dua

897 79 11
                                    

Ezhan mengerdipkan matanya beberapa kali. Gadis yang sama Ezhan jumpa tiga tahun lepas sedang berdiri di hadapannya. Di tempat yang sama, posisi yang sama dan waktu yang sama. Sewaktu matahari sedang terbenam. Sunset.

Tiga tahun lepas, selepas hujan berhenti, Ezhan mendapat panggilan telefon daripada ibunya. Dia terus pergi meninggalkan gadis itu tanpa mengambil jaketnya kembali. Mata gadis itu masih nampak cantik di mata Ezhan. Berbanding dengan tiga tahun lepas, gadis yang berada di hadapan Ezhan sekarang nampak lebih kuat dan berkeyakinan.

Namun, ini bukan kali kedua dia berjumpa dengan gadis ini. Ini ialah kali ketiga. Kali kedua dia berjumpa dengan gadis bermata hazel ini ialah sewaktu tengah hari tadi. Semasa gadis itu sedang bercakap dengan pelakon terkenal Diana Arrifin, Ezhan tercegat di hadapan pintu studio mendengar perbualan mereka secara tidak sengaja. Dia telah menyaksikan adegan tangan Diana Ariffin naik untuk menampar pipi gadis itu.

Kemudian gadis itu telah melanggar bahu Ezhan dalam perjalanan keluar dan telah menghancurkan kameranya di hadapan studio.

Ezhan tertanya-tanya, adakah gadis itu ingat dia? Lelaki yang telah berdiri di sebelahnya sambil dia menangis disebabkan lelaki yang disayanginya, meninggalkan dia tiga tahun lepas? Atau gadis itu cuma ingat dia yang dilanggar di hadapan studio Diana Ariffin?

"Excuse me?" Gadis itu bercekak pinggang pula. "Just because I'm pretty, tak bermakna yang you boleh ambil gambar I sesuka hati?" sambung gadis itu sambil memandangnya dari atas hingga bawah. Sebiji macam yang dia telah buat tiga tahun lepas.

Dan tidak,  nampaknya gadis itu tidak mengingati Ezhan. Tanpa sedar, Ezhan telah melepaskan keluhan kecewa. Wajahnya ini senang sangat untuk dilupakan ke? Cewah.

"Hello??" gadis itu memetik jarinya pula sambil mengerutkan dahi.

Ezhan mengerdipkan matanya. "Oh, maaf. I tak bermaksud nak ambil gambar you. Awan dekat sebelah sana tu cantik, so I.." Ezhan memberi alasan. Dia mengambil gambar gadis itu tanpa sedar kerana dia tidak sangka dia dapat melihat wajah yang dia pernah jumpa buat kali ketiga.

Gadis itu diam. Pipinya bertukar menjadi merah jambu. Alamak, Ezhan tersalah cakap ke?

"Tadi dia cakap sebab aku cantik.." gumam gadis perlahan. Dia menguak rambutnya ke belakang seolah-olah sedang menutup malu.

"I'm sorry. I didn't mean to-"

"By the way, macam mana you boleh naik atas ni? It's supposed to be locked." Gadis itu memandang tepat ke dalam anak mata Ezhan. Ezhan kaku seketika. Tidak sangka yang soalan sebegitu akan keluar daripada mulut gadis ni. Patutkah Ezhan beritahu yang dia mempunyai kunci kepada bumbung ini? Ezhan telah meminta kunci bumbung ini daripada pihak sekuriti dengan alasan ingin membuat penggambaran.

"Well...." Ezhan bersuara perlahan.

Gadis itu masih memandangnya tajam.

"I naik tadi memang tak terkunci.." balas Ezhan. Terpaksa menipu.

Gadis menyengetkan kepala. Jelas yang dia tidak percaya dengan kata-kata Ezhan.

"You ingat I nak percaya cakap you tu?" dia membalas.

Ezhan menggaru kepalanya pula. Hairan juga ada. Kenapa gadis itu kesah? "Then what about you? Kalau you tahu tempat ni akan terkunci, kenapa you naik juga?" giliran Ezhan pula menyengetkan kepalanya. Dia tidak tahu sama ada gadis itu memang ingin tahu atau sengaja ingin mencari gaduh.

"That's because...." gadis itu menghentikan kata-katanya. Ezhan mengangkat kening, menunggu kata-kata seterusnya daripada gadis itu.

"Forget it." gadis itu berkata lalu dia kembali memandang hadapan.

Because She's PrettyWo Geschichten leben. Entdecke jetzt