagi lagi bandar Kuala Lumpur sudah bangun berdiri dan bangkit untuk memulakan hari.

"Lima orang. So, kalau termasuk Ezhan, Yuna dan Adam, team sana ada lapan orang kesemuanya" jawab Darwish sambil matanya melekat pada jalan raya yang sudah mula berkurumun dengan kereta walaupun hari ini merupakan hari Sabtu.

Hana dan Darwish tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan ke syarikat mereka. Sampai di sana, Hana boleh lihat Ezhan dan para kru nya sedang membawa turun peralatan mereka daripada sebuah van mini bewarna biru laut. Dapat dia lihat dari jauh Adam dan Yuna yang sedang bertekak, seperti biasa.

Kemudian, tidak jauh dari mereka terdapat Aulia sedang berdiri sambil memegang beg pakaian rodanya. Gadis itu sedang membaca sesuatu di tabletnya. Darwish mengambil tempat letak kereta di bawah tanah.

Hana mengikut langkah Darwish yang sedang berjalan ke tempat kumpul mereka sambil memandang sebuah bas mini sedang terletak di hadapan bangunan. Mereka semua sudah bersetuju untuk menyewa sebuah bas untuk memudahkan perjalanan.

"Aulia!" Panggil Darwish mendapat perhatian semua orang di situ.

Aulia menoleh dengan senyuman.

"Morning Darwish, morning miss Hana" Yuna menyapa mesra pula. Darwish membalas sapaan mereka dengan mesra juga.

Hana hanya memberikan anggukan kecil. Dia memberanikan matanya untuk memandang Ezhan. Lelaki itu sedang memandangnya juga. Selepas dua saat bertentangan mata, Hana melarikan pandangan ke arah lain. Sedar yang Ezhan masih lagi memandangnya. Lelaki itu seolah-olah ingin mengatakan sesuatu kepadanya tetapi Hana hanya tunduk memandang kasut.

Kasut sukan. Supaya tiada siapa boleh membelikan dia kasut baharu nanti.

Sudah seminggu Hana tidak bercakap atau bersua muka dengan Ezhan sejak mesyuarat terakhir mereka dengan team EZY Studios minggu lepas. Ini kali pertama Hana melihat wajah Ezhan selepas seminggu dan dia tidak boleh tipu, mata coklat cair lelaki itu masih teramatlah memukaukan.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now