enam belas

392 68 26
                                    

Hana terkedu seketika. Dengan penuh dramatiknya, jari telunjuknya ditunjuk pada diri sendiri. "Me?" soalnya.

Ezhan mengangguk.

"You tertinggal I?" Hana mengangkat keningnya tinggi.

Ezhan mengangguk lagi. "You're going lunch with me" ujarnya selamba.

Hana memandang Ezhan lama tanpa berkata apa-apa. Kemudian, dia berpeluk tubuh. Mata dikecilkan.

"I don't think so."

Ezhan juga berpeluk tubuh. "I think so"

"Why?" cabar Hana

"Because I say so" balas Ezhan.

Mereka bertentangan mata seketika.

"I'm not going lunch with you" Hana berpusing lalu dia berjalan pergi. Ezhan pantas mengikut gadis itu. Mereka berjalan melepasi pejabat yang kini kosong kerana staf Hana yang lain sudah pergi makan tengah hari.

"Yes, you are. Jom. I tahu satu tempat ni. Sedap gila" Ezhan berkata.

Hana berhenti melangkah. Dia masih berpeluk tubuh. Badannya dipusing kembali menghadap Ezhan.

"Tak nak. I tak lapar" balasnya.

"You still have to eat" Ezhan berkata.

"I will, but not now." Hana tidak mahu mengalah. Dia kembali berjalan. Tangannya membuka pintu pejabatnya lalu dia melangkah masuk. Membiarkan Ezhan mengikut dari belakang.

"Fine. Kalau I bungkus kan makanan untuk you, will you eat?" Ezhan bersandar pada bingkai pintu pejabat Hana.

"No" Hana menjawab. Tangannya kini sibuk menyusun fail-fail yang bersepah di atas meja. Sebenarnya tadi, dia bercadang hanya ingin keluar membeli makanan di 7Eleven dan kemudian naik semula untuk menyambung membuat kerja. Tiba-tiba Ezhan ada pula tercegat di hadapan pintu kaca automatik di luar itu. Jadi, Hana pun terus tak jadi nak turun. Entah kenapa, kakinya berpusing semula masuk ke pejabat ni.

Dan kini, dia berdua pula dengan Ezhan di dalam pejabat yang sunyi ini.

"You selalu ke skip waktu makan? Do you know it's not healthy for you? Kita kena makan ikut waktu iaitu tiga kali sehari dan mengikut piramid makanan." Ezhan mula membebel.

Hana baru sahaja ingin membuka mulut membalas, Ezhan terus memotong.

"Do you even eat breakfast? Tahu tak kalau kita tak breakfast, badan kita akan mengeluarkan hormon tertentu untuk mengimbangi paras gula kita yang rendah. It is called Hipoglisemia. This process has a side effect. Benda ni boleh membawa kepada peningkatan mendadak dalam tekanan darah kita dan akan menyebabkan sakit kepala atau migrain." sambung Ezhan panjang berjela.

Hana tercengang seketika. Lah, dia terus buka buku teks sains dia depan aku. Hana terus berpusing menghadap Ezhan lalu tubuh disandar pada meja kerjanya. Wajah Ezhan yang sempurna itu ditenung lama. Kadang-kadang Hana terfikir, bagaimanakah lelaki seperti Ezhan ini wujud? Dan bagaimanakah Ezhan boleh tertarik dengan gadis seperti dia?

Kepala dan hati Hana tidak serasi. Hatinya meronta-ronta mahu jatuh ke dalam pelukan lelaki itu tetapi kepalanya, tidak berhenti menyoal, mengapa. Mengapa? Mengapa Hana rasa dia tidak layak untuk disayangi oleh seseorang seperti Ezhan. Persoalan mengapa itu bercampur dengan perasaan takut. Mengapa Ezhan yakin yang suatu hari nanti, dia tidak punyai sebab untuk tinggalkan Hana? Mengapa Ezhan yakin yang dia boleh bertahan memberikan kasih sayang kepada seorang gadis yang di dalamnya gelap dan buruk seperti Hana?

Sedangkan Amsyar juga tidak mampu.....

Sedangkan Amsyar juga pergi....

Sedangkan Amsyar...

Because She's PrettyWhere stories live. Discover now