dua puluh satu

449 71 27
                                    

Ezhan merenung Hana dan Hana merenung Ezhan. Mereka berdua sama-sama terkedu dengan kata-kata Hana sebentar tadi. Mata mereka bertentangan.

Bibir Ezhan bergerak untuk mengatakan sesuatu tetapi tiada perkataan yang keluar. Hana rasa ingin hentak kepalanya pada stereng kereta ini. Dia sudah tiada jalan keluar. Benda pun dah cakap. Ezhan pun sudah dengar. Ingin menyesal tiada guna. Hana tidak boleh menarik semula kata-katanya. Betul lah Ezhan cakap sebelum ini, Hana tidak fikir sebelum menyemburkan kata-kata. Cakap main lepas je!

Tiba-tiba, bunyi hon kereta dari belakang menarik Hana dan Ezhan kembali pada realiti. Hana terus menghadap ke hadapan semula dan menekan minyak memandu pergi. Ezhan juga bagaikan tersedar daripada mimpi.

Suasana di kereta menjadi sunyi sepi.

Hana memegang stereng keretanya dengan kuat. Tahan malu jap. Bibir diketap kuat. Menahan dirinya daripada membuka pintu dan lompat keluar dari kereta.

Ezhan pula mengelap peluhnya yang datang entah dari mana. Sikit punya kuat aircond di dalam kereta Hana ini, dia boleh pulak berpeluh. Entah kenapa, dia tidak boleh memandang Hana saat ini. Rasa tidak keruan. Tidak sangka yang ayat sebegitu akan keluar daripada mulut Hana. Ayat itu ditujukan pada dia pulak tu!

Terasa lama dan jauh perjalanan mereka kali ini.

Seketika kemudian, Hana memanggil. "Ezhan."

Ezhan menoleh memandang Hana. "Hah?" suaranya dikuatkan tanpa sengaja.

"Dah sampai" balas Hana sambil mencabut tali pinggang keledarnya. Ezhan terus memandang ke luar tingkap. Oh, dah sampai. Punya tenggelam di dalam fikiran sendiri hingga tidak sedar yang mereka sudah sampai ke destinasi.

"Oh- OH! Dah sampai! Okay" Ezhan terus membuka tali pinggang keledarnya dan melangkah keluar.

Hana mengemam bibirnya menahan senyuman melihat gelagat Ezhan yang gelabah semacam.

Mereka bertentangan seketika.

"Terima kasih, Hana. For everything. Bawak I pergi hospital, hantar I datang sini balik. I really appreciate it." Ezhan bersuara memecahkan susana kecengkerik-an di antara mereka.

Hana mengangguk. "No problem"

Ezhan berdehem seketika. Baru sahaja dia ingin berpusing untuk berlalu pergi, suara Hana menghentikan segala pergerakannya.

"You dah tak suka I ke?"

Ezhan terasa bagaikan dunianya seakan-akan berhenti buat seketika. Dia memandang Hana dengan wajah terkebil-kebil. "Hah?"

"Can you at least say something about it?" sambung Hana lagi.

Air liur ditelan pula. Dia menggaru kepalanya. "Say something?"

"Ye, sebab I rasa macam nak hentak kepala I dekat cermin kereta ni sekarang ni." Hana berkata.

Ezhan hampir tersengih.

"I'm serious, Ezhan." Hana berkata lagi.

Ezhan memandang Hana lama. "You nak I cakap apa Hana?" soalnya pula. Serius.

"Cakap la yang you takkan berhenti suka I" Hana berkata perlahan. Dia tunduk sambil memandang tangannya yang diramas.

Ezhan memejamkan matanya buat seketika. Segala perasaan yang terdapat di dalam badannya terasa ingin meletup. Telinganya dapat mendengar bunyi detakan jantungnya sendiri.

"Hana, you told me to forget you. You suruh I berhenti berharap pada you, Hana. Not once, not twice but multiple times. You sendiri yang cakap you rasa terbeban dengan perasaan I." Ezhan membalas.

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now