satu

2.8K 161 36
                                    

Hana Elleara berjalan melepasi pintu masuk tanpa mengendahkan sapaan dan senyuman mesra di sekelilingnya. Bibir mereka tetap tersenyum lebar walaupun mereka tahu yang gadis bermuka ketat itu tidak akan membalas sapaan mereka. Bunyi tapak kasut tumit tinggi Hana yang berdetak di lantai bagaikan tanda amaran kepada pekerja-pekerja syarikat HANA LOUIS untuk menjauhkan diri mereka daripada makhluk yang dianggap berbahaya ini.

Sampai di hadapan lif, Hana menekan butang naik. Beberapa orang yang berdiri di sebelah Hana melangkah menjauhkan diri. Hana menoleh memandang mereka membuatkan mereka terus memalingkan wajah masing-masing dan memandang ke tempat lain. Tidak mahu bertentangan dengan sepasang mata bewarna hazel milik Hana Elleara.

Sudah tentu lah mereka berani tersenyum kalau Hana sedang berjalan sahaja. Apabila Hana berdiri dekat, mereka mula dapat rasakan bulu roma yang mula menegak.

Bibir Hana sempat mengukirkan senyuman sinis.

Pintu lif terbuka. Tanpa melengahkan masa, Hana melangkah masuk dan menyedari bahawa dia seorang sahaja yang berdiri di dalam lif itu. Hana berpeluk tubuh lalu memandang wajah para pekerjanya.

"Silakan masuk" ujar Hana.

Terus mereka menggelengkan kepala. "Eh takpe lah Miss Hana. We can wait for the next one." seorang gadis berkata tanpa memandang wajah Hana.

Hana mengangkat bahu lalu menekan butang untuk tutup pintu lif.

Posisi Hana Elleara sebagai CEO bukan sahaja sebab mengapa dia digeruni oleh orang. Para pekerja di syarikat ini memanggil Hana dengan gelaran Miss Devil kerana sikap Hana yang dianggap kejam, jahat, dan menakutkan. Beberapa orang menganggap yang Hana tidak lagi mempunyai hati dan perasaan.

Hana hanya mampu ketawa. Mereka tidak salah. Miss Devil kedengaran amat sesuai dengan perangainya.

Pintu lif terbuka di tingkat atas sekali. Tingkat 20. Hana melangkah keluar dan berjalan mendekati pintu pejabat yang berkaca itu. Tangannya menguak rambut panjangnya ke belakang lalu kakinya berhenti. Mata Hana mengimbas ruang dalam ofisnya.

Hana tersenyum sinis melihat pekerja-pekerjanya sedang seronok bergoyang kaki semasa ketiadannya. Mereka bergelak ketawa memikirkan yang Hana masih berada di Jepun. Dia hanya menghilang seminggu sahaja dan huru-hara sudah melanda syarikatnya. Terus Hana mengeluarkan kad identitinya dan diimbas pada mesin pengimbas yang terletak di sebelah pintu itu. Pintu gelangsar kaca itu terbuka secara automatik.

Hana melangkah masuk sambil menghentakkan kasutnya ke atas lantai dengan kuat.

"Miss Dev- Miss Hana!" salah seorang pekerja Hana berkata.

Terus empat orang manusia yang sedang bergelak ketawa tadi berdiri dan berbaris di hadapan Hana. Hana memerhatikan mereka. Dia mempunyai enam orang staf di bawahnya dan nampaknya dua orang pekerjanya tiada. Masing-masing hanya memandang lantai. Tidak berani mengangkat kepala.

Seorang demi seorang wajah pekerjanya dipandang.

"Look at you guys. What a fucking sight." Hana bersuara. Tajam dan sinis.

Mereka diam.

"I hilang seminggu je and look what the fuck happened" Hana mencampak sebuah fail yang sudah ronyok dan rosak di atas meja berdekatannya. Dia hampir menghancurkan fail itu dengan tangannya sendiri.

Jia Hui, seorang gadis berbangsa Cina mencapai fail itu dengan teragak-agak. Fail itu dibuka dan beberapa kertas dikeluarkan lalu dibaca. Seketika kemudian, Jia Hui memejamkan matanya dengan kerutan di dahi.

Marissa Zulkarnain, wanita yang bertudung litup dan berusia lebih tua daripada Hana mencapai kertas di tangan Jia Hui.

"Miss Hana, we have done everything we could to prevent-"

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now