tiga puluh enam

236 38 13
                                    

Bunyi petir berjaya menarik Ezhan kembali ke realiti. Dia terus berdiri tanpa melepaskan pandangan daripada Hana yang juga ikut berdiri. Mata gadis itu ditenung lama. Ini mungkin kali pertama Ezhan lihat sepasang mata hazel terdesak ingin mengatakan sesuatu.

"Encik Azman is giving you guys a hard time huh?" soal Hana di saat matanya turun pula memandang kertas-kertas kerja di tangan Ezhan. Mata bewarna hazel itu kini kelihatan sayu.

Ezhan mengetap bibirnya lalu mengangkat bahu. "Sikit. We are kinda.. lost without you," ujarnya perlahan.

Bibir cantik Hana mengukirkan senyuman kecil dan Ezhan mahu mengekalkan senyuman itu sampai bila-bila, jika dia mampu.

Bunyi petir kali ini kuat, menyentakkan Hana. Tangan Ezhan spontan menekup kedua belah telinga Hana, bagaikan habit yang tersemat di dalam memorinya. Ezhan dapat rasakan seluruh tubuh Hana membeku. 

Tangan Hana mengenggam jaket yang dipakai Ezhan dengan erat, menarik Ezhan dengan lebih dekat. Bagaikan ringan seperti angin, Ezhan maju ke hadapan mendekati Hana.

"You tak rindu I ke?" soal Hana lembut. Mata gadis itu tidak letih mencari mata Ezhan. Tidak letih untuk meminta lebih. More. Something.

Air liur ditelan kasar sebelum Ezhan melarikan pandangannya ke arah lain. Dia mahu menjawab. Sangat terdesak ingin menjawab. Tetapi Ezhan tahu yang jika dia berhenti sekarang, dia tidak akan dapat untuk memulakan semula. Tangannya yang masih menekup telinga Hana ditarik semula dan dia dapat lihat cahaya yang menghilang daripada wajah gadis itu.

"I have to go" Ezhan berkata perlahan. Dia melepaskan tangan Hana yang memegang jaketnya sebelum mula membuka langkah untuk pergi.

"Three times!" Hana berkata, menghentikan langkah Ezhan. Dia berpusing ke belakang, memandang Hana dengan pandangan kaburnya. 

"I akan tanya you tiga kali je Ez. The reason why we broke up. If by the third time you still don't give me an answer, I akan give up. I will accept it and move on." Hana menyambung.

Jantung Ezhan mula berdetak dengan lebih laju. Suara gadis itu perlahan untuk dibandingkan dengan bunyi hujan yang turun tetapi entah kenapa, Ezhan dapat dengar dengan jelas dan sempurna.

"Hana-"

"I tak nak Amsyar. I nak you, Ezhan Harris." Hana memotong. Kaki gadis itu mula melangkah mendekati Ezhan dan dalam sekelip mata, Ezhan kembali berada di bawah payung gadis itu.

"Kalau I cakap I nak you, maksudnya I nak you jugak. You still can't tell me what to do, so..." Hana menarik tangan Ezhan lalu memberikan payungnya. Kemudian, Hana mula berjalan ke belakang sambil menutup kepalanya. Sebuah senyuman penuh makna terukir di bibir gadis itu.

"Balik nanti mandi air panas ye sayang. Jangan demam!" Hana berkata lagi sebelum berpusing dan berlari masuk ke bangunannya.

Ezhan tidak sedar yang mulutnya sudah terbuka luas.

.

.

Hana memeluk lutunya sambil merenung ke luar tingkap. Hujan masih lebat membasahi bumi pada malam itu. Kepalanya tidak berhenti memikirkan pertemuannya dengan Ezhan tadi. Hana tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat betul ada tidak. Kalau dia betul-betul akan kehilangan Ezhan macam mana? Kalau Ezhan memang betul-betul sudah tidak sayang padanya macam mana?

Perkara yang dia sepatutnya fikirkan ialah syarikatnya yang berada di tangan orang lain saat ini tetapi kepalanya akan berpusing-pusing sampai ke Ezhan juga. 

Hana menoleh memandang komputer riba di atas meja kerjanya pula. Sudah hampir sebulan dia dilucutkan jawatan sebagai CEO dan Hana tidak nampak satu pun perubahan pada syarikatnya. Jualan mereka semakin berkurang walaupun orang sudah melupakan berita tentang dia, Ezhan, Kyra dan Amsyar. 

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now