tiga puluh dua

368 48 15
                                    

Kaki Hana tidak berhenti ke hulur dan ke hilir di dapur restoran Amsyar sambil mengiggit kuku, menunggu ketibaan Aulia yang dia dengan tidak sengajanya telefon kerana Hana tidak tahu nak buat apa. Amsyar yang bersandar pada kaunter kerjanya, berpeluk tubuh sambil mata lelaki itu tidak lepas memerhatikan Hana. Wartawan yang masih berkurumun di luar restoran membuatkan Hana dan Amsyar tersekat di sini.

"What is it? What do you think is the story that they've created?" Hana bersuara perlahan. 

"It's obvious." balas Amsyar membuatkan Hana menoleh memandang lelaki itu, meminta penjelasan yang lebih lanjut. 

Melihat wajah serius Hana, Amsyar menyambung. "They know Kyra and Ezhan have a history together. They used that to make it look like Ezhan cheated on her with you. She's the victim in the story."

"And I'm the villain." sambung Hana.

Langkah Hana terhenti apabila Aulia muncul di muka pintu pejabatnya. Gadis itu yang  terkejut dengan wartawan yang berkerumun di luar lebih terkejut melihat susuk tubuh Amsyar sebaik sahaja dia membuka pintu dapur restoran Amsyar.

"Give me a quick summary." Hana berkata sebaik sahaja dia bertentangan  mata dengan Aulia.

Aulia terus membuka tablet di tangannya. "Gambar Ezhan dan cik Kyra dah tersebar di seluruh internet and the media is making up their own stories. It sounds like they made you the third person who ruined their relationship. Purposely." Aulia menghulurkan tablet di tangannya kepada Hana.

Sebuah artikel terpapar di skrin tablet tersebut.

KYRA ALISHA'S CONTRACT WITH HANA LOUIS IS TO CLAIM HER THRONE OR A SWEET REVENGE?

"Mereka buat macam kontrak Kyra dengan syarikat ni hanya lah untuk merampas balik Ezhan dan teman lelaki Kyra Alisha yang sekarang, pelakon Azeem Qairi ialah hanya untuk menutup kisah sebenar." sambung Aulia.

HUBUNGAN KYRA ALISHA DAN AZEEM QAIRI HANYA LAH SEBUAH PENIPUAN?

"Gambar miss dan Ezhan juga... sudah tersebar."

Hana mengeluh berat. Dia memerhatikan setiap gambar dia dan Ezhan yang sedang bergembira sambil berpegang tangan, gelak ketawa bersama. Dia Hana Elleara, dia sudah biasa dengan gambarnya tersebar di seluruh interet. Namun, Hana tidak pasti dengan Ezhan. 

"Mereka dibayar." Amsyar bersuara.

"Apa maksud you? Are you saying someone paid them to create these rumors?" soal Hana.

"Most likely. They're having a blast right now. Another scoop to feed the society. Orang-orang ni tak kisah sama ada apa yang mereka telah sebarkan betul atau tidak" Amsyar menjawab. "Dan kalau tengok gambar cik Kyra dan Encik Ezhan yang dah tersebar tu, it is most likely it was leaked from an insider."

"I agree." Aulia berkata.

Hana berpeluk tubuh, Aulia dipandang lama. "You nak cakap yang Kyra sendiri sebarkan gambar dia dan Ezhan?"

"There's a possibility." Aulia membalas.

"Or it could be..." Amsyar bersuara perlahan.

Hana terus mencerlung tajam ke arah Amsyar. "Ezhan would never do such things." 

"Let's not leave out any possibility." Aulia berkata.  

Hana menelan air liurnya kasar. Perasaan marah semakin membuak di dalam dirinya. Nafas ditarik sebelum dia mula mendail nombor Ezhan. Hana tidak tahu sama ada lelaki itu sedar atau tidak dengan situasi sekarang ini tetapi dia takut. Dia takut ingin melihat reaksi Ezhan.

Nombor yang anda dail-

Hana mencarut perlahan. Dia mencuba lagi sekali, dan masih gagal.

"Where the hell is this guy" Hana mengumam perlahan.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now