lapan

391 63 9
                                    

Ezhan berdiri di tengah-tengah studionya seperti tiang lampu sambil matanya memandang Adam dan Yuna silih berganti.

"Serius? Serius weh? Kau tak main-main?" Adam bersuara dengan kerutan di dahinya.

Ezhan melepaskan keluhan panjang lalu dia mengeluarkan sekeping kad bisnes yang diberikan oleh CEO HANA LOUIS, Hana Elleara tempoh hari.

"CEO of HANA LOUIS, reached out to us? To work together? With us? Kau biar betul Ez" Adam merampas kad bisnes di tangan Ezhan lalu dia membaca setiap bait perkataan yang tertera di kad itu berkali-kali.

"With Kyra Alisha?" Yuna pula menyoal.

Ezhan mengangguk sekali. Dia menguak rambutnya ke belakang lalu melepaskan keluhan lagi. Ezhan kemudiannya duduk di hujung meja kerjanya dan memandang Adam, kemudian menoleh memandang Yuna, kemudian Adam dan akhirnya ke arah Yuna semula.

"Yes."

"No."

Serentak Adam dan Yuna berkata. Terus mereka berdua bertentangan mata dan memandang sesama sendiri dengan pandangan tajam.

"No. Aku tak nak kerja dengan Kyra Alisha. I don't even want to breathe in the same air as her" Yuna berkata dengan tegas.

"Tapi projek ni peluang keemasan kita untuk kembangkan studio ni. Think, HANA LOUIS bukan syarikat biasa-biasa." Adam membalas.

Mata Yuna terbeliak sambil memandang Adam. "Peluang Keemasan kepala father kau. Kau nak ke kerja dengan Kyra Alisha? Sanggup kau nak hadap perempuan yang dah khianati kita tu?" balas Yuna.

"Tak. Aku pun tak nak kerja dengan Kyra Alisha but this is our chance Yuna. Kita kan profesional, small things can handle laa" Adam tidak mahu mengalah.

"Nope. Kita boleh cari projek lain. Banyak lagi peluang in the future. It doesn't have to be this one" Yuna menggeleng laju.

"Please, ada ke projek yang sebagus projek yang sedang ditawarkan ni? Kita tak boleh tolak rezeki weh"

"Banyak lagi rezeki kat luar sana, Adam"

"Kita bersyukur dulu dengan rezeki ni boleh tak"

"No. My answer is no."

"Fine, kau tak nak sudah. Itu masalah kau ke masalah aku? Masalah kau"

"Woi!"

"Ape!

"Ehh sudah sudah!" Ezhan akhirnya bersuara kuat. "Benda ni aku bagitau korang untuk kita bincang, bukan bergaduh." sambung Ezhan. Dahinya berkerut jelas menunjukkan yang dia juga serabut dengan situadi ini.

"Don't do it, Ez. Cuba fikir. It's obvious that Kyra planned all of this. Dia gunakan alasan projek tu untuk berbaik semula dengan kita." Yuna berkata sambil dia berjalan mendekati Ezhan.

"Kau dah janji yang haritu, ialah hari terakhir kau berjumpa dengan Kyra Alisha, kau ingat tak?" Yuna menaikkan jari telunjuknya tepat pada wajah Ezhan. Ezhan mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum dia melangkah setapak ke belakang.

"There's no way.. Why would Kyra Alisha 'plan' this project?" perlahan Adam menyoal

"Like I said, to get us back. More specific, to get Ezhan back. Kau ingat semua ni kebetulan ke?" Yuna menoleh semula ke arah Adam.

"Kenapa syarikat seperti HANA LOUIS nak kerja dengan studio biasa-biasa macam kita ni? Why would the CEO sendiri, Hana Elleara tu jumpa Ezhan secara bersemuka kalau bukan sebab Kyra Alisha?" ujar Yuna lagi.

Ezhan tunduk memandang kasutnya. Kepalanya mula memikirkan tentang setiap pertemuannya dengan Hana sebelum ini. Adakah semua pertemuan mereka betul-betul kebetulan?

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now