dua belas

396 56 18
                                    

Jantung Hana berubah rentak. Kepalanya tertanya-tanya, mengapa lelaki itu ada di sini? Mengapa, dalam tujuh bilion orang di muka bumi ini, mengapa dia? Mengapa Ezhan Harris?

Hana tidak tahu bagaimana mahu bertindak normal apabila Ezhan berada dekat dengannya. Seolah-olah terdapat orang asing yang sedang mengawal tubuh badannya, hanya apabila Ezhan Harris berada berdekatan. Dan kini, senyuman yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan Hana tidak tentu arah.

"Itu ke Kak Hana?" soal Ezhan kepada Izhan sambil dia membongkok memandang si kecil berumur 5 tahun itu. Izhan mengangguk laju. Masih menyorok di belakang kaki Ezhan.

"Wah, cantiknya kak Hana. Abang pun nak berkawan dengan kak Hana boleh?" Ezhan menoleh semula memandang Hana. Bibirnya masih tersengih. Suka betul? Hana memerhatikan Izhan melangkah ke hadapan Ezhan pula. Kepala budak kecil itu menggeleng laju.

"Mana boleh. Kak Hana Iz punya! Iz punya!" Si kecil itu berlari pula ke arah Hana lalu kaki Hana dipeluk erat. Matanya menjeling Ezhan tajam. Hana terus memegang tangan Izhan erat. Takut dia maraton ke tempat lain pula.

Ezhan tersengih geli hati sambil dia berjalan mendekati Hana. "Ala, kedekut lah Iz. Orang nak kawan je pun." ujarnya. Mata Ezhan memerhatikan Hana yang terang-terang sedang berfikir bagaimana ingin mengelak daripada bersembang sahur dengan Ezhan di koridor hospital ini.

"Abang pelik! Pergi lah cari kawan lain! Kak Hana kawan Iz" Izhan berkata lagi. Budak kecil itu tidak perlukan mikrofon kerana Hana dapat rasakan yang satu hospital boleh dengar suaranya.

Ezhan berdiri betul-betul di hadapan Hana.

"Tempat terakhir yang I sangka untuk bertembung dengan you ialah, hospital ni. What a surprise, miss Hana." Ezhan berkata.

Kalau tidak kuat, mahu bergetar jiwa Hana sebaik sahaja dia mendengar suara lelaki itu.

"Well, I memang penuh dengan kejutan." jawab Hana selamba.

"Setuju. When I thought I've seen everything, here you are surprising me with another one." Ezhan berkata. Kemudian dia memandang Izhan di dalam pegangan Hana.

"Siapa budak ni?" soal Ezhan.

Hana kemudiannya mendukung Izhan lalu memandang Ezhan dengan wajah pasifnya seperti selalu.

"Ni anak I, Muhammad Izhan. Surprise."

Senyuman Ezhan terus hilang. "Hah?"

Matanya memandang wajah serius Hana lama. Gadis itu tidak ketawa. Langsung tidak berkelip mata.

"A-anak you?" soal Ezhan lagi.

"Pft" Hana mula ketawa sinis apabila melihat wajah Ezhan berubah 360 darjah.

Ezhan menggaru kepalanya dengan wajah keliru pula. "Main-main pulak you ni" ujarnya.

Hana tidak mengendahkan Ezhan lalu dia menoleh memandang si kecil yang berada di dalam dakapannya.

"Iz, should we go back to the playroon? Nanti nurse Siti marah kalau kita keluar lama-lama" Hana berkata lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat wajah masam Izhan.

Ezhan pula terkedu. Dia telah menemui satu lagi versi Hana Elleara pada harini. Hana yang dilihatnya semalam dan harini teramatlah berbeza dan Ezhan dapat rasakan bulu romanya menegak. Matanya tidak lepas memerhatikan Hana yang sedang memujuk budak kecil itu untuk pulang dengan suara manja sambil tersenyum comel.

Sangat comel, Ezhan boleh cair walaupun di dalam hospital yang penuh dengan penghawa dingin ini.

Hana kembali menoleh memandang Ezhan. Senyuman gadis itu terus hilang. Wajah pasif, beku dan seriusnya kembali. "You buat apa dekat sini?" soalnya.

Because She's PrettyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora