dua puluh dua

490 64 34
                                    

Ezhan menekan butang kunci pada kunci keretanya sebelum mengorak langkah mendaki tangga di BRC. Cuaca di pagi itu sungguh cerah dan ceria. Sempat dia menyanyi kecil sebelum langkahnya terhenti.

Mata Ezhan memandang keychain yang sedang tergantung di tombol pintu studionya. Dia terkedu.

Keychain berbentuk huruf H. Keychain milik Hana yang pernah dia ambil suatu ketika dahulu kerana dia memerlukan sebab untuk berjumpa dengan gadis itu lagi. Keychain yang sama Hana pernah ambil semula kerana ingin menolaknya jauh. Kini  keychain itu sedang tergantung di tombol pintu studionya.

Perlahan-lahan bibir Ezhan mengukirkan senyuman yang paling lebar. Dia mencapai keychain tersebut lalu diangkat ke langit yang cerah pada pagi itu. Keychain berbentuk huruf H itu tampak bersinar di bawah sinaran matahari.

Dengan senyuman masih di bibir, Ezhan memasang keychain tersebut pada kunci keretanya. Kemudian, Ezhan mengangkat semula kunci keretanya dan menangkap gambar menggunakan telefon bimbitnya.

"Welcom back sayangku" Ezhan sempat mencium keychain itu.

"Hoi"

"MAK KAU ROKIAH!" Ezhan melatah apabila Yuna tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya.

"Mak aku bukan Rokiah" Yuna berkata selamba lalu berpeluk tubuh. Sempat dia mengukirkan senyuman nakal. Matanya memandang keychain yang terlekat pada kunci kereta Ezhan.

Ezhan pantas menyimpan semula kunci keretanya.

"Ohhhhhhhh" Yuna teriak pula.

"Diamlah kau." Ezhan tidak mengendahkan kening Yuna yang sudah berjoget-joget seperti ulat bulu gatal belakang. Dia terus membuka pintu studionya dan melangkah masuk.

"OhhHHhhHhHH" Yuna mengikut langkah Ezhan. Sedar yang pipi rakannya itu sudah bertukar warna. Tidak dapat menahan sengihan di bibirnya, Yuna terus menarik keychain yang tergantung di poket seluar Ezhan.

Kemudian, Yuna lari sepantas kilat.

"Keychain huruf H ni bukan untuk Harris rupanya!!" jerit Yuna sambil dia berlari sekeliling studio itu dengan kunci kereta milik Ezhan di tangannya.

"Yuna!!" Ezhan tidak perlu lari untuk mengejar langkah Yuna yang tidak sebesar langkahnya.

Yuna berhenti berlari lalu dia menoleh memandang Ezhan. Kunci kereta yang terlekat dengan keychain itu diangkat.

"Apa maksudnya ni? Korang....?" soal Yuna dengan senyuman senget.

"Sibuklah!" Ezhan terus merampas kunci keretanya daripada pegangan Yuna. Tidak mengendahkan tawa Yuna yang sudah memenuhi seluruh studio itu. Gadis itu kemudiannya menepuk dengan penuh teruja. Suka betul.

"Cayalah Ezhan! Selepas kena reject beberapa kali-"

Ezhan terus mencerlung ke arah Yuna dengan tajam. Sengaja je rakannya itu mengungkit semula benda yang sudah lepas.

Yuna terus mengetap bibirnya. Sengihan masih terukir.

"Siapa yang kena reject?" Adam menyoal sambil dia melangkah masuk ke dalam studio.

Ezhan memberikan Yuna pandangan berbaur amaran yang Yuna sudah semestinya akan abaikan lalu gadis itu terus membuka mulutnya seluas-luas tasik buatan Titiwangsa.

"Ezhan dah ada girlfriend!" Yuna berkata tanpa dapat ditahan. Terus kening Adam terangkat. Mulutnya terbuka. Ezhan dipandang buat seketika.

Kemudian, Adam menayang sengihan lebar. Ezhan terus menggeleng dan melangkah ke meja kerjanya. Malas mahu melayan. Bunyi-bunyi usikan Yuna dan Adam memenuhi ruang telinga Ezhan di saat dia membelek sebuah fail di tangannya.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now